Friday, June 11, 2010

Siapa senang digoda? Lelaki atau perempuan?



Betul ke perempuan senang digoda dan tergoda? Tak setuju dengan Mummy... tak apa. Jom kita test, cuba u all blogwalking pas tu ternampak iklan 90% off habib jewel atau handbag LV  80% off dalam hati mesti dah melonjak2 nak beli time tu gak kan. Walaupun tak dapat tapi yang pasti uols dah tergodakan. Atau blogwalking dan nampak makanan yang cam sedap je, sure lepas tu pasang niat, nak buatlah esok lusa...betul tak.... Senang digoda dengan bendalah cam kat atas tu tak apa jangan mudah tergoda dengan perkara lain yang tak elok ok.

So gara2 blogwalking semalam ke rumah Catz's Cafe  yang ada bercerita pasal mee siput dan lepas tu chatting ngan k.lah pun pasal mee siput so awal pagi tadi Mummy dah goreng mee siput gak. Tak ingatlah stock bila ntah mee siput ni, rasanya dah lama bebenor tapi Mummy tengok masih elok lagi. Ada sekilo lagi tu... So sebelum berbubuk baik Mummy menjadikannye santapan dizaman dulu kala...

Kiri - Goreng mee siput dengan minyak yang tersangatlah panasnye. Kalau goreng minyak yak cukup panas memang mee siput tu tak mengembangla jawabne. Keras ya amat
Kanan - Mee siput yang dah dihancurkan

Kiri - Macam nak buat sambal tumis gak cuma gula kena lebih, masak sampai gula tu berbuih2 dan likat, 
Kanan - Kalau gula dan cili dah pekat likat masukkan la mee siput yang dah dihancurkan dan gaul rata2......


Taraaaaaaaaaaa... dah siap dah... mee siput sira sambal....dapat 3/4 balang... boleh buat kudapan masa daddy tengok world cup...heeheh

Thursday, June 10, 2010

Godaan waktu malam

.... tak de nye cerita 18sx pun... sorry ok blog Mummy ni suci bersih tau tak der unsur2 18sx, semua entry dah dapat kelulusan lembaga penapis dulu...heheh


Dah malam2 cam ni perut lapar la pulak, lepas chatting ngan K.Lah dia baru balik dinner kat luar dan tengah nak goreng mee siput gara2 nampak kat rumah si Catz's Cafe. Pas tu member kat FB pulak gambar2 dinner di malam tadi. Memang tergoda ngko.... 


Udang goreng kari...

Butter prawn

Seafood tomyam

Asparagus goreng

Menu2 kat atas tu memang sedap diratah cam tu je. Nasi semua tolak tepi ok. Eh baru perasan sotong goreng tepong tak ada....

Esok malam nak pekena seafood la. Zaman cintan cintun dulu rajin pegi sampai ke Muara Ikan Bakar kat Port Klang, rasa lama la pulak tak ke sana. Ntah ada lagi ke tak kedia dia kan. 


p/s credit untuk tuan punye gambar FB Noris Atiraza or http://homeylicious-flavours.blogspot.com . Ita k.g cilok gambar ye... dah mintak izin dah semalam...hehehhe

Dah datang dah...


DEMAM bola sepak piala dunia bakal bermula... so kalau tak nak terkena jangkitan dan virus demam bola ni sediakan lah apa2 ubat dan antibiotak yang sepatutnya. Bukan setakat demam denggi, HINI, atau selsema jer yg galmer, demam bola nampaknya lagi glamour. FIFA World Cup South Africa 2010 bermula 11 June - 11 July... hah ngko sebulan tu... sapa yang tak ada Astro janganlah risau RTM ada buat siaran tertunda.

Start esok akan melekat la bapak2, abg2, adik2, abah2, pakcik2, atok2 dan kaum hawa yg minat bola kat depan TV... ada kut yang dah siap2 kan tilam dan toto nak bentangkan depan tv. Para isteri kena kerja overtime la ye bancuhkan kopi kawkaw untuk sang suami yang nak berjaga tengok bola... kalau Mummy lagi rela bancuhkan daddy kopi 2-3 teko dari di gi tengok kat kedai Mamak skrin besar tu... heheh... lagipun rugilah sebab dah beria daddy ambik Astro Byond sebab nak tengok bola....hahaha





Penangan demam bola ni pada Mummy bahaya gak kan dan boleh menganggu ekonomi negara...wah Mummy cakap pasal ekonomi ni...hahahaha...ya la kalau pakcik2 dah berjaga malam sampai kepagi tengok bola pagi esok dah tak boleh nak buka mata bangun awal, nak motong getah pun tak larat...hah tak mengagggu ekonomi negara tu!!!


Disebabkan makan bola, tido bola, mandi bola n segalanya bola... mesti demam bola ni melarat sampai ke opis. Silap2 ada yang curi2 bawak tv kecik ke opis dan sorok bawah meja sebab nak layan bola hahaha... yang tetiba demam dan ambik MC jangan kira la mesti melambak2. Yang senyum gumbira dr2 kat klinik2 la gamaknye.Mesti ramai yang datang lambat dengan mata merah menyala mengalahkan biji saga ke opis.... Uols jangan buat cam tu tau tak bagus...tengok ala kadar dah la... lagipun kalau dia orang menang pun bukan ngkorang dapat apa....(kata2 dari orang yang langsung tak minat tengok bola sepak...). Nasib baik la World Cup bukan setahun 4x... jangan ada yang sampai berkelahi anak beranak berebut TV - suami nak tengok bola, anak2 nak tengok kartun, isteri nak layan sinetron dan cengkerama cerekarama sudah la.


Sekarang ni kalau bersembang soalan yang sering ditanya (ni klu kaum lelaki yang bersembang la...)
Jersey dah beli belum??
Sokong negara mana??
Agak-agak sapa dapat gelang kasut emas ??
Ronaldo?
Rooney?

Wednesday, June 9, 2010

Sup Oren

Selepas beberapa minggu makan @ malantak @ mentedarah tanpa kawalan hari ni Mummy start semula makan (ke minum???) sup oren je untuk lunch.

Sup oren yang amat lazat...(x&%!xus8 ... heheh... sedap lagi mee hoon sup or soto...heheh)... tiada credit untuk IBM...

Nak tau tak resepi camana nak buat sup oren yang berkhasiat ni? Hah Cepat ambik pen dan pencil, amik senarai bahan2 dan cra2 nak buat sup oren ni...

- 2kg putik limau
- 1kg asam keping
2 liter cuka getah masak
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;

Ambik satu sachet JM5 tambah air sejuk dan shake. Siap untuk diminum! Hehehhe

Sebelum berat badan ni naik tanpa dapat dikawal lagi terpaksa la Mummy menyabarkan diri untuk seketika dari godaan2 makanan di luar sana...

Makan dan makan lagi ....




Breakfast pagi ni, sukun goreng cicah sambal kicap 'membunuh'...memang pasangan teman tapi mesra. Sukun tu pulak cam dah hampir masak, lemak2 manis....nyum2...sukun tu beli kat pasar tani masa gi rumah Mama Miraki last weekend. Nampak sambal kicap ngan tempe goreng kat rumah MMirror, cam sedap je ek...emmm balik kerja nnt nak beli tempe le... sambal kicap dah siap dah.

Menu 'diet' malam tadi. Sepinggan sotong goreng tepong cicah sos...makan panas2...nyum...nyum...tanpa sedar separuh pinggan gone, selamat masuk perut Mummy....


Ubi rebus cicah sambal tumis ikan bilis dan teh-o (nak ngam lagi ngan kopi-o la). Ni breakfast Mummy semalam. Ubi tu pun beli kat pasar tani dekat rumah Mama Miraki. Ubi tu tersangatlah empoknya. Memang cam ubi dulu2 yang abah tanam. Ada lagi 2 biji ubi tu, kalau goreng petang ni pun ok gak ...hehehe...


Pernah tak uols makan meehoon sup @ soto pas tu uols mintak sambal kicap tapi dia orang bagi bendalah cam kat atas tu? Boringkan... pada Mummy tu bukan sambal kicap. Tu cam kuah kicap jer, kalau nak cicah ikan bakar ke ok la kut tapi klu untuk campur kat kuah meehoon sup @ soto memang tak sesuei kan!!!! Heeee...banyak sangat cengkadak Mummy ni kan, sambal kicap pun nak jadi isu... apa2 la labu...