Blog catatan kehidupan peribadi Mummy bersama hubby dan lima orang permata hati kami, Emmer Daniel, Adam Danish, Dania Batrisya, Emmil Dafiy dan Dhiya Danisha. Juga cerita-cerita tentang saudara dan suku sakat Mummy. Ada juga cerita kenangan bersama emak dan abah.Luv u all.
Sunday, September 5, 2010
Iklan kontroversi
Siapa yang tak tengok lagi ni lah iklan raya TV3 yang kontroversi, iklan Ho ho ho merry hari raya TV3 yang mencampur adukkan budaya, agama yang berlainan di Malaysia dalam 1 iklan, Iklan yang konon2nye bawa mesej 1 Malaysia tapi tersilap cara pembikinannya.
25 Ramadhan 1431
25 Ramadhan 1432 (Sabtu) - Menu sempoi menggunakan tock yang ada dalam peti sejuk. Hari ni mala nak gi pasar sebab balik hantar bibik dah kul 10.30. Nak gi PaRam hujam je la pulak so Daddy kata maak je tlor sambal. So Mummy tambah masak sup ayam dan ayam goreng rempah. Pas tu goreng karipap dan pau kelapa segera.
Telor sambal
Sup ayam ... menu yang tak menjemukan... dan jangan lupa mesti ada sambal kicap!
Ayam goreng rempah... ambil update blog ni Mummy ratah je lebihan ayam ni...
Karipap & pau kelapa segera
Air tembikai yang sangat mables...
Saturday, September 4, 2010
24 Ramadhan 1431
24 Ramadhan 1431 (Jumaat) - Hari ni mummy gantung periuk belanga lagi. Office Mummy buat majlis buka puasa untuk staff & keluarga kat Putrajaya International Convention Center (PICC). Daddy tak ada so Mummy je pergi ngan bibik dan anak2. Hari ni anak bauh Mummy si Arif jadi pak supir kami.




















Kita orang sampai time orang tak ramai lagi...

Lokasi PICC ni memang cantik..

Snap2 dulu sebelum ambik makanan yang berbagai...

Survey dulu apa menu yang ada...comel la cara dia susun kuih2 talam tu...

Rojak2 dan segala macam kekacang dan keropok

Deretan puding, jelly & ice-cream

Kerabu...kerabu dan kerabu serta segala macam ulaman dan sambal


'Kambing sujud' .. Q paling ramai kat sini la... apa yg sedap sangat kambing panggang ni ek? Tengok kambing ni kena 'sula' je dah tak lalu nak makan... ehhehhee

Setengah senduk nasi, 4 ekor udang sambal dan kerabu utk Mummy. Kue teow tu Danny punye

Nasi ngan ayam madu dan kari telor untuk Dania & Danish. Punye banyak makanan ni je yang dia orang nak..

Segala jenis kerabu ada... kerabu tauge, kacang botol, mangga...ratah je la

Fadod, Duan & Arif... eh penuhnyee meja ngkorang... habis setengah ekor kambing korang tibai ye!!

Ziela & Ida


My 4 little angles

Sedondon...

Ke mana2 pun mesti Dafiy buat performance...

Snap2 seblum balik...
Selamat menyambut raya kepada semua staff kat opis Mummy. Bila beraya nanti drive carefully. Mummy dah start cuti Monday depan ni, so kalau ada apa2 masalah tu calling2 la.
Friday, September 3, 2010
Kuih raya ...
Tadi Mummy buat n3 pasal duit raya, la ni nak cerita pasal kuih raya pulak lah. Tapi kan kalau dah ada kuih raya kenalah ada bekas untuk isi kuih raya tu kan... So masa gi Alamanda beli kasut anak2 Mummmy capai le sekali bekas kuih ni. Campak cam cantik lah pulak dan yang penting kedap udara. Yang ada kat rumah tu dari zaman tok kaduk lagi.




Yang dalam kotak besar tu set 6 biji dan Mummy tambah 2 bekas design yang sama tapi saiz besar sikit.
Close-up sikit... Camanalah boleh tak perasan...penutup dia ak sama warna la pulak. Yang bekas saiz kecil tu penutup gold tapi yang bekas besar tu silver color la pulak... bantai je lah labu... malas Mummy nak pegi Parkson untuk tukar...cantik tak?
Ini pulak biskut bangkit kelapa yang Mummy import dari Kota Tinggi. Kawan Kak Long yang buat... satu balang ni 100pcs cuma RM30 je... dan rasanya memang mables...Mummy suka sangat...
Layan biskut ni lepas buka puasa semalam. Dafiy pun habis makan 3 ketul... lemak2 manis dan rangup... orang ni menggunakan acuan yang sama selama bertahun2... bijan pun penuh dia abur bukan 2-3 biji je, dan yang pasti tak rentung cam yang Mama Miraki beli tu....
23 Ramadhan 1431
23 Ramadhan (Khamis) - Hari ni tak sempat nak snap2 menu buka puasa. Rushing. Petang semalam sampai rumah terus solat Asar dan siap2 ambik anak2 balik sekolah. Terus angkut dia orang gi hantar daddy ke airport. Cab time petang2 bulan posa ni susah nak dapat. Daddy ada management meeting kat Singapore. Almost 1 jam baru sampai airport. Kul 6.30pm baru nak patah balik ke rumah.
Takut tak sempat buka puasa kat rumah Mummy dah siap2 bawak bekal kurma dan air. Untuk anak2 Mummy belikan nasi ayam dan nasi tomato. Masa balik tu jam la pulak nak keluar tol Bangi. So memang berbuka dalam kereta la. Setakat minum ngan makan kurma. Pas tu sampai rumah baru makan.
Ni je yang Mummy makan masa bka, sup ayam letak nasi sikit dan sambal kicap mesti ada lah. Alamak salah set date kat camera la pulak...
Kalau tak nak bagi Dafiy kacau masa kami berbuka letak je la notebook depan dia dan pasang ultraman cosmos kat youtube... pas tu layan je lak aksi dia berlawan ngan raksaksa...





