Friday, August 2, 2013

Abah Dalam Kenangan - 10th Anniversary

Abah dalam kenangan...

2/8/2013 (Isnin) - Hari ni genap 10 tahun Abah pergi meninggalkan kami semua. Pergi yang tak akan kembali lagi. Tak sangka sekejap  je dah 10 tahun. 

Lepas subuh tadi Mummy baca catatan adik Mummy, Mama Miraki hari-hari terakhir Abah, tapi tak sanggup nak habiskan. Rasa sedih la sangat. Rindu kepada emak dan abah semakin terasa apatah lagi hari raya semakin hampir,


Signboard rumah emak dan abah...


Pusara emak dan abah yang berdekatan...

Semoga emak dan abah damai di sana. Kami di sini tidak pernah melupakan emak dan abah. Walaupun jarak di antara kita semakin jauh tapi emak dan abah tetap dekat di hati kami. Al-fetehah untuk emak dan abah.

2 comments:

  1. masih ku ingattttttttt..abah ler yg paling sibuk bila lepas cuti sekolah dan sekolah nak dibuka.sibuk tampal tiup basikal..sbb basikal semua bocor

    ReplyDelete