Wednesday, January 27, 2010

Doa Dihari Lahir

27/01/2010 (Rabu) - Hari ni genap 40 tahun Mummy hidup di bumi yang fana'. Mummy dah masuk dalam group 4 series. Selamat tinggal 3 series. Dalam sedar tak sedar cepat betul masa berlalu meninggalkan kita. Orang kata usia 40 ni dah masuk waktu asar sebelum menuju ke maghrib.

Apa yang kita cari dalam hidup yang sekejap ini????...first time tengok video ni masa g training ESQ. Kalau tengok sorang2 boleh menanggis ni...

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.


Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.


Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.


Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini...aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.


Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini...pimpinlah hati hambaMu ini...pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.


Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku si yatim piatu ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.


Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbul Alamin.

Monday, January 25, 2010

Choc & choc



Mood buat choc tak padam lagi ni ... so weekend mmg xtxt mencungkil bakat masak ni...hehhehe.

 
Choc cupcakes. Guna resepi moist choc cake kukus yang biasa Mummy buat tu tapi kali ni Mummy bakar. Emmm....nyum...nyum...bakar 10 minit je dah masak sebab kecik2 kan....Mummy tak deco apa2 pun kat cupcakes tu. Pagi ni anak2 gi sekolah bawak bekal cupcakes sorang 3 biji.


 
 
Ni proes renyah @ leceh nak buat choc bentuk strawberry. First white choc yg dah dicairkan tu letak pewarna hijau. Pas tu tuang @ sapu kat bahagian daun pada acuan. Masuk peti sejuk biar keras. Kemudian buat shell acuan dengan ratakan choc keliling acuan. Sejukkan sekejap biar dia keras. Letak inti @ filling strawberry dan cover dengan choc lagi. Rasa cam kelas


 
Ni pulak nak buat guna cuan daun. Tak de la serumit guna acuan strawberry tadi.

Dan inilah hasil xtvt choc Mummy masa weekend....


Choc with strawberry filling. Comel tak?? Tapi tak berapa cerahkan warna strawberry tu, Mummy ada pewarna pink je, patut guna pewarna merah baru cam strawberry betulkan....tak pe la lain kali cuba lagi buat bagi nampak lagi real sikit....hehehe


Acuan crown ni senang nak buat tapi masa nak keluarkan tu susah sikit sebab bentuk diakan banyak sangat lekok2 sikit...


Mummy, doremon kan warna putih ngan biru mana ada warna pink!!! Tu comment dari Dania...sabor jer ler...dlm comment tu sekali jalan dia ngap 3 ekor doremon pink ni....acuan doremon ni ada dua part depan dan belakang, so bila choc dah keras kena ambik dua2 bahagian ni dan lekatkan guna choc gak, so dapatlah bentuk doremon 3D.


Bila dah penat guna buat jer yang sempoi cam ni....

Lepas ni project lolichoc pulak, last week Mummy ada order mould lolichoc online tapi tak sampai lagi la pulak.

Friday, January 22, 2010

n3 tengah malam

baru jer lepas buat choc sikit, bosan tak de nak buat apa so lepas Dafiy tido Mummy krung krang krung krang kat dapor buat choc ni...kali ni Mummy guna compound milk choc dan hias sikit guna compound white choc gak so jadi cam marble sikit la. Rasa lagi sedap compara yg Mummy guna comppund dark choc sebelum ni. Ngkorang layan je la gambar2 ni...

 
Cikgu kata klu choc tu nampak cantik berkilat jer tu maknanya menjadilah choc yg kita buat. So nampak berkilatkan choc Mummy ni...ni guna mould ala2 kerang... bila dah susun2 cam ni rasa cam lipas la pulak...hehehhe

 
Yang ni tka tau le mould jenis apa...ala2 diamond kut shape dia

 
Yang ni mummy letak rice bubble, sepatutnya buat choc bar tapi mummy tak der lagi mould utk choc bar so Mummy guna je mould puding...ala janji ada bentuklah... hehhe.... yg ni Mummy dah rasa seketul (ala klu Mummy makan byk pun bukan ngkorang tau....)


Tengah buat strawberry ganache (inti or filling) ...weekend ni nak buat choc fruity pulak so Mummy buat lah filling dia dulu. Bila dah pekat masukkan dalam piping beg dan masuk freezer.

Thursday, January 21, 2010

Mummy budak kampung!

N3 ni khas dedicated untuk empat orang anak kesayangan Mummy, Emmer Daniel, Adam Danish, Dania Batrisya dan Emmil Dafiy yang lahir2 jer terus disambut dengan lampu elektrik terang benderang bukan cam
Mummy dulu.


Mesin getah ada dua jenis, yan glicin dah yang berbunga2. Apa guna dia? Nak buat mesin getah keping la nak oooi. Dulu atuk kan kerja motong getah so memang kerja Mummy dan yang lain2 tolong atuk untuk pusingkan mesin ni. Berat tu nak pusing. Dulu kat kampung atuk mesin ni tapi lepas atuk meninggal dah jual kat org beli besi buruk. Klu tak mesti Mummy dah letak depan rumah kita jadi landskap...


Ni getah beku @ buku @ sekerap. Bau dia jangan cakap la tersangatttttttttttttttttttttttlah busuknye, lagi2 kalau dah terendam dlm air hujan lama. Mummy masa sekolah menengah dulu tak suka hari Jumaat. Kenapa? Sebab hari Jumaat tu atuk kutip getah buku ni dan Mummy kena tolong. Mama Miraki selalu pengelat sebab bila hari Jumaat jer di gi sekolah yang koko lah yang pengakap la, geram betul. Sebenarnya bukan tolong kutip getah buku tu sebenarnya tapi sekadar angkatkan baldi yang dah penuh tu bawak balik rumah so tak payah atuk ulang alik. Itupun Mummy sarungkan dua2 tangan dengan beg plastik biar bau tak melekat kat tangan (teruk gak Mummy ye...). Tapi hasil dari jualan getah beku tu lah atuk gunakan untuk besar dan sekolahkan Mummy dan yang lain2.



Atuk dulu ada kebun nenas sebelum ditanam semula dengan kelapa sawit (gambar ni bukan kebun atuk yer...sekadar hiasan). Tiap kali atuk petik nenas memang kena tolong punye. Tolong apa? Tolong angkat dan kumpulkan kat satu tempat lah. Nak tau camana kami angkat nenas tu ? Bukan pegang guna tangan jer.  klu cam tu bil anak habis angkat nenas satu kebun. Mummy guna kain batik dan selempangkan kat badan, pas tu letaklah nenas tu dalam kain selempang. Isilah sebanyak mana selagi terdaya. Kena berjalan kat celah2 pokok nenas dengan duri kat daun nenas yang mencucuk badan, kira memang sampai berdarah gak ler bila time mengangkat nenas. Itu masa Mummy dah besar sikit dan dah sekolah la tapi masa Mummy kecik2 lagi dalam 4-5 tahun atuk dan Mak Long selalu cerita Mummy selalu jadi cam boss sebab duduk kat atas nenas yang dah disusun atas basikal. Kat basikal tu kena letak ngan kayu palang2 dulu (panggil sangkak), emm ntahlah Mummy tak tau anak2 Mummy ni dapat bayangkan ke tak camana basikal letak palang2 kayu dan susun nenas atas tu... nanti anak2 Mummy dah besar Mummy lukis yer biar semua dapat bayangkan.


Anak2 Mummy tau tak ni apa? Mummy dah agak dah mesti semua tak tau. Ini isi buah kelapa sedang dijemur untuk dijadikan kopra. Dari kopra ni lah akan diproses jadi minyak kelapa dara masak. Ini juga kerja yang Mummy kena buat masa kecik2, tolong atuk start dari kutip buah kelapa, belah buah kelapa, jemur angkat jemur angkat sampai lah kelapa tu kering. Kerja nak menjemur tu Mummy involve masa weekend je sebab kena buat belah pagi. Tapi kerja nak angkat kelapa yg dijemur tu memang kerja wajib tiap2 petang la. Kelapa ni atuk jemur kat tepi jalan, so bila nak angkat waktu petang tu Mummy buat sambil tunduk jer sebab malu kawan2 dan orang yang lalu depan rumah tu tengok...Kalau masa jemur ni musim panas oklah tpai kalau kena musim hujan memang bercinta betul...kejap2 nak angkat nanti nampak matahari sikit atuk suruh jemur semula dan belum habis jemur dah hujan semula, masa tu memang menyumpah betul. Dan lagi satu kalau hujan masa jemur ni isi kelapa tu jadi berkulat dan nanti cepat busuk so kena lah korek untuk buang kulat2 dia.


Ini pulak tombong kelapa (kentos). Masa belah kelapa untuk buat kopra memang Mummy banyak dapat tombong ni. Tombong ni ada dalam buah kelapa yang dah tua sangat atau kelapa yang dah tumbuh daun2. Tombong ni Mummy suka yang kecik2 jer sebab rasa dia manis sangat tapi kalau dah besar sangat saiz dia rasa pun kurang sedap tak dan tak berapa manis.


Tumis kangkong, menu wajib rasanya seminggu 8 kali kut masak kangkung ni..haha... Dan Yin paling tension klu kakak2 masak sayur ni sebab dia tak makan (pokok2 kangkung tu hidup subur kat belakang bilik air... kan baja asli tu...heheh...berlagak betul la ngko Yin, kenapa sekarang klu g kedai tomyam ngko mesti order kangkung goreng belacan???


Lauk 'mewah' kari telor. Budget masak seorang dua biji tengahari sebiji dan petang sebiji tapi selalu bila petang dah tinggal kuah kari dia jer... kari telor semata2 tak der pun tambah kentang or tomato...tak pe lah dapat makan ngan kuah jer pun sedap!!!


Disebabkan pokok ubi keliling rumah dan kat kebun atuk banyak ini pun antara sayur yang kerap dimasak. Dah rasa cam kambing pulak, kalau tak pucuk ubi , kangkung kalau tak kangkung pucuk paku....Pucuk ubi selalu dimasak lemak putih jer (bobor) dan kalau nak bagi kaw selalu kena ada sambal totok ngan ikan masin.


Dulu2 kalau lepas solat Isya nampak atuk bancuh tepong rasa best sangat. Ya lah maknanya pagi tu tak de la sarapan ubi rebus dan yg sewaktu dengannya. Atuk buat apam gula merah...bancuh sebelum tido dan pagi2 esok atuk kukus, makan ngan kelapa muda....sedappppp. Apam gula merah yg orang jual sekarang ni tak macam yg dulu2 la...mungkin guna yis lain kut...dulu yis @ ibo roti tu kena rendam dulu bagi naik...kalau dah naik dan kembang ibu roti tu baru bancuh tepong, sekarang ni rasanya yis kering tu terus jer gaul kat tepong kan....ntahlah


Dulu2 kampung atuk kerap banjir, so bila banjir nilah aktiviti Mummy ngan yang lain2. Buat rakit guna batang pisang (getek la). Alah dah banjir nantikan pokok pisang tu mati gak so baiklah kita orang tebang dan buat rakit jer ...kann. Tengok betapa kretifnya Mummy dan mama2 yang lain.


Ini kerepek ubi sira (atuk panggil kerecek). Atuk dulu goren jer tak der pun bersira2 (lebih gula tak baik untuk kesihatan...emmm sebenarnya atuk nak jimat). Alah goreng cam tu jer pun Mummy makan laju jer. Ya la masa tu mana Mummy mintak atuk beli itu ini macam anak2 Mummy sekarang ni. Dulu junk food yg famous chikedessss ngan maruku panjang2...


Ini air oren bikabonat (atuk panggil 'jinjer' bukan 'jijieeeeeeeeeeee' tau) yang Mummy dapat minum kalau Mummy demam jer, kalau sihat walafiat jangan harap nak dapat. Masa tu cam nak berdoa jer biar demam selalu biar dapat minum air oren botol ni. Sekarang ada gak oren ni tapi tak banyak lah. Yang pasti kat kedai Abas ada jual itupun tak banyaklah.


Ni rupa basikal yang Mummy naik masa kecik2 dulu. Ni 'basikal pompuan' klau basikal lelaki ada palang (tak tau le sapa yg bagi nama tu). Buruk je ka tak macam basikal anak2 Mummy sekarang warna pun meriah semacam jer. Memang puaslah Mummy jatuh dan bangun masa mula2 belajar naik basikal ni. Tengoklah tak ada pun roda tambahan untuk balancekan badan, tu yang asyik jatuh jer. Dari darjah 2 hingga tingkatan 3 Mummy kayuh basikal gi sekolah. Dekat? Mana ada dekat rasanya ada kut 10km.

Pesanan untuk anak2 Mummy :
Mummy & Daddy akan sentiasa bekerja keras untuk memastikan anak2 Mummy mendapat yang terbaik di dalam segala segi. Kami akan sentiasa berdoa agar anak Mummy & Daddy akan menjadi insan yang berjaya dan sentiasa mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Mummy &Daddy telah merasai akan kesusahan hidup dan semoga anak2 Mummy tidak akan melalui seperti apa yang kami lalui. Amin. Mummy rasa itulah juga harapan semua ibu bapa di dunia yang mahukan segala yang terbaik untuk anak2 mereka.

Wednesday, January 20, 2010

Mari belajar karangan ...

Rasanya cikgu boleh demam klu dapat student cam ni ek...sampai 4 kali ulang buat karangan yg sama tapi salah jugak....oklah saya mau pigi lulu ya...hehhe..