Wednesday, May 23, 2012

Hijau is green!

Pagi tadi sebelum gi kerja pusing2 keliling rumah sambil snap2 gambar sikit.... tapi lupa pulak nak snap farmville kat belakang rumah, farmville tu lain kali la yer


Ku lihat hijauuuu..... cam sejuk jer pagi2 tengok suasana penuh kehijauan disekeliling rumah. Kalau kat kampung lagi menghijau depan belakang kanan kiri...

Padang sekangkang monyet tempat anak2 main bola dan camping...


Kalau tanam pokok kelapa lagi bagus kan... sure lagi 3-4 tahun dah berbuah atau pun boleh tebang ambik umbut dia buat masak lemak...

Pokok buluh betong 


Bila lupa nak siram pokok keladi ni pun kekeringan....kesian kan...hehehe


Mula2 pindah bangi Daddy terus buat pergola dan timber deck kat bawah pergola ni. Kayu2 beli kat kedai kayu nun jauh kat Labu, NS. Kat kedai tu segala macam mak nenek jenis kayu ada, cengal, jati, meranti, kayu rel keretapi... errr tapi kayu api tak de jual la pulak..hehe. Dah masuk 2 tahun walau kena panas dan hujan, kayu tu tetap ok lagi.

Lambat benar nak menunggu daun2 pokok kesidang ni memenuhi bumbung pergola, boleh jadi bumbung bila hujan turun....

Siapa tak pernah nampak, inilah bunga pokok kesidang, bau dia wangi sangat lebih kurang cam bau bunga santalia


Pokok besar tu 2 bulan sekali Daddy akan cantas nak make sure dia naik tak tinggi sangat. Jenuh juga bila tiba 'musim luruh'... pagi petang nak kena menyapu daun2 pokok ni


Pokok tanduk rusa... bila la tanduk si rusa ni nak panjang sampai mencecah tanah....




Tuan tanah pun nak gak enterprem....


Ceria2kan diri di hari Rabu....



5 comments:

  1. ular daun tu agak-agak ada kat pokok mana eak...geliiiiiiiiiii . akak suka suasana hijau tapi agak kurang suka kalau hijau sangat...

    ReplyDelete
  2. cakap pasal ular ni teringat pokok ceper belakang umah dulu, hijau merimbun boleh wat berteduh, sekali hubby aku belek2 nak tengok dah berbunga ke,kuar ular kaler hijau cam kaler ngan daun tu, terus hubby buang pokok tu, tak sempat nak berbuah...

    ReplyDelete
  3. aku punya pokok kcng botol pun skrng dh malas nak berbuah.daun je merimbun.nak buang sayang sbb en Ibrahim suka daun yg muda dibening

    ReplyDelete
  4. aku geli dengan ulat daun ni..heiiii nak2 yang beso cam kat poko bung akenanga dulu tu...warna hijau putih2 tu..heiii menulis ni pun dah terbayang kegeliannya....hehehe

    rumah kita tak de kehijauan..maklumlah rumah kita berkongsi dinding dengan jiran sebalah...depan belakang semua tile....huhuhuhuuh...tengok jubin ajelah....

    ReplyDelete
  5. umah kita pun x de kehijauan.......dia kekuningan sbb penuh dgn bunga kenanga....tp x de ulat...klu ada kita goreng dgn tpong ranggup je. pokok jambu/pokok bnga santalia/pokok bunga melur sume dh cantas bagi pendek.

    ReplyDelete