Tuesday, July 16, 2013

Berlalu 6 Ramadhan

Sedar tak sedar dah hampir seminggu kita berpuasa dan sedar tak sedar dah masuk hampir seminggu juga abang Mummy, Yin Wong Khoo Lai menjadi penghuni Hospital Kulai akibat jangkitan kuman pada kakinya. Kakinya dia membengkak dan doktor dah cucuk bengkak untuk keluarkan air dalam tu. Semoga Yin cepat sembuh dan dapat berjalan dengan baik semula.


Menu buka puasa. Mummy buat apam gula hangus je. Lain2 tu Daddy beli. Biasalah kegemaran anak2 otak2, cakoi n pau dan tepong pelita.


Menu makan malam.... Mummy cuma masak tomyam, ikan tenggiri masak tauchoo (semalam goreng nikan 3 keping ada baki 2 keping lagi, sayang nak buang so transform jadi masak tauchoo. Goreng ayam . Dan semalam jiran Mummy bagi lala masak lemak cili api. Alhamdulillah, rezeki.

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment