Wednesday, July 17, 2013

Berlalu 8 Ramadhan

Hari ni Mummy MC. Sakit kepala dan tengkuk dari petang semalam. Pagi tadi Mummy pergi kerja gak sebab ada invoice nak kena hantar dan Mummy simpan dalam almari pulak. Camana dia orang nak hantar. Dalam pukul 10 Mummy gi klinik dan Dr bagi MC sehari. BP normal walau agak


Daddy hari ni pun MC gak. Demam panas sejak petang semalam.


Menu berbuka hari ni... Mummy buat puding jagong dan sago gula melaka. Cakoi n pau kacang macam biasa la beli.


Nyaman sedapp sejukkkk


Comel tak puding jagong Kak Ton???


Menu berat malam ni, Mummy masak sambal telor puyoh, lemak putih petola n tauhu kering, tauhe tempe goreng dan sotong goreng tepong.


Mummy masak sambal telor puyoh ni 60 biji...jangan terkejut yer..licinn. Anak-anak Mumny memang suka betul dengan sambal telor puyoh ni.

posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. 1 biji telor puyuh = 7 biji telor ayam...kata orang la....

    ReplyDelete
  2. Saya pun sama la Mummy, asal pe***d je mesti diserang sakit kepala.

    ReplyDelete