Saturday, September 25, 2010

Raya 2010 : Episod (Gantung Kuali & Periuk Belanga)

Kalau kuali cam ni, rela tak nak guna untuk goreng ikan masin... gambar pinjam kat mylittelcottage


Orang jemput datang rumah wajib kita pergi kan... so demi nak memenuhi jiran tetangga dan saudara mara hari ni 'terpaksa' lah Mummy gantung periuk, belanga dan yang sewaktu dengannya.... heheh... pagi tadi breakfast nasi goreng ngan mee goreng basah pas tu simpan ruang2 dalam perut untuk menu2 raya yang pasti mengancam... hihi... so schedule open house Mummy hari ni...


i) 11am ... Jiran depan rumah Dr. H buat kenduri doa selamat cum house warming cum raya open house


ii) 2:00 pm - Jiran depan rumah gak Datuk H dan Datin A (sebelah rumah Dr H, khemah pun rapat2 je, sure ada jemputan luar yang tersalah rumah nanti...hehehe) buat raya open house


iii) 3:00 pm - Kawan daddy Mr. R rumah area bangi buat open house gak 


iv) 4:00 pm - Jiran gak tapi lorong depan sikiti En. E dan Pn  S buat open house


v) 4:00 pm - Mak Lang (makcik daddy) kat Puchong buat open house gak


vi) 8:00 pm - open house residents Bangi D7 pot luck concept... tengah nak fikir nak bawak apa... nak masak memang tak sempat la... maybe bawak pizza, kfc or lemang je la...

Friday, September 24, 2010

Raya 2010 : Episod (Puasa 6)


Salam. Uols dah habis puasa 6 ke belum? Hah dah habis ganti puasa dan puasa 6... emmm bagus...bagus.... Tak elok tangguh2 puasa ganti nanti terlupa pulak.... Pandai je la Mummy ni... sendiri punye puasa ganti pun tak buat lagi... puasa 6 pun tak start lagi. Rancang nak start puasa 6 isnin lepas tapi biasa lah pompuan dapat cuti istimewa la pulak so memang dah pasang niat ni nak puasa 6 start isnin depan... puasa ganti tu tunggu dululah bagi settled puasa 6 dulu sebab syawal dah nak habis.

Raya 2010 : Episod (Album Raya)

N3 raya lagi ... saj aje upload gambar2 raya yang belum diupload... ntah bila la nak cuci gambar raya ni... semua gambar2 sejak 2006 terperap dalam external hardisk dan CD jer... kalau nak cuci semua habis gak ribu raban kut... sekarang ni cuci gambar 4R digital berapa ek sekeping? 50 sen? Ntah tak tau tapi yang pasti gambar ada dalam 3-4 ribu yang tak bercuci....

Kulihat hijauuuuuuuuuuuu....
 
Sndiri gambar....

 
 
Gambar2 yg tak berapa clear sbb guna camera hp yang cikai.... tak ada ke orang nak hadiahkan iphone 4 or Nokia E5 kat Mummy ye... nak kena cakap2 ulang ni... kut2 tetiba bangsi ajaib letak depan pintu ke... heheh

 
Abang Macho vs Abang Pro

 
Susah ya amat nak ambik gambar si Dafiy, sebab tiap kali kita pegang camera dia ambik camera nak ambik gambar sendiri pulak...

Inilah barisan kita... yang nak kutip duit raya....

Apalah Dania ni.. dah besar panjang membotol lagi...

Danny nak bagi siantan tu kat siapa? Hairan gak caman budak2 ni dapat idea ambik bunga siantan ni dan hisap manisan dia.... tu xtvt  zaman Mummy bawah umur. Selain tu dia orang cantum2 bunga siantan tu jadikan rantai gelang, head band dll... kretip gak budak2 ni...

Calon wanita melayu terakhir...ada bunga kat telinga yang tak tahan tu... heheh.... 

 
 
Uji bakat face expressions... untuk drama bersiri Awan Dania Siri 7 ... heheh...

Mana lagi cantik, bunga2 merah menyala kat belakang ke, 2 bunga yang kat depan...ahakaka... tapi kan ada org tu yang menyorok kat belakang Mummy sebab nak sorok perut yang dah memboncit......


Cepatlah jalan Tok Wan, Dafiy tak sabar nak gi kutip duit raya ni...


B4 bertolak balik PS ... makan eskrim dulu...



Thursday, September 23, 2010

Raya 2010 : Episod (Open House)

Salam. Buat apa tu?  Tengah layan tamu datang beraya ke atau tengah bersiap2 nak g beraya. Hari kerja ni kurenglah sikit xtvt beraya. Tapi tunggu hari sabtu ahad ni sure bersusun2 jemputan ke open house.

So far camana tetamu kat rumah uols? Ramai ke yang datang? Atau budak2 assalammualaikum je yg datang? Ke langsung tak ada tamu yg datang..... emmmm klu x de langsung yg datang feng sui rumah tak bagus tu... hahahah.... pandai2 je Mummy ni kan.

Sebenarnya rumah Mummy ni cuma ada jiran satu family dan SIL & biras yang datang beraya tau. Yang lain2 tu semua kawan anak2 dan budak2 assalammualaikum yg dtg... sebab tu stock kuih raya kat rumah tak susut2... terpaksalah bawak ke opis sebelum expired...


Dia orang tunggu Mummy buat open house agaknye baru nak datang rumah... emmm... as of now tak sure lagi nak buat open house ke tidak, majlis raja2 tak bersidang lagi. Tapi kalau uols calling2 Mummy sebelum datang rumah insyallah Mummy masak special sikit la... klu datang terjah je bakal dijamu ngan kuih2 raya dan air sirap pandan la jawabnye... hehhe....

Raya 2010 : Episod (Kuih Raya)

Masih lagi n3 pasal raya ... alah rayakan 30 hari (walaupun posa x cukup 30 hari... heheh) so Mummy akan pastikan sepanjang bulan Syawal ni Mummy ada 30 n3 yang berkaitan dengan raya....  kalu dah tak ada cerita pasal raya boleh cerita pasal jalan raya, lebuh raya, bunga raya atau hantu raya gak la.....


Banyak2 kuih raya kuih apa yang uols paling suka tahun ni? Ni Mummy punya top 3, kuih2 raya yang Mummy suka tahun ni.

Rempeyek kacang tanah ni Mummy order dari kakak Mummy, Datin S. Mummy rasa tahun ni rempeyek dia sedap sangat sebiji cam emak buat. Walaupun tepong dia tebal tapi rangup sangat. Mummy order 4 balang tinggal 1 1/2 balang je kat rumah.

Mummy memang hantu dodol lagi2 kalau dapat dodol yang sedap. Dodol ni Yin Wong Kulai yang bagi pada kami semua. Mummy kan orang yang terakhir balik dari kampung so Mummy tak tau dodol sapa yang tertinggal kat kampung, so Som dah bawakkan kat Mummy. Dapat dua la Mummy. Kira untung dan asobah untuk orang yang balik lambat la... kira halal la ye pada sapa yang tertinggal dodol tu

Bangkit kelapa ni Mummy order dari Kak Long... rasanya Mummy sorang yang makan.

Pagi ni Dania ada jamuan raya kat SmartReader so kena pakai baju raya la.

Control senyum tak nak bagi nampak rongak... hari2 tanya bila gigi dia nak tumbuh. Kalau tak tumbuh dia kata duit raya nak buat gigi palsu cam opah pakai.