Friday, January 7, 2011

Weekend oh weekend

yeyeye dah hari Jumaat. Untuk orang2 yang stress menempuh jam tiap pagi dan petang dalam minggu ni mungkin boleh tarik nafas lega sikit... sebab dapat off 2 hari. So cuti dua hari ni bolehlah urut2 sikit kaki yang cramp tu (kes kalau keta manual la....). Tapi walau pun cuti banyak gak xtvt Mummy nak buat kan...


Malam ni ada xtvt makan2 kat Steamboat Antarabangsa untuk staff & family. Jamuan untuk staff yang berhenti, kira farewell party la. Biasalah opis Mummy ni klu xtvt makan2 untuk staff sure boleh bawak spouse dan anak2... bibik pun bawak gak ... hahaah

Sabtu pagi ada xtvt gotong royong kat D7. Lepas zohor Mummy ada hi-tea kat Holiday Villa Subang Jaya, reunion ngan gang2 UTM dulu. Pegi ngan Daddy je, anak2 tinggal rumah. Excited nak jumpa kawan2 lama ni... yang pasti masing2 memang dah banyak berubah... heheh. Balik dari hi-tea nak singgah ke Flea Market a.k.a carboot sales kat MAEPS Mardi... dengarnya banyak barang2 menarik kat situHari Ahad pulak cousin Mummy buat kenduri kahwin untuk anak dia kat Puchong Perdana... bolehlah jumpa sepupu2, makcik2 dan suku sakat Mummy nanti.



Emmm nama je cuti kan tapi xtvt dan itinerary dah siap ni.... hehhe. Oklah tunggu N3 untuk semua xtvt Mummy tu yer...

Wednesday, January 5, 2011

Dengar guruh di langit...

sila sambung peribahasa di atas ... kalau tak tau sila tanya En Kar*m "Sink" .....

oklah Mummy bukan nak cerita pasal karam or pasal tenggelam... ni hah guruh tengah berdentam-dentum kat opis Mummy dan hujan pun turun mencurah2 dengan selebat2nye... semalam pun hujan lebat sangat masa balik kerja.

Semalam masa jemput Daniel dan Danish balik sekolah pun redah hujan je, pakai payung pun tak guna sebab hujan angin, lastnya anak beranak kebasahan luar dan dalam.... nasib baik buku2 selamat. Dia orang Mummy suruh jalan cepat2 still berlenggang-kangkung sambil main air kat padang... sabar jer la...

Monday, January 3, 2011

1st Day School 2011

03/01/2011 (Isnin) - Salam semua. Kerja ke hari ni? Mummy rasa ramai parents yang ambik cuti especially yang ada anak masuk darjah 1, form 1 or tadika. Hari ni pun Mummy cuti lagi. Bisalah hari pertama sekolah, nak hantar sendiri anak2 sampai ke depan sekolah (kalau boleh nak hantar sampai masuk kelas lagi.. heheh).

Get ready nak gi sekolah agama

Sama macho sama hensem... heheh... biasalah puji anak sendiri...

My lil princess Dania... kat tadika lagi setahun... next year baru masuk darjah 1. Tak tau la apa lagi cikgu nak ajar dia... baca dah lancar, so kena belajar buat karangan kut...heheh 

Jelingan maut anak dara Mummy

Danny & Danish... darjah 3 dan 2

Hari ni Mummy jadi supir sepenuh masa.... 7.20am hantar Danny & Danish ke kelas agama. 8.00am hantar Dania ke SmartReader. 10.30am jemput Danny & Danish balik sekolah agama. Kul 11.15am jemput Dania balik Smart Reader. Kul 1.00am hantar Danny & Danish ke sekolah kebangsaan... petang Daddy yang jemput dia orang balik sekolah kebangsaan...

Co-pilot Mummy... belum mandi pun dia dah menyibuk nak ikut hantar abang2 dan kakaknya

Sunday, January 2, 2011

Street BBQ Dinner

01/01/2011 (Sabtu) - Malam ni ada majlis BBQ kat kawasan kejiranan Mummy, bukan BBQ untuk satu taman tapi khas untuk jiran2 yang sama lorong dengan Mummy je, biasalah konsep potluck. Mummy sampai rumah dah nak maghrib so tak sempat nak masak apa2, penyelesaiannya call 1-300-88-2525 je la.. order lempeng omputih... heheh

Kejap je Mummy masak pizza dah masak...

Gambar2 syok sendiri lagi sebelum gi jamuan

Apa menu? Macam2 ada... kambing sujud, bbq ayam, udang, sotong, jagung, sosej, makaroni, tose, putumayam, berbagai salad, pizza dan banyak lagi la. Jomlah layan sebahagian menu yang sempat Mummy snap... tak boleh nak tambik banyak gambar sebab si Dafiy nak berdokong je...

Menu kesukaan ramai (kecuali Mummy la)... kambing sujud or kambing kena sula

 
Antara benda2 yang dibakat... ayam, sosej, udang. Sedap sungguh ayam yang diperap Kak Zai....resepi rahsia Kak Zai ni... heheh 

 
Jagung & sotong

Kuih 'lopez de lopez de sequeira' yang sangat sedap

Pasta...pasta....pasta...

Comelnye cupcake ni...

Potato salad & coleslaw

Anggur, epal, limau , pisang montel semua ada...

Macaroni tuna

Kari kambing makan ngan roti

Daddy tengah gigih membakar2..

Dania & Sarah

Afidah & Ina ... masa ni orang tak ramai lagi

Majlis belum bukak anak2 dah ngap dulu.. hehehhe

Ait dah tinggal tulang jer...

Anak2 & the gangs

Dia orang lah yang terlebih seronok... kul 1am baru balik rumah

Ucapan dari Pak Lurah ... Abang Din

Epi 13th besday... Naufal anak Abang Din & Kak Zee

Surya & family

Cikgu Ina

Mummy & budak mengada2...Dafiy

Si Kembar Armin & Arman... tersangatlah comelnya dua budak kembar ni...

Afida, Surya, Cikgu Ina, Dr Farah dan Mummyla...

Agak2 kaum suami ni gossip pasal apa yer????
Along & the boys main kat rumah Mummy... budak2 makan sikit je lepas tu sibuk main je

Dania & the girls

Memang seronok dapat kumpul dengan jiran2 selorong Mummy ni, selalu tu berselisih kereta dan setakat angkat tangan je, malam tadi sempat borak dan sembang panjang.

Almost 12:30am baru Mummy balik rumah... daddy dan anak2 pulak pukul  1 lebih baru balik...

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011


Selamat Tahun Baru 2011 untuk semua saudara mara, kawan-kawan, opismates dan pembaca blog Mummy ni. Semoga tahun ini membawa kejayaan yang lebih cemerlang dan apa2 yang kita lakukan ditahun ni lebih baik dari yang kita lakukan ditahun lalu.

Selamat Hali Lahir juga kepada yang menyambut hari ulang tahun kelahiran hari ni terutamanya kepada kakak Mummy, Datin S yang sekarang sedang cuti2 Malaysia dengan anak2nye di Blue Lagoon PD.

Apa program tahun baru ni? Lepas breakfast ni Mummy nak balik kg Daddy dan petangnya balik semula ke KL.  Malam ni Mummy dan jiran2 buat BBQ street party... program pertama ditahun 2011 di kawasan kejiranan Mummy, hujung2 tahun ni few jiran baru masuk rumah so bolehlah kenal2 ngan jiran2 baru dan jumpa jiran2 sedia ada, nama jer jiran tapi kalau hari2 biasa masing2 sibuk dengan kerja tak sempat nak sembang ngan jiran2 walaupuh rumah sama lorong. Ok jiran2ku kita jumpa malam ni ye (macamlah jiran2 Mummy tau kewujudan blog ni... hehheeh). Tengah fikir nak bawak apa malam ni? emmm nak masak2 sendiri tak sempat sebab balik kg, rasa2nya order 'lempeng omputih' je la senang....