Friday, August 6, 2010

Hilang Kema**an!


Ni paper exam Daniel untuk subject Agama Islam yang baru dapat semalam. Dia dapat 89% je. Dia hilang banyak markah kat Bhg C ni, perkara2 yang membatalkan wudhu'. Mula2 nak marah gak le sbb dapat below 90% tapi bila Mummy semak apa yang dijawab Mummy gelak tak sudah...tak jadi nak marah. Kelakar pun ada. Tengoklah apa yang dia jawab untuk soalan no 1, 3 & 5. Oklah Mummy tolong translate ye kut2 ada yang dah lupa baca jawi.
1. Keluar sesuatu dari kubul atau AKAL
3. Hilang KEMA**AN
5. Menyentuh DU*UR manusia dengan tapak tangan tanpa berlapikPaling kelakar jawapan No. 3 la... apalah anak Mummy ni. Tapikan lepas tu Mummy tanya dia balik apa makna KEMA**AN tu? Dia jawab 'orang yang tak malu'.

Thursday, August 5, 2010

All From Kampung....

Morning2 semua...hari ni dah hari Khamis semula, kejap je kan masa berlalu. Minggu lepas cam ni Mummy tengah seronok sebab nak balik kampung. Seronok nye kalau dapat balik kampung lagi weekend ni. Mesti pasar kat pekan PS tu tersangatlah sesaknye. Almaklum nak sambut puasa masing2 berbelanja sakan.

Eh uols dah breakfast ke belum? Mummy kat rumah tadi dah minum tapi bila sampai opis bancuh air gak lagi. Oh pagi ni mummy bibik goreng cempedak. Mummy pagi2 dah main ngan choc sebab ada org order choc cake dua biji. Malam tadi Mummy dah buat cake tu, so pagi ni tinggal bancuh choc ganache untuk buat topping.

Cempedak yang digoreng ni bawak dari kampung. Mummy bawak dua biji. Kali ni dua2 masak cantik jer. Isninye tersangat tebal dan rasanya tersangatttttttttttttlah manisnye... makan cam tu jer pun sedap. Selain dari cempedak, emmm pinggan untuk isi cempedak tu pun Mummy bawak dari kampung gak.... hahahah. Cantik kan pinggan tu, pinggan dulu2 yang berusia puluhan tahun. Gara2 nak ambik pinggan tu tangan Mummy kena hurung ngan semut... pinggan2 lama tu jadi tempat lepak semut kat dalam almari. Zaman kecik2 kalau makan memang pakai pinggan bunga2 cam tu. Tetiba 'terjatuh cinta' kat pinggan2 antik ni... ni semua gara2 asyik terjah blog masak dan blok antik si Mat Gebu la. Selain dari pinggan kat atas tu ada lagi 3-4 design yang lain... kalau rajin nanti Mummy upload.


Wednesday, August 4, 2010

Makan-makan : Versi Pra-raya

Salam uols. Semoga semua sihat2 je ye. Kalau ada yang tak sihat tu pandai2lah jumpa doktor ke bomoh ke. Jangan biarkan je cam tu nanti melarat. Lagi seminggu je kita nak posa, klu tak sihat nanti ada yang tak posa pulak...

Lama dah tak anyam ketupat ... 'buat ketupat' tu kerap gak.. heheh...korang tau ke 'buat ketupat' tu apa? ..

Hari ni Mummy bawak makan2 sikti kat opis, saja jamu officemate. Menu raya la, nasi himpit, rendang ayam, sambal kacang ngan sayur lodeh. Pas tu Mummy buat mee bandung. Nampak sangat Mummy ni tak sabar nak raya kan...hahha...mengalahkan budak kecik. Tang mee bandung tu kan, sebenarnya masa makan kat muar last weekend cam rasa tak puas je, ye la ciput je dia letak mee tu kat pinggan... we all la customer terakhir sebab semua dah habis.

Semua dah siap masuk dalam bekas, sedia untuk di bawak ke opis. Berguna gak bekas2 tupperware yang mummy beli...

Dah siap susun ni, apa lagi uols...makan la...jangan malu2... siap bawak ricecooker tu nak panaskan kuah mee bandung...


Mee Bandung 'Muo' dan aksesori. Ni betul2 mee bandung tau bukan, 'mee sos' yang selalu Mummy jumpa kalau makan kat KL ni. Mee bandung ni kurang satu bahan je...tauhu. Petang semalam Mummy dah beli tauhu tapi bagi ni rasa dah masam la pulak. Before gi opis Mummy singgah dulu kedai runcit nak beli tauhu taip sayur2 dan ikan2 belum sampai la pulak..so mee bandung ni tak de tauhu la.. apa2 hal pun rasa tetap mantap! Hehehe ... tekan lif naik sendiri la..

Nasi himpit & aksesori... tapi kek tu tak masuk aksesori dia yer. Eh mana rendang ayam Mummy ni...heheh...lupa la nak snap2...

Jemputlah ...

8.30am makan mee bandung
10.30 am makan nasi himpit....  makan tak berhenti, pas tu perasan nak pakai baju saiz M masa raya...hahaha...kucing pun gelak sakan tau!

Pics behind d scene

Nasi himpit sedang disauna...kesian nasi himpit ni terpaksa berhimpit2 dalam ... tapi nak kesian apa ek dah nama dia pun nasi himpit memang patut pun berhimpit2! hahaha

Apasal rendang Mummy ni warna cam masak kari jer hah? Ohhh ini belum letak kerisik lagi la... lepas letak kerisik baru la ada rupa bentuk rendang

Monday, August 2, 2010

3 Days 2 Night : Part III

Layan je la aksi2 masa kat kampung... malas nak tulis  penat...

Signboard yang masih bertahan...

Kampung gurls & boys main kat tepi parit...

Pondok kenangan ni...dulu2 bila petang2 mesti duduk melepak kat pondok ni...

Parit yang dah dibesarkan, dulu2 kat sinilah kami mandi...

Hujan lebat menyebabkan air naik dan melimpah... nasib baik rumah kami ni tinggi sikit...kalau tak sure banjir kat laman....

Pokok bunga kertas yang subur walau tanpa baja...

Lepak2 kat pondok sementara tunggu maghrib..nostalgia betul...

Cikgu 'Besar' dengan Wish nye... tak tau la lepas ni dia tukar kereta apa pulak!

Mama Miraki tak senang duduk kalau Mummy start snap2...mesti nak menyibuk...

Acara berebut bilik air...so kalau nak cepat dapat giliran kenalah tunggu depan bilik air tu... inilah yang bestnye bila balik kampung...berebut itu ini...

Peace...

Wah...kecik2 dah pandi couple yer??? Baju Echah ngan Liya sama la. baju Dafiy ngan Amir pun sama gak cuma warna lain2 je...

Golek2 sebelum zzzzzzzzzzzz

Si Danny ni salah masuk group la...ni gurl group la....tapi dia ni menag suka kat Ika dan Lisa sebab dia orang berdua ni rajin melayannya dari kecik sampai sekarang.

Tengok si Amir ni bfast pun pakai topi askar dan senapang tak tinggal.

Tak kisah lah sebab si Amir tu kecik lagi tapi kan dua mamat kat bawah ni apa kes main topi askar Amir, teringin ker??? hahahaha...lu ke beb!




Anak2 saudara Mummy yang dah besar2...

Anak2 habiskan masa main monopoli...beli2...jual2...lelong2...

Datin S dan cucu kesayangannye...cucu saudara Mummy la ni...

Hafiz dan Dafiy. Yang didokong hampir sama besar dengan yang mendokong...

Berarak mendung kelabu...menyusui langkah ku...sepnjangan perjalan..penuh dugaan...namun aku tetap aku....

Pondok yang ditinggalkan seketika dan bakal beriah lagi 50 hari...Insyallah

Kak Tanty satu2nye kakak ipar yg Mummy ada, dia ni wife Yin Wong Kulai

Pose sebelum bertolak balik....