Thursday, May 6, 2010

Pelangi Petang....

ols ada lago fevret tak? Mummy banyak lagu favourite tapi antara lagu2 favourite Mummy tu yang paling Mummy suka lagu Pelangi Petang. Mummy punye ringtone kat handphone pun lagu ni. Tak tau kenapa tapi ntahlah cam best sangat lagu ni.



Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

c/o
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

  
Lama tak buat kek pelangi petang ni....asyik buat choc jer...nak buat la weekend ni sempene hari ibu untuk jamu diri sendiri... ibu2 bapak2 yang nak rasa mai la datang rumah!

Wednesday, May 5, 2010

Lelaki pendek akal!



Hah kaum lelaki jangan nak mengamuk pulak bila tengok tajuk kat atas tu... Mummy cuma nak mengulas sikit kejadian suami @ lelaki bunuh/cederakan isteri @ wanita. Hah tu dia banyak betul simbol @ yang Mummy  guna... Lately ni macam berulang2 pulak kejadian seperti ini, lepas satu kejadian ada pulak kejadian lain... Mummy cuma nak listkan 3 kejadian terkini je... semoga semuanya menjadi pengajaran dan sempadan untuk kita.

Kejadian Pertama

SEREMBAN: Seorang lelaki cuba membuang mayat teman wanitanya selepas dibunuhnya di kawasan Nilai Spring di sini malam tadi. Namun cubaannya itu dikesan oleh dua anggota polis dalam sebuah kereta peronda kira-kira 10 malam.

"Lelaki tersebut yang memandu kereta Kancil didapati membaringkan mayat wanita itu di tEmpat duduk penumpang di sebelahnya. Ketika dia berpusing-pusing dipercayai sedang mencari tempat untuk membuang mayat itu, sebuah kereta peronda polis yang mengesyaki sesuatu telah mengekorinya," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, ACP Mohd Zaki Masroh.

"Menyedari dia sedang diekori, lelaki berusia 30-an itu terus memecut keretanya dengan dikejar oleh anggota polis selama beberapa minit sebelum keretanya terbabas. Ketika dapat ditahan, polis mendapati seorang wanita yang lengkap berpakaian sedang berbaring di tempat duduk sebelah. Ketika disoal, lelaki itu memberi alasan bahawa teman wanitanya sedang pengsan," katanya.

Note : Lelaki ni sudah berkahwin, kejadian berpunca ada love bite kat leher girl friend dia. So dia marah girlfriend dia curang dan ada affair dengan orang lain so dia cekik dan bunuhlah. Mungkin kalau kejadian ni tak berlaku si isteri tak akan tau selama ini sang suami ada skandal dengan pompuan lain. Apa perasaan isteri lelaki ni ye...kesian...semoga beliau tabah. Semoga kita semua dilindungi oleh Allah dan dijauhkan dari perkara2 ini.Kejadian Kedua


KUANTAN - Gara-gara cemburu mengesyaki isteri mempunyai kekasih, seorang lelaki bertindak liar dengan memijak dan menghentak kepala isterinya ke lantai sehingga mangsa menemui ajal. Kejadian tragis pada pukul 5 petang di rumah bernombor 247, Blok G, Ladang Selborne, Kampung Padang Tengku, Kuala Lipis dekat sini kelmarin disaksikan oleh anak pasangan itu yang berusia 12 tahun.

Mangsa Rosmawati Abd. Rahman, 39, didakwa mula dibelasah oleh suaminya selepas anak pasangan itu mengadu kepada suspek bahawa ibunya berbual dengan lelaki lain di telefon.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Supritendan Abdul Razak Hassan berkata, sebaik mendengar aduan anaknya itu, suspek terus naik angin dan membelasah mangsa bertubi-tubi.


"Suspek kemudian bertindak agresif dengan menolak mangsa sehingga terjatuh. Tidak cukup dengan itu, suspek kemudian memijak perut, dada dan paha isterinya. Suspek kemudian mencekik mangsa dan menghentak kepala mangsa ke lantai," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Nota : Bukankah asal kejadian lelaki ni mereka diberikan lebih akal dari perempuan. Kalau betul isterinye ada affair bukankan ada cara yang lebih baik untuk menyelesaikan perkara ini, kenapa ambik jalan mudah???

Kejadian Ketiga


MELAKA Bisikan suara jin yang memberitahu konon isterinya berzina dengan orang lain menyebabkan seorang suami menoreh kemaluan wanita malang itu dengan pisau pemotong sayur di rumah mereka di Taman Bertam Perdana, Pulau Gadong. Semasa kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, Hashimah Nong, 40, sedang bersiap-siap untuk memasak di dapur sebelum diserang oleh suaminya yang juga seorang anggota tentera dan berusia dalam lingkungan 40-an.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah berkata, mangsa tidak menyangka sama sekali suaminya yang tiba-tiba menerpa dari arah belakang itu bertindak menoreh kemaluannya dengan pisau. Ekoran kejadian itu, mangsa rebah di lantai dapur dan lelaki berkenaan pula hanya berdiri di tepi mangsa dalam keadaan terpinga-pinga, katanya ketika ditemui di sini semalam.

Nota : Boleh guna ke alasan lelaki ni... wallahualam...semoga kita semua di bawah lindunganNya.

Tuesday, May 4, 2010

Tidurlah permaisuri....

Gambar ikhsan Uncle Google

Hai uols buat apa tu? Dah tidor ke? Cepatnya tidor baru pukul 10. Hah tak tidor lagi, lewatnye tidor dah pukul 2am ni?


Uols tahu tak berapa lama tidor yang diperlukan oleh seseorang? Menurut National Sleep Foundation tempoh tido seseorang berbeza bergantung kepada peringkat umur.
  • Bayi baru lahir - 2 bulan (10.5 - 18 jam sehari)
  • Bayi 3 bulan - 11 bulan (9-12 jam sehari)
  • 1 - 3 tahun (12-14jam sehari)
  • 3 - 5 tahun (11-13 jam sehari)
  • 5 - 12 tahun (10-11 jam)
  • 12-18 tahun (8.5 - 9.5 jam sehari)
  • Orang dewasa (7 - 9 jam sehari) Setiap orang yang mendapatkan jumlah yang cukup akan merasa bahagia ketika bangun bagi. Mereka akan bersemangat pergi ke sekolah atau ke pejabat.
Ada juga hasil kajian yang mendapati adalah berbahaya orang dewasa tidor lebih dari 8 jam sehari semalam atau kurang dari waktu ideal. Mereka ini meninggal dalam usia yang lebih muda daripada mereka yang tidur hanya 6 atau 7 jam dalam semalam, dan ini sudah dibuktikan oleh Profesor Daniel Kripke dari Universiti California pada tahun 2004. Ini sekadar kajian so panjang pendek umur seseorang memang dah ditentukan sejak azali lagikan.
Mengapa tidak baik bagi orang dewasa tidur lebih dari 8 jam sehari? Jim Horne, Phd dari Loughborough University Inggeris, mengatakan, kebanyakan tidur sama halnya dengan makan, kalau kita makan lebih daripada apa yang diperlukan oleh tubuh badan atau kita makan terlalu sedikit, ianya akan memudaratkan badan. So apa2 hal pun pilihlah yang pertengahan.Jadi kalau bangun pagi uols rasa lesu je itu maknanya ada terlebih atau terkurang tidor la...




Oklah Mummy nak zzzzzz.... good nite uols.... malam ni nak sambung mimpi bulan jatuh ke riba la...

Wasiat Dari Comeisari

Minggu lepas Mummy dapat message dari wakil Amanah Raya si Comeisari. Mengikut ceritanya ada jutawan dari Timur Tengah sudah tinggalkan wasiat dan harta peninggalan bernilai jutaan dollar untuk Mummy. Tapi disebabkan Mummy agak sibuk tak sempat lah pulak nak ambil harta wasiat tu... Cam berlagak kan Mummy ni ... org tinggalkan wasiat pun tak nak amik cepat2....hehehe. Comei kata wasiat tu kena bukak depan penerima dia je...so Mummy pun mengfreekan diri untuk melihat apa harta yang ditinggalkan kat Mummy...


+ + moo...moo... + +

+ + moo...moo... + +

+ + moo...moo... + +

+ + moo...moo... + +

+ + moo...moo... + +

+ + moo...moo... + +

+ + moo...moo... + +

+ + moo...moo... + +




Nak enan kedekut punye jutawan...bagi Mummy seekor jer Mr Moo ni... koman2 pun bagilah 500 ekor ke apa... senang sikit Mummy nak bukak ladang bela lembu kat kampung .

Alahai dah dapat Mr Moo seekor mesti ada nak kena uat something ni...

1. Thank & link the person that gave you the cow - done


2. Bagi balik wasiat ni kat 7 bloggers yg paling active atau7 paling tak active
Kalau ada follower atau silent reader blog Mummy ni (ada ke???) dialu2kan untuk menerima wasiat ni ye. Pas tu ols kategorikan diri maing2 samada active atau tidak...

3. Bagi tau diorang ni yang diorang dapat wasiat dari orang kaya kg sepening lalat...
Wahai orang2 Kampung Siber....dengan ini diumumkan bahawa orang kaya kedekut dari Kg Sepening Lalat baru saja meninggal kerana dilanggar oleh lembunye yang naik minyak. Beratus2 lembunya pulak mati kerana terkejut. Semasa nazak orang kaya kedekut ini sempar berwasiat...so jangan lupa terimalah wasit dari orang kaya kedekut ni...


4. Cerita 3 perkara apa yg anda selalu buat sambil tgk tv
- surf internet guna hp
- potong kuku
- 'nenen'kan Dafiy

5. Bagitau 3 makanan pelik yg pernah anda makan
- bab makan memang Mummy amat memilih so kalau benda2 makan yang pelik2 memang direject oleh tekak Mummy ni... Mummy lah budak kampung yg tak suka makan lempeng, cucur, cekodok, gulai pisang, tumis betik.. juga tak suka burger, pizza, cream soup, spagethi (walau selalu buat utk anak2), lazagna, cheesecake...
 6. Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat FACEBOOK
  - Tak pernah kisahlah pulak berapa ramai... pi lah check sendiri...

7. Feveret soalan ni.....camner korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe...kat mana???
- kat tepi longkang!!! hahaha.... biarlah rahsia...kan daddy kan...

Aci... aci...buka pintu....


Mummy...mummy buka pintu...abang balik pukul satu sepuluh.....


Hahah.... kesian daddy malam tadi dia dah jadi cam PRamlee dalam filem Nasib Si Labu Labi...nak masuk rumah tak boleh.... Lepas tengok berita kawan daddy ajak ngeteh kat kedai depan jer... malam tadi lak mata Mummy ni mengantuk sangat...ntah lah baru sekarang ni rasa mengantuk jer... pukul 9am rasa cam mata dah kena gam... lepas anak2 buat homework Mummy temankan dulu dia orang tido. Lepas tu plan nak turun semula berFB ke update blog... ngantuk punye pasal terus zzzzzzzzzzzzzz.......


Pagi ni bangun bibik kata kul 10.30pm tu daddy ketuk2 pintu belakang. Daddy kata dia tekan loceng berkali2 tapi tak ada sapa dengar kut. Telefon rumah pun dia called gak pun tak ada sapa angkat. HP Mummy pun tinggal kat bawak tak tau berapa kali daddy teponMemang betul2 Mummy & Bibik tidor mati. ....rupanya daddy lupa bawak kunci....