Monday, December 14, 2009

merajuk

ditinggalkan 3 hari sbb balik kg Daddy weekend lepas, pokok2 Mummy dah merajuk. Masing2 layu jer sebab tak dapat air. Selalu tu hujan jer bila petang, ni bila Mummy balik kg langsung pulak hujan tak turun so mmg kekeringan le pokok2 tu....

Kiri - Pokok daun kesum yang dah menguning...tak tau la ada harapan utk panjang umur ke tidak pokok kesum ni
Kanan - Pokok terung dan cili yang Mummy baru pindahkan ke tanah dua minggu lepas pun ikut layu gak

Nasib baik pokok tomato dan kacang botol ni tetap subur.

Kiri - Pokok2 jagung yang dah start berbunga pun nampak layu sikit.
Kanan - Pokok ubi yang Mummy baru cacak minggu lepas, baru naik daun kecik selai dua

Pokok pandan dan lengkuas ni je yang tetap subur menghijau.

n3 tertinggal...lokan

Masa Mummy on d way nak balik semula ke KL dari kg PS baru2 ni, kami balik ikut Muar. Biasalah kat Muar ni sepanjang jalan ada orang jual kupang tapi Mummy tak pernah kisah nak berhenti beli sebab kupang, kerang, lala dan yang sewaktu dengannya tak termasuk dalam senarai benda2 yang Mummy makan...

Selain dari kupang banyak gak org jual lokan. Bila daddy nampak org jual lokan dia nak belilah. Mahal gak lokan ni yer 3kg RM10. Yang pasti berat kulit jer la ...hihi...

Dik tak sampai 3kg lagi ut, lg 100gm, tambahlah seekor lagi (yer ke penjodoh bilangan utk lokan tu 'ekor' or 'biji'... so cikgu2 sila betulkan yer...heheh)

Sampai rumah Mummy cuci lokan tu, guna berus gigi lagi sbb nak bagi bersih...heheh...3kg cuma ada 24 biji @ ekor lokan jer... Tak tau ler masa Mummy cuci lokan ni dia ni masih hidup ke dah mati hah!!! Klu kerang kia biarkan lama dia akan menunjukkan diri tapi lokan ni tertutup je kulit dia... tidur kut

Close-up sikit rupa bentuk lokan ni.... jenuh gosok tak nak putih2 gak kulit dia!

Dah cuci rebus ler pulak (gambar ni Mummy cilok sebab tak sempat nak snap masa rebus lokan). Rupanya lokan bila bila kita rebus isi dia akan tertangggal sendri ak payah nak kopek2 cam kerang sebab dia tak melekat kat kulit dia lagi.

Mak aiiiiiiii dari 3kg ni lah hasil lokan yg dah direbus... rasanya berat dalam 300g kut...heheh

Hah yang 2.7kg lagi kulit dia ni.....

So apa Mummy buat dengan lokan tu? Daddy suruh buat rendang tapi memandangkan kerisik tak ada, mummy masak sambal jer. So daddy yang ngap sendiri sebab Mummy tak suka. Lokan baru so 2x makan habis.... lupa nak snap gambar sambal lokan versi Mummy tu!

my blood goes upstair!

bo**h!
b*n**g!
tak de o***!
Klu ngko nak mati sangat pun ngko matilah ngko sorang2 jer jangan la nak bawak orang lain mati sama, aku ada 4 org anak2 kecik lagi!!!

pagi ni Mummy betul2 geram & marah sesangat. Marah kat sapa? Marah kat satu driver trailer yang memang selfish dan tak ada o***. Heee geram betul ni. Al-kisahnya pagi tadi on d way meeting kat Shah Alam (anyway meeting ditunda petang ni pukul 2.30 pulak) dan lepas tol kat LDP tu ada satu trailer tanpa kontena (diulang yer trailer bkan lori kecik 1 tan, bukan keta kancil , bukan kereta mata belalang tapi TRAILER PANJANG) datang dari arah Shah Alam tetiba buat u-turn sebelum tol dengan lajunya. Masa tu Mummy dah lepas bayar tol kat lorong SmartTag. Memang terkejut 'monkey' bile tetiba nampak kepala trailer betul2 kat belah kanan Mummy. Nasib baik lorong belah kiri Mummy tak ada kereta sempat Mummy lencong ke kiri. Memang Mummy tekan hon sekuat2nye (utk info Mummy bukan jenis driver yg suka hon tak tentu hala yer, rasanya boleh dikira berapa kali Mummy gunakan hon keta ni), kereta kat lorong kanan Mummy pun masing2 tekan hon. Nasib baik la kira tak jam kat tol tu, klu tak sure banyak kereta terkena libasan ekor trailer.

Mummy rasa driver tu tak kisahkan ekor trailer dia, janji kepala lori tu lepas apa nak jadi kat ekor lori tu lantak ler. Semua driver kat lorong kanan Mummy tu siap tunjuk2 penumbuk dan hon kat driver lori tu marah punye pasal. Masa Mummy potong trailer tu Mummy tengok driver tu sengih jer tanpa rasa bersalah. Alhamdulillah, nasib baiklah tak ada sesiapa yang jadi mangsa.

Yang driver tu 'ngok' sangat kenapa yer, dah sah2 dah tertulis besar, u-turn untuk kenderaan ringan jer, apa dia ingat mentang2 dia tak bawak kontena trailer tu dikira ringan. Apa punye driver. Nak cari jalan senang jer tapi menyusahkan orang!

Sunday, December 13, 2009

dah balik

13/12/1009 (Ahad) - Mummy dah balik dr kg Daddy petang tadi. Sampai Bangi dalam pukul 2:30pm. Lepas tolong bibik kemas2 barang Mummy zzzzzzzzz kejap. Baru sekarang ni terasa letih dan mengantuknya. Kalaulah esok cutiiiiiiiiiiii...tapi tak leh cuti esok ada meeting kat UiTM kul 10am. Ni tengah buat kerja kejap sambil mata dah semakin kecik. Mmg tak sempat nak mengupdate blog. Petang esok le.

Petang tadi Mummy sempat buat lawatan ke 'mini kebun' kat belakang rumah. Mak aiiiii kenapa pokok2 Mummy layu2 belaka. Sembang ngan jiran sebelah dia kata dua hari ni Memang tak ada hujan, so pokok2 Mummy tu kira kehausan la...kesianya pokok2 tu......

Pas tu sempat transform rendang yang bwak dari kampung menjadi serunding daging yang amat enak sekali. Selepas proses pengubahsuaian dilakukan, tambah cili + rempa ratus + kerisik ....sodap... sungguh sedap dimakan begitu saja (nyanyi ikut iklan roti Gardenia tau...). Makan ngan roti or pulut masa sarapan mmg ngam....(hentikan Gee, mana boleh makan semua...high calories tu....kau dah lupa esok hari utk diet semula....waaaaaa..... potong stim betul le...)

Thursday, December 10, 2009

Balik kg lagi ...

10/12/2009 (Khamis) - Malam ni Mummy & family nak balik kg lagi. Tapi kali ni balik ke kampung daddy pulak. Adik daddy kahwin hari Sabtu ni. Petang esok dah nak nikah. Kami tak boleh nak balik awal, lagipun Mummy baru jer naik kerja hari selasa lepas selepas dua minggu cuti, so kerja memang banyak la...

So till next monday tak de new n3 sebab sibuk 'rewang' hehehe....