Saturday, August 10, 2013

Kenangan Raya 2013 @ JDT - Part 1 (Balik Kampung)

Assalammualaikum dan Selamat Hari Raya kepada semua umat Islam dan kepada pembaca blog Mummy khususnya, Entry agak basi sikit tapi nak bua camana dah hari raya sibuk ler apa lagi selain dari line tenet yang lembab cam siput khinzir.

Hari Selasa 6/8/13 tu Mummy kerja lagi tapi half day la. Walau mood kerja dah ke laut dalam tapi nak buat camana sebab aa benda urgent nak kena buat Mummy datang le ke opis gak, lagi pun Mummy nak simpan cuti sikit sebab nak cuti panjang selapas raya ni.


Mengikut MOU antara Mummy dan Daddy yang ditandatangani pada 1998 tahun ni turn beraya di kampung MUmmy dulu... hahahahha. Ada MoU tu...alah sebenarnya Mummy dan Daddy memang amalkan sistem giliran raya, senang so tak de la sampai bergaduh2 bila hari raya sebab nak balik kampung sendiri. Dua-dua kampung kami akan balik. Tahun lepas balik Perak dulu so tahun ni balik Johor pulak dan in sya allah tahun depan balik Perak dulu semula. Tak de la tiap2 raya balik kampung suami jer atau pun balik kg kita jer. Kita kena adil. Bukan apa kalau tiap2 tahun kita balik kampung suami jer nanti anak2 bila besar akan terikut2 bila raya je balik kampung mertua, masa tu meraung la uols kalau anak uols semua pompuan. Ataupuan bila raya jer balik kampung isteri jer anak2 pun akan ikut gak kalau anak2 uols ramai pompuan la. So berpada2 la walaupun nak jadi menantu dan anak mithali.

Dah janji dengan Mama Miraki nak buka puasa sama-sama kat mana-mana hentian R&R.



Sampai dalam pukul  7.15pm. Bernasib baik dapat pondok wakaf untuk berbuka.


Sementara tunggu waktu berbuka


Anak-anak dah start seronok dapat jumpa sepupu sepapat


Potluck jer...


Iftar di hentian sebelah Senawang




Apasallah masam bebenor muka Daddy ni. Tension ke nakkena balik kampung Mummy dulu. Hahahahha

Perut sudah kenyanggg

Mama Miraki elok2 sikit duduk tu, Roboh karang pondok ni

Gedik2 di tepian hway

Mummy sampai rumah sebelum tengah malam. Mata dah tak mengantik. So sementara menunggu kakak-kakak yang lain sampai kami anyam kelongsong ketupat
  

Kaka Mummy si Mama Janet ni tiap raya memang dia ni AJK ketupat... dari buat kelongsong sampai siap rebus. Kami tolong juga la...tapi dia la ketua dia....hehe. SO kalau ketupat tu terkeras atau terlembik memang dia yang patut disalahkan la...hahahah

Ketupat besarrrrrrrrrrr untuk family Mummy yang besarrrrrrrrrrr

Kelongsong ketupat bawang, sitol, bantal dan satay. Mana yang korang reti anyam? Tak reti anyam... emmmm kalau orang Johor tak reti anyam ketupat tu baik kena buang negeri jer...hehhee


1 comment: