Friday, October 1, 2010

2034.... hidup lagi ke aku?

Salam Jumaat semua. Meriah ngan open house lagi ke. Hari ni lunch hour panjang sikit sure ada yang ambik pelung gi open house... tak pe tak pe.... pegi jangan tak pegi...


Mummy nak cerita pasal apa ek... oh alkisahnya pagi tadi sebelum g opis Mummy singgah ke Tabung Haji dulu. Simpan duit raya anak2. Sebelum2 ni simpan kat saving account kat bank je, tapi biasalah saving account berapa sangatlah return setahun. Kebetulan semalam Daddy dah ambik dan isi2 semua borang so Mummy tinggal hantarkan je la pagi ni. Dalam pada akak kaunter tu kira duit dan ketak-ketik keyboard komputer terajinlah mulut ni tanya kat dia, kalau daftar haji tahun ni bila dapat pegi? Dia kata kalau ikut giliran boleh pegi tahun 2034. Hah 2034? 24 tahun dari hari ni... ish...ish... hidup lagi ke Mummy masa tu ek. Tapi kalau lagi lambat daftar lagilah lambat dapat pegi kan.... unless kalau nak pegi ikut pakej tu rasanya anytime boleh kut. Uols mesti dah daftar awal2 atau memang dah pegi haji pun kan... alhamdulillah kalau macam tu.

Wednesday, September 29, 2010

‘Ali Setan’ vs 'Suara Kekasih'

Azmil yang dah tinggalkan dunia lakonan....sekarang ni jadi pendakwah bebas dan tinggal di Syria...

KUALA LUMPUR 29 Sept. - Bekas pelakon dan pendakwah bebas, Azmil Datuk Mustapha dikejarkan ke Hospital Al-Andalus, Damsyik, Syria awal pagi kelmarin selepas mengadu sesak nafas.

Azmil, 58, yang terkenal dengan lakonannya melalui filem Ali Setan, kini dirawat di unit rawatan rapi hospital berkenaan dan dijangka menjalani pembedahan pintasan koronari pada pukul 2 petang waktu tempatan (7 malam Malaysia).


Menurut anaknya, Nor Amalia Batrisya, bapanya kini berada dalam keadaan stabil dan doktor sedang memantau kesihatannya. - Utusan




Sound track Suara Kekasih semua best2...

Mummy Gee - semoga Aznil dipanjangkan usia dan selamat menjalani pembedahan ni. Mummy suka lakonan2 dia ngan Ogy dalam Ali Setan dan Suara Kekasih.....teringat ending cerita Suara Kekasih... bila ayam berkokok masuk subuh so dia orang pun berpisah sebab Azmil kena kahwin ngan Connie.... meleleh gak tengok cerita ni dulu... hehehh

Tuesday, September 28, 2010

Rimau oh rimau...


Baru selesai buat urusan perbankan... hari ni rimau mengaum terus bayar itu ini, dalam masa tak sampai 30 minit selesai... baki yang tinggal untuk belanja pasar, school fee & transport anak2 dan perbelanjaan sebelum dapat gaji akan datang.. cam tu la rutin orang bekerja.... alhamdulillah masih ada kerja dan masih ada gaji lagi...

Hujan kat luar opis, kat dalam opis ni dah mengiggil. Tetiba rasa cam nak makan carrot walnut cake ngan brownies dari 'resepi rahsia' masa buka posa nanti la...

 
Air liurku hampir meleleh2... heheh

Monday, September 27, 2010

Monday bluessssssss

Monday blues selepas 2 hari penuh ngan xtvt makan @ melantak @ mencekik dan yang sewaktu dengannya. Hari ni baru start puasa 6... orang lain lah lama settled kan... hehhe. Pagi tadi sahur daddy suruh buat nasi goreng je, so oklah senang je.

Dari pagi tadi mata cam kena gam je, tapi bil alunch hour ni tetiba hilang semua gam yang melekat kat mata, penat dah pejam2kan mata nak bagi tidur tapi tak tidur gak. Nanti bila kul 2pm automatik mata cam kena gam semula, teruk betul la....
Sedapnye la Mr Garfield ni tidurrrrrrr....bantal tu cam gebu je...

Semalam Mummy gi dua open house je. Satu kat Presinct 10 Putrajaya rumah kawan daddy masa sekolah dan lagi satu kat Shah Alam rumah officemate daddy.

So sesiapa nak jemput Mummy gi open house janganlah malu2 calling2 or sms'ing'... heheh senang sikit Mummy nak susun jadual dan gantung periuk belanga lagi... hahah. Yang pasti Sabtu depan 2/10 memang confirm gantung periuk belanga sebab dah ada 3 majlis ni. Rumah kawan Daddy kat Sek 3 buat open house lunch hour. Kakak Mummy si Datin S & Datuk T buat open house lepas Zohor (kompem tapau punye... heheh) dan sebelah malamnya tu lorong Mummy buat jamuan raya gak ... pot luck dan BBQ concept. Dengarnya Datuk H & Datin A sponsor kambing golek seekor... dan Sabtu tu juga hari untuk serah tugas kat bibik semula... legaaaaaa

Sunday, September 26, 2010

Raya 2010 : Episod (Mari kita diet...)

16 Syawal = 25 September (Sabtu)... Sambutan raya semakin rancak kat KL ni. Sabtu dan Ahad betul2 hari untuk gantung periuk belanga... tpai tak de la gantung langsung, at least pagi tadi Mumm goreng mee ngan nasi gak... hehehe...

Pagi tadi jiran depan rumah Mummy, Mr. S dtg beraya ngan 2 anaknye. Sebelum ni dia org duduk NZ. Dah kahwin ngan org melayu dah bolehlah cakap melayu sikit2 pun.

Kul 11.30 Daddy gi rumah Dr H, doa selamat. Mummy pegi kul 12:30pm dengan Dania. Menu nasi briani, mee kari & laksam. Selain tu lemang dll.

Balik rumah sekejap baring2 tidurkan dafiy dan solat. Tidur sekejap. Daddy balik dari baca doa selamat rumah Datuk H & Datin A. Kul 3.30pm Mummy pulak pegi rumah Datuk H. Menu nasi briyani gak, selain tu ada mee kari dll.

Balik rumah siap2 nak ke rumah Mak Lang (adik MIL) kat Puchong Jaya. Tetiba hujan lebat la pulak, so lepak2 je dulu kat ruma tunggu hujan teduh. Kul 5pm baru pegi. Danny & Danish tak nak ikut sebab rumah member baik dia (anak En. E & Pn S) buat open house.

Muka boring daddy sebab jalan jam...

Kat tol kajang....

Aksi syok sendiri cam biasa....

Masuk je ke PLUS hway Mummy nampak kereta dari KL menghala ke selatan bersusun ...

Mummy & Mak Lang

Soto yang sedap... tapi sayang perut Mummy dah kenyang so makan setengah mangkuk je la

Dania & Opah Lang

Malam ni pot luck open house residents D7... malas nak masak so on the way balik dari rumah Mak Lang calling2 pizzahut. Janji 45 minit sampai tapi baru 20 minit delivery boy dah called kata dah kat depan rumah. Nasib baik Mummy dah nak sampai rumah masa tu.

So kul 8.15am baru pegi open house. Tapi si Danny & Danish lepas solat maghrib je terus pegi, tak menyabar2 betul.

Mummy malas tak sempat nak masak, so calling2 order pizza hut 4 biji besar berbagai perasa je la... alhamdulillah ini yang habis dulu... biasalah budak2 ramai, masing2 minat pizza... kalau lempeng tak makan kut dia orang ni...

Lokasi open house kat rumah En. E & Pn S. Dia pun buat open house petang ni so sekalikan dengang open house taman la... pot luck so masing2 bawak makanan serba sikit la. Tapikan bila dah kumpul2 sampai tak cukup meja nak letak makanan. Macam2 ada... dari menu tradisional dan western semua ada. Tuan rumah sediakan nasi briani dan kambing panggang. Juga kuih koci yg mables. Menu2 potluck yang ada pizza, kfc, macaroni goreng, pasta, spageti, char kuey teow, mee goreng, meehoon goreng, berjenis2 kek, beraneka buah2an dan macam2 lagi la. Sampai tak tau nak makan apa, lastnye ambik itu ini serba sikit. Yang lebihnye sembang2 ngan jiran2 la. Inilah masanya nak jumpa jiran tetangga. Malam ni juga diadakan mesyuarat penduduk. 

Favourite daddy.. roji jalan ngan kari ayam

Rona roni makaroni.... satu buffet tray yang besar akak ni bawak.... luak tak sampai separuh... 

Kek dari resepi rahsia..choc brownies & carrot walnut dan kek lapis... kak ari resepi rahsia ada 3 biji termasuk indulgence tapi Mummy kureng suka sikit indulgence tu

Blueberry cheese tarts & fruit cheese tart... nampak bendalah ni teringat kat si MMirror yang suka sangat ngan cheese tarts ni... 2 bekas besar ada dalam 100pcs rasanya orang ni bawak..

Karipap, kasui dan keria

Kuih kapit... heehe ngan bekas2 sekali tu bawak balik... org yang bawak kuih ni bawak sampai 4-5 bekas

Mee goreng yang banyak 'binatang'...

Mummy rasa satu taman pagi esok tak buat sarapan. Masing2 cuma panaskan apa yang ditapau.... hehehhe...