Showing posts with label tahun baru. Show all posts
Showing posts with label tahun baru. Show all posts

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011


Selamat Tahun Baru 2011 untuk semua saudara mara, kawan-kawan, opismates dan pembaca blog Mummy ni. Semoga tahun ini membawa kejayaan yang lebih cemerlang dan apa2 yang kita lakukan ditahun ni lebih baik dari yang kita lakukan ditahun lalu.

Selamat Hali Lahir juga kepada yang menyambut hari ulang tahun kelahiran hari ni terutamanya kepada kakak Mummy, Datin S yang sekarang sedang cuti2 Malaysia dengan anak2nye di Blue Lagoon PD.

Apa program tahun baru ni? Lepas breakfast ni Mummy nak balik kg Daddy dan petangnya balik semula ke KL.  Malam ni Mummy dan jiran2 buat BBQ street party... program pertama ditahun 2011 di kawasan kejiranan Mummy, hujung2 tahun ni few jiran baru masuk rumah so bolehlah kenal2 ngan jiran2 baru dan jumpa jiran2 sedia ada, nama jer jiran tapi kalau hari2 biasa masing2 sibuk dengan kerja tak sempat nak sembang ngan jiran2 walaupuh rumah sama lorong. Ok jiran2ku kita jumpa malam ni ye (macamlah jiran2 Mummy tau kewujudan blog ni... hehheeh). Tengah fikir nak bawak apa malam ni? emmm nak masak2 sendiri tak sempat sebab balik kg, rasa2nya order 'lempeng omputih' je la senang....

Thursday, December 31, 2009

Selamat Tinggal....

31/12/2009 11.51 pm (Khamis) - ini n3 terakhir Mummy di tahun 2009. Lagi beberapa minit kita akan tinggalkan tahun 2009 yang penuh dengan peristiwa suka duka. Dan munculnya 2010 diharap membawa sinar baru dalam kehidupan Mummy dan keluarga. Yang pasti datang tahun baru bermakna usia kita kurang lagi satu tahun...untuk kawan2 blogger dan pembaca blog ni, Mummy ucapkan selamat menyambut tahun 2010.





Perlu ke ada bunga api utk sambut tahun baru? Lu fikrilah sendiri (sorry Nabil pinjam trademark u...)


Untuk Kak Noor, Happy Birthday. Tiap tahun orang akan ingat birthday dia. Dan utk hubby Mama Miraki juga... so esok masing2 jangan lupa bawak cake yang sedap2 untuk kita orang tau...