Showing posts with label FIFA World Cup South Africa 2010. Show all posts
Showing posts with label FIFA World Cup South Africa 2010. Show all posts

Thursday, June 10, 2010

Dah datang dah...


DEMAM bola sepak piala dunia bakal bermula... so kalau tak nak terkena jangkitan dan virus demam bola ni sediakan lah apa2 ubat dan antibiotak yang sepatutnya. Bukan setakat demam denggi, HINI, atau selsema jer yg galmer, demam bola nampaknya lagi glamour. FIFA World Cup South Africa 2010 bermula 11 June - 11 July... hah ngko sebulan tu... sapa yang tak ada Astro janganlah risau RTM ada buat siaran tertunda.

Start esok akan melekat la bapak2, abg2, adik2, abah2, pakcik2, atok2 dan kaum hawa yg minat bola kat depan TV... ada kut yang dah siap2 kan tilam dan toto nak bentangkan depan tv. Para isteri kena kerja overtime la ye bancuhkan kopi kawkaw untuk sang suami yang nak berjaga tengok bola... kalau Mummy lagi rela bancuhkan daddy kopi 2-3 teko dari di gi tengok kat kedai Mamak skrin besar tu... heheh... lagipun rugilah sebab dah beria daddy ambik Astro Byond sebab nak tengok bola....hahaha





Penangan demam bola ni pada Mummy bahaya gak kan dan boleh menganggu ekonomi negara...wah Mummy cakap pasal ekonomi ni...hahahaha...ya la kalau pakcik2 dah berjaga malam sampai kepagi tengok bola pagi esok dah tak boleh nak buka mata bangun awal, nak motong getah pun tak larat...hah tak mengagggu ekonomi negara tu!!!


Disebabkan makan bola, tido bola, mandi bola n segalanya bola... mesti demam bola ni melarat sampai ke opis. Silap2 ada yang curi2 bawak tv kecik ke opis dan sorok bawah meja sebab nak layan bola hahaha... yang tetiba demam dan ambik MC jangan kira la mesti melambak2. Yang senyum gumbira dr2 kat klinik2 la gamaknye.Mesti ramai yang datang lambat dengan mata merah menyala mengalahkan biji saga ke opis.... Uols jangan buat cam tu tau tak bagus...tengok ala kadar dah la... lagipun kalau dia orang menang pun bukan ngkorang dapat apa....(kata2 dari orang yang langsung tak minat tengok bola sepak...). Nasib baik la World Cup bukan setahun 4x... jangan ada yang sampai berkelahi anak beranak berebut TV - suami nak tengok bola, anak2 nak tengok kartun, isteri nak layan sinetron dan cengkerama cerekarama sudah la.


Sekarang ni kalau bersembang soalan yang sering ditanya (ni klu kaum lelaki yang bersembang la...)
Jersey dah beli belum??
Sokong negara mana??
Agak-agak sapa dapat gelang kasut emas ??
Ronaldo?
Rooney?