Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar bantuan khas kewangan sebanyak RM500.
Dalam satu kenyataan hari ini, perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan. Ia akan dibuat sebelum 1 Syawal.
Untuk kakitangan awam semua bersyukurlah dapat kerja ngan gomen, kat luar sana beribu2 orang yang mempunyai kelayakan tapi tak dapat nak kerja ngan gomen. Jangan kata kerja gomen gaji kecik dan kerja banyak, kat luar sana lagi ramai orang yang gaji lebih kecil tapi kerja lagi banyak. Beruntung kakitangan kerajaan kerana ada Cuepacs yang sentiasa meminta kenaikan gaji, bonus, elaun itu ini untuk ahli2nya.
Macamana dengan nasib orang2 yang bekerja kat sektor-sektor lain ya, siapa yang nak bela nasib dia orang. Kalau kerja kat syarikat2 besar mungkin ada persatuan pekerja tapi kalau syarikat2 kecil memang nasib tak terbela la. Nak cakap lebih2 nanti kena berhenti pulak. Yang gaji ribu raban tak apa la mungkin tak memerlukan duit x-tra untuk raya ni, tapi untuk yg gaji setakat cukup makan tiap2 bulan mereka sangat2 memerlukan duit x-tra untuk raya. Dan para majikan pun kalau ada keuntungan lebih apa salahnya kongsi sedikit dengan para pekerja, tapi kalau syarikat pun nazak macamana nak bagi lebih pada pekerja, ya tak.
Mummy yang kerja kat company kecik ni memang tengah memulun jadi 'along' kutip hutang customer dan business partner. Harap2 dia orang bayar la dalam seminggu dua ni, boleh lah anak2 buah kat opis dapat duit raya sikit. So uols semua berdoalah lebih2 sikit supaya tugas Mummy sebagai 'along' ni dipermudahkan...
Blog catatan kehidupan peribadi Mummy bersama hubby dan lima orang permata hati kami, Emmer Daniel, Adam Danish, Dania Batrisya, Emmil Dafiy dan Dhiya Danisha. Juga cerita-cerita tentang saudara dan suku sakat Mummy. Ada juga cerita kenangan bersama emak dan abah.Luv u all.
Thursday, August 26, 2010
15 Ramadhan 1431
15 Ramadhan - Alhamdulillah separuh Ramadhan telah berlalu. Danny & Danish masih cukup berpuasa, dan Dania pun cukup gak tapi cukup tak berpuasa.... ehehhe... Mummy mengalami ketepuan otak untuk fikirkan menu untuk buka puasa hari ni.
So hasilnya ni je la...




So hasilnya ni je la...

Kangkung goreng pedas menyengat... tumbuk cili api, ikan bilis dan bubuh belacan sikit...Menu wajib zaman dulu2...

Mr Paul goreng tepong

Tomyam sayur campak2.... cam tak menarik je kan warna tomyam tu, mummy guna paste tomyam je...

Telor goreng kicap untuk anak2
Wednesday, August 25, 2010
Freshner ori...
Dalam minggu ni bila lalu kat kawasan porch rumah bau wangi cam daun pandan je, Mummy ingat anak2 main botol freshner. Kalau sorang2 duduk kat porch ngan bau2an wangi cam tu mesti teringat pontianak harum sun*al malam.... Hairan gak la dalam 3-4 hari ni, emm finally punca keharuman tu dah dikenal pasti. Rupa2nya pokok kesidang yang kami tanam tu dah kembang berbunga, camanalah boleh tak perasan. Sedap sangat bau dia, ambik 3-4 kuntum letak dalam kereta, wangi je kereta.
Inilah rupa paras pokok dan bunga kesidang... Pokok ni jenis menjalar so Daddy bagi pokok ni menjalar ikut tiang pagola.
Banyak gak dia berbunga , dalam 6 jambak
Pokok santalia ni pun keluarkan bau yang wangi gak tapi tak sewangi bunga kat atas tu. Dulu dah nak mati... nasib baik panjang umur pokok ni...
Pokok yang tumpang menjalar...
Pokok morning glory....
Gambar ni lari dari topik, Mummy ambik sebelum pegi kerja pagi tadi... cayang buchuk Mummy, si Dafiy demam dah dua hari. Selain demam dia kena sakit mata gak, Tengok tu mata dah sepet sebelah dan melekat ngan taik mata... tidur malam pun tak lena dia... Orang makan sahur kul 5am dia ikut bangun tapi dia layan Ultraman Cosmos... demam cam tak demam...
14 Ramadhan 1431
14 Ramadhan - Hari ni daddy buka puasa kat dewan Tabung Haji. Office dia buat jamuan buka puasa untuk staffs dan customer. Jiran depan rumah Mummy panggil buka puasa kat rumah dia, so semalam Mummy cuma goreng makaroni je. Permintaan Danny & Danish. Dia orang dah malas nak makan nasi la tu.
Rona roni makaroni goreng
Close-up sikit rupa paras rona roni ni...hehehe. Mummy cuma bubuh udang, telor, carrot sikit ngan capsicum je... cili pun letak sikit je.
Tuesday, August 24, 2010
The making of ...
Dah nak masuk dua minggu kita puasa so maknanya lagi dua minggu lagi nak raya ni. Camna ni projek buat kuih tak start lagi. Bahan2 sebahagiannya Mummy dah beli, tinggal butter je yang tak beli. Last year lepas sahur je Mummy start buat kuih sikit2. Ntah tahun ni cam terlebih vitamin 'M' la pulak masa sahur kut.... tak boleh jadi ni, nak kena buat gak. Lagipun Mummy cuma order choc chip jer. Nak beli kuih yang jual kat kedai2 tu cam kureng je...
Mummy bukan nak buat berjenis2 sangat pun kuih raya ni, 3-4 jenis je dah le. Buatpun biskut yang sempoi2 dan senang nak buat, tapi rasa sedap!!!

Cornflakes madu... cornflakes + almond slice + kuaci + kacang + kelapa kering... kalau setakat untuk makan2 je kan tak perlu masuk dalam cup comel2 ni, buat style pop-corn je...

Almond london - biskut yang wajib Mummy buat tiap tahun...

Snow almond - sangat suka biskut ini ... crunchy di dalam, rich of choc diluar...
Chocolate cluster @ Cornflakes cluster
Kalau rajin dan ada masa nak buat peanut butter cookies gak. Weekend ni nak balik kg daddy... emmm nampak gaya cuti 31st August kena memulun buat biskut ni la. Sabtu 4th september tu bibik dah nak balik indon....
