Wednesday, June 2, 2010

Uwek...uwek... lagi... cuba teka dah berapa minggu?



"Ha! Mummy Gee tu pregnant lagi? Eh, bukan dia tu dah tua ke? Dia tu tak de kerja lain lagi ke lagi pun anak bongus dia tu kan baru 2 tahun... confirmlah kut dia pregnant, kejap2 uwekkkk sana kejap2 lagi uwek2 sini ... dah berapa minggu agaknye" ...

Hihihi... malam tadi kalau ada orang datang rumah Mummy mesti dia orang ingat Mummy ni tengah fenin2 lalat sebab pregnant...apatahnye...tekak ni loya bebenor...ni semua gara2 Daddy la? Ha! Apa yang daddy dah buat??

Al-kisahnye lepas maghrib tadi Mummy masak ikan terkurung @ sardin untuk Daddy. Mummy ni mana makan ikan sardin. Memang sejak dari kecik tak makan so bila bau je automatik jer tekak ni cam kembang dan meloya je. Tak tau la kenapa, dari dulu kalau pegi camping orang masak sardin mesti Mummy bawak stock bekalan yang lain. Memang tak boleh masuk la ikan sardin ni.

Tapi sebab Daddy nak makan, Mummy masakkan la juga. Mummy kalau gi beli sardin mesti beli yang ikan mackerel cap ayam tu. Dan beli tin yang paling kecik ada 2 ketul ikan tapi last week gi tesco tak ada pulak jual sarding dlm tin paling kecik tu so ambik dalam tin sedang ada 4 ketul ikan.

Bawang besar, bawang putih, cili masak, halia dan limau...

Dah siap pun...oh ya ikan sardin tu Mummy goreng dulu. Daddy je yang makan lauk ni dengan bibik. Yang lain makan lauk lain.


Tuesday, June 1, 2010

My teardrops...


Mummy nak tanya bila last time uols menangis dan kenapa uols menangis? Alah jangan nak tipulah kata tak pernah menangis. Tak perlu malu kalau menangis. Kadang2 dengan menanggis tu dapat memberi kelegaan tau... kalau menangis mesti ada airmata kan. Ada tak menangis tapi tak ada air mata? Itu menanggis tipu2 namanye...heheh

Kata Ibnu Qayyim ada sebab orang menanggis:
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.


Tangisan yang terpuji - Tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah. Tangisan seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.

Tangisan yang tercela - Meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.


Tangisan yang sia-sia:
  • Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.

  • Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.

  • Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

  • Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.

  • Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

  • Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Monday, May 31, 2010

日本語を学ぶために割り当てる

 日本語を学ぶために割り当てる - Mari belajar bahasa Jepun





Sunday, May 30, 2010

Tambah saham...

Ahad (29/5/2010) - Bestnye hari ni cuti lagi, tapi walau cuti xtvt Mummy tetap packed. Seawal pagi Mummy dah pergi ke pasar Kajang. Last pergi pasar Kajang ni masa Mummy buat jamuan hari jadi anak2. Lepas tu every week balik kampung so tak sempat gi pasar, cuma g beli lauk pauk kat kedai runcit jer.

Balik dari pasar buat mee goreng basak untuk breakfast. Lepas tu breakfast bersiap untuk ke Tesco Saujana Impian. Stock barang2 kering dapor, susu anak2, diapers, dan lain almost habis.  So angkut semua anak2 gi tambah saham kat Tesco, tinggl bibik menyiang ikan2 dan lain2.

Hari Ahad kat Tesco kurang sikit orang compare ngan Saturday, so memang cepat jer Mummy shopping kat sini. Dah tau apa benda nak ambik dan kedudukan barang2 so senang jer. Mummy dgn Dania dan Daddy dengan 3 boys ambik barang2 besar. Lepas 45 minit jumpa kat cashier. Effisyen kan.... hehehe

Dania tukang ambik barang, Mummy tukang tunjuk...

Ambik Dania jangan tak ambik...

Ok lepas 45 minit settled


Balik dah kepenatan masak pun sempoi jer, bayam masak lemak putih, sambal belacan + timun, goreng ikan dan ikan masin. Lepas makan lepak2 dan zzzzzz...... arghhhh esok dah kerja...

Together-gether Kat 'Muo' : Part II




Setiap kali balik kampung atau acara together2 mestilah anak2 yang paling suka sebab dapat jumpa dengan cousins masing2.

We're cousins... kesian dia orang tak puas lagi main2 ngan sepupu sepapat... tak tau malam tu dia orang tidor ntah pukul berapa...

Cam muka tak mandi je???

Mummy buat sesi uji bakat ... tengoklah ekspresasi muka masing2... nak test dia org ni boleh jadi pelakon ke tak?

Takut dan terkejut

Muka lawak....

Muka sedih @ seposen . Dania fail bab muka sedih!

Muka berlagak. Danish serios gilos, memang tersangatlah berlagaknye.

Usaha Danny memujuk Mummy untuk bawak balik balik si Jenet tak berjaya....

Posing2 sebelum balik... Yin Wong Kulai ngan Wish barunye....



Masing2 merasa duit bonus dari orang kaya Bukit Mutiara. Bonus 5 bulan beb... alhamdulillah merasa gak kita kan... rugi besar le sapa yang tak dapat... tapi tengok kekadaan kut mungkin ad aonline transfer ker...hahah... cam cukut kan duit tu untuk bayar minyak ngan tol!

Pagi Sabtu tu Kak Nor dan Som balik singgah ke kampung sekejap. Mummy dan MMiraki lepas zuhur baru balik dari rumah Mek.

Bye2 tuan rumah, kami nak balik dah...

Tuan rumah senyum lebar, mungkin happy kut kita orang semua dah balik....hahaha....

Tengoklah apa kami bawak balik...hehehe...kalau da JaWorld mana berkat ole2 boleh tinggal kan..

Lapis kacang ngan kuih dangai

 
 Cakar ayam dan rempeyek kacang dal

 
Limau kasturi dan limau manis

Pisang dan buak cempedak... peninggalan emak ngan abah...



Pisang emas di bawa belayar naik kereta

Jom tengok farmville Mek & Abg Brahim

 
Pucuk ubi, serai, ulam raja confirm tak payah beli

 
Jeles betul le, tengok pokok cili n i kecik jer tapi buah punye la lebat...

Dengan semangat memabra nak gak tanam cili yan gberbuah lebat cam Abh Brahim tanam tu, Mummy dah cilok 3 pokok anak cili dalam beg poli tu... nak tanam kat belakang rumah Mummy gak le..

Pokok cactus yang tersangat la suburnye. Eh! pokok cactus ada bunga ye!

Pokok2 hiasan depan rumah