Monday, August 12, 2013

Kenangan Raya 2013 @ JDT - Part 3 (Iftar Perdana)

Balik dari pasar masing2 terus bersilat bertaici dan yang sewaktu dengannya. Ada gak yang layan mata... hahaha. Cer cer teka sapa yang masih layan mata waktu kami dah balik dari pasar...


Anak2 saudara dan ipar duai ambik turn potong daging dan cuci ayam

Dah macam nak buat kenduri kahwin kan... ko ada potong daging atas katil????

Apa yang penting??? Kerjasama

Mama Miraki dan ketupat palasnya, Mummy memang tak terlibat langsung dengan aktiviti buat ketupat palas ni. Mummy cuma tolong anyam kelongsong ketupat daun kelapa je

Kak Noor pun terror gak buat ketupat palas

Okey masa untuk saunakan ketupat ni

OK kita terjunkan ketupat dalam air didih

Make sure semua ketupat tu tenggelam dalam air ya puan2 dan tutup.... jangan lupa balik2kan ketupat tu supaya masak sekata

Selepas 3-4 jam... masak la ketupat ni...

Ok ketupat Mummy dah masak... boleh angkut dan gantungkat tali biar cepat kering

Ni nama dia rendang jantan....hahahah

Anak buah Mummy 'munjung'.... cayalah Lan

Ni pun anak saudara Mummy... munjung gak... bagus betul anak2 buah Mummy kan

'Pondok panas'... tempat transit sebelum dapat giliran mandi....hahah

Buffet table iftar perdana

Menu... sup tulang, lemak udang . ayam rempah, ikan goreng, pecal power dan daging goreng kunyit

Kuih muih dari bazar ramadhan. Buah cempedak dan rambutan petik kat depan rumah dan jambu batu tu dari  ladang Mama Janet.

Tok Wan layan 2 cucu baru sebelum berbuka....

Dania yang keletihan tahap maksimum. Sahur terakhir dia tak makan, cuma minum setengah gelas je. TU yang dia rasa lepak sangat. Dah le tu main jer dari pagi bila petang dah collapsed.

Ok dah nak azan dah... sila ambik makanan

Anak2 saudara

Orang sibuk ambik makanan tapi Mummy dan Mama Miraki ni sibuk mengedixsss jer. Bila 55 orang berkumpul serentak macam ni la jadinya. Walau kecoh dan bising tapi memang menyeronokkan. 

Amir & Dafiy 'makan' ipad je la yer

'Sesak'...

Turn ladies pulak....

Malam tu tak tau la anak2 semua tidur pukul berapa...

Pondok panas yang sentiasa panas dengan bekalan kopi-o, teh tarik dan teh-o. Kena layan perut suami.... baru suami selesa kat kampung kita... betul tak....heheheh

Rakan sebaya....

sambung lagi... banyak lagi ni... tunggu yer

2 comments:

  1. teringat masa nak berbuka nk ambik makanan n minuman bising cam bunyi tabuan....tp bila dh dpt air n makan...suasana bertukar sunyi sepi.masing2 layan tekak..pondok panas tu nanti kita pasangkan aircond ye kalau rega sawit mencecah 1k tuk 1 tan.kikiki

    ReplyDelete
  2. Aku tahun 2012 n 2013 cam tak ada suasana raya...

    ReplyDelete