Thursday, July 11, 2013

Berlalu 1 Ramadhan

Alhamdulillah 1st Ramadhan sudah berjaya dilalui. Anak2 bertiga pun tak ada komplin letih or lapar. Masing-masing dah semakin besar, Danny dah 11, Danish 10 dan Dania 9. Dafiy baru 5 so memang dia tak puasa lagi pun.

Bulan puasa ni office hour sangat fleksibel. Boleh nak masuk pukul berapa. 8-4.30, 8.30-5.00 atau 9-5.30pm. Mummy pilih masuk 8am dan balik 4.30 pm. Pada Mummy tak ada beza sangat pun sebab hari2 biasa walau office hour start 8.30am selakunya 8am Mummy dah sampai. Cuma sekarang boleh balik sejam awal sebab waktu rehat dipendekkan 30 minit.

Dapat balik awal so tak la rushing sangat nak masak untuk berbuka. Bibik pun dah masak nasi dan gorengkan ayam. Si mummy tinggal masak menu tambahan.


Kari kepala ikan salmon requested by Daddy.


Ayam goreng ni wajib ada


Sayur goreng ni menu Mummy


Sotong goreng kunyit


Kuih talam campur2 Daddy beli... RM4


Pulut panggang RM2


Air sirap laici dan teh-o. Ada Daddy beli air kelapa tapi duka cita la, cam minum air gula jer. OH peniaga nak untung pun patut2 la

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment