Wednesday, December 9, 2009

tak sempat

Ni kira n3 ketinggalan zaman la, dah dua minggu Mummy balik dari cuti2 Malaysia kat Langkawi tapi barang2 yang Mummy beria2 beli tak sempat bukak lagi. Malam nilah baru sempat nak bukak dan check samada pecah ke tak? Apa barang yang Mummy beli? Bukan borong sakan yer, setakat yang mampu beli jer. Ikut hati rasanya dengan tokey2 kedai tu Mummy nak bawak balik....

Lepas dua minggu elok lagi semua dalam plastik tak terusiak....Cuba teka apa ada dlm beg plastik tu?

Taraaaaaaaa.... nilah dia dua kotak corell dan sekotak corningware. Sudu tu bukan Mummy punye yer tapi Mek beli dan bagi kat Kak Noor.

Barang2 yang dah dikeluarkan dari kotak. Alhamdulillah tak ada yang pecah atau cacat.
US mari ma.... klu made-in PS dan letak US pun bukan kita tau kan....hihihih

Dinner set 12pcs ni Mummy beli dua set. Bolehlah utk 8 org makan. Org ke 9 guna pinggan milamin palsu yang dah melekat ngan kunyit tu je la yer....

Casserole CorningWare sama design european herbs gak... kira sedondon ler pinggan dan mangkuk

Mummy tambah beli mangkuk dan pinggan hidang nasi yang dijual secara loose. Tapi tu la yg square shape tak de ler pulak so terpaksa lah ambik yang round dan oval shape.

So kesimpulannya (cam buat karangan BM lak ada kesimpulan semua ...) mission ke Langkawi tercapai ler walaupun Mummy kalut nak handle 4 anak sebab Daddy terpaksa balik awal nak hantar bibik balik Indon.

xtvt shop2

9/12/2009 (Rabu) - Pg tadi Mummy masuk opis lambat sikit sebab g ke EPF Cawangan Kajang dulu, Daddy pulak hari ni hantar Danish ke SmarReader dan ambik report card, alahai sekolah tadikan pun nak kena amik report gak... hari ni last day utk amik.
Lunch time tadi Mummy lari sat (yer ker lari!!!) ke Mines Shopping Mall. Cadang nak cari baju kurung sehelai dua. Cuti sekolah ni kan banyak kenduri kahwin so nak gak pakai baju baru.... hihihi. Ala lagipun dah lama Mummy tak beli baju kurung pun, last beli @ buat baju kurung masa raya puasa dulu. Dan baju tu jugak ler pakai utk pegi kerja. So kira masa yg sesuei utk beli baju baru ler....
Pusing punye pusing tak der la yg berkenan pulak (tak berkenan ke x cukup budget????). So tak la membeli. Cuma beli barang2 kat bawah ni jer.

'Seluar kecik' utk Daniel, Danish & Dania. Sorry Dafiy Mummy tak beli utk Dafiy, tunggu Dafiy besar sikit ok. Legging, getah ikat rambut dan reben utk anak dara Mummy si Dania.

Balik kerja Mummy pegi ke rumah Kak Lah kat Cheras nak hanta ole2 Langkawi dan kerepek2 yang dikirim masa Mummy balik kg. Balik dari rumah Kak Lah mummy singgah ke Carrefour Cheras sebab Kak Lah kata kat situ ada kedai FirstLady yang banyak jual baju2 kurung. Betul lah kata Kak Lah, banyak baju2 kurung kat situ. Harga cam biasa lah ada mahal dan ada yang murah. Mahal pun tak der la sampai cam harga kat butik Rizalman, Radzwan Radzwil atau Michel Ong yg artis2 pegi tu.... kira baju kat FirstLady tu masih mampu dibeli oleh golongan cikai cam Mummy ni. So meh tengok apa Mummy beli kat FirstLady dan MZ Collection.

Baju kurung Pahang, bunga pink tanah hitam. Yang ni nak kena pakai inner sebab transparent habis....klu x pakai inner mau juling orang tengok nanti

Baju kurung Pahang gak, warna biru turquois (warna dah bertukar jadi navy blue sbb camera cikai...). Yang ini pun kena pakai inner gak.

Another baju kurung Pahang, bunga biru tanah putih. Yang ni dah ada lining siap2 so tak yah lah pakai inner lagi.

Long dress 'V' neck. Terkejut beruk nanti Daddy nampak Mummy beli baju seksi ni. Relax lah Daddy nanti Mummy pakai inner ngan jacket ler... sesekali nak pakai dress pulak...hehehe!

Kebaya pendek warna hijau. Kain dia x der, pakai jer ngan seluar panjang or skirt labuh.
Nilah xtvt shop2 Mummy utk hari ni....

Tuesday, December 8, 2009

serah tugas

Bibik dan Baby Dafiy kat rumah Nilai (masa ni Dafiy baru 7 bulan)

7/12/2009 (Isnin) - Petang semalam Mummy anak beranak g ke Port Klang ambik bibik balik bercuti kat Indon. Kul 7 am td bibik dah call dia kata kut 9am nnt dia akan bertolak ke pelabuhan Tnjg Balai. Mummy mencongak kalau ka tiket kata eri pukul 9 maknanya feri hanya akan bertolak dalam pukul 12 atau 1 pm. Dah banyak kali bibik naik feri u pergi balik ke Indon so memang tak boleh pakai ler time printed kat tiket tu.

Bila anak2 nampak bibik berjalan dari feri nak masuk ke tempat pemeriksaan kastam u dia org excited betul, terjerit2 panggil bibik. Ya lah dah masuk 5 tahun bibik duduk sama kami sure anak2 semua sayang kat dia.

Cuma Si Dafiy bila bibik nak ambik memang tak nak. Menjerit dan meronta2 tak nak dokong. Sampai pagi Mummy nak g kerja tu pun dia cam tak nak jer. Asyik mengekor pegang kaki Mummy jer nak ikut.

Masa on d way balik ke rumah bibik kata dia tak jadi nak berhenti kerja october 2010 ni, dia kata nak kerja dengan Mummy selagi badan dia sihat dan Mummy perlukan dia. Dia kata dia tak boleh nak duduk kat Indon lama2 sebab dia akan stress, asyik terbayangkan anak dia yang baru meninggal dunia tu. Ya la dia kerja dan kumpul duit selama ini pun dengan nia nak baiki rumah dia dan tinggal dengan selesa berdua dengan anak bungsu dia, so bila anak bungsu dia dah tak ada macam tak ada keperluan sangat untuk dia baiki rumah dia tu. Kalau kat Indon pun dia akan duduk sorang2 sebab 2 anak lelaki dia dah kerja dan duduk tempat lain dan anak perempuan dia lagi seorang dah berkahwin dan ikut suami. Itu yang dia decide nak kerja dengan Mummy.

Bagi Mummy dan Daddy, terserah pada bibik lah, selagi dia mampu dan nak kerja dengan Mummy kerjalah. So officially hari selasa tu serah tugas semula kat bibik ler dan mummy dari fulltime housewife tukar semula pada wanita berkerjaya...heheh...

Masuk kerja....waaaa banyak nye kerja nak kena buat .... kerja 3 hari dah nak cuti lagi sebab adik ipar kahwin....

Monday, December 7, 2009

balik kg ... best tapi kiciwa

6/10/2009 (Ahad) - Mummy nak sambung cerita pasal balik kampung PS baru2 ni, hari tu tak sempat habis cerita, almaklumlah busy jadi bibik.
Pagi2 kita orang dah bangun (emm tak der lah pagi mana pun, masa tu org sembahyang subuh kat surau pun dah balik hehehe). Anak2 semua masih zzzzzzz kecuali dua Angah (Danish & Hafis) yang tengah main games. Malam tadi dah plan ngan Som (bukan Mat Som Sodono tau, ni Kalsom kakak Mummy) utk gi cari kuih utk breakfast, kena pegi awal sebab nanti kuih2 habis dan klu anak2 dah bangun susah kita org nak pegi semua nak mengekor.

Sementara tunggu si Som, Mummy snap2 gambar dulu le... suasana pagi kat kampung memang best, ngan angin yang agak sejuk dan matahari yang nak naik memang best.

Kiri - Ada dua keta jer, klu raya tu penuh cam parking lot le pulak
Kanan - Mummy suka gambar ni, cantik...( puji sendiri lah dah ngkorang tak nak puji)

Kiri - Pelita masa raya masih elok jer tersusun atas para tu. Agak2 sempat sampia raya tahun depan yek ek!
Kanan - Kebun kelapa sawit seberang rumah yang dah ditebang, ntah tau ler tuan dia nak buat apa, tanam semula ke apa.

Kita orang plan nak cari kuih kat Pt Tegak dulu dan balik baru singgah kedai Abas. Alamak sampai kat kedai selalu Mummy beli kuih tu, kita org tengok tak der orang berniaga pun. Eh mana org jual kuih ni, tak kan kul 7.15am dah habis semua jualan. Ahhh ni sure dia tak berniaga hari ni. Frust betul le, tak dapat nak makan kuih kasui yang tersangatlah sedapnya. Kira kuih2 yg dia jual ni memang semua sedap2 tapi favourit Mummy kuih kasui dia lah. Dah kedai tu tutup Mummy lajak ke kedai depan dia sikit. Nak beli roti canai ke nasi lemak le.

Kiri - Pondok tempat Mummy selalu beli kuih yang sedap2 kat Pt Tegak
Kanan - Kat kedai ni lah Mummy beli roti canai dan soto.

Kiri - Roti canai 10, cepat sikit ye bang!
Kanan - Sementara tunggu roti canai siap snap2 sikit, ni pokok teratai kat dlm parit. Tapi tak ada bunga pun.Wife bro yang tengah tebar roti canai kata org jual kuih tu cuti dua hari sebab jiran dia buat kenduri kahwin. Alah kenapa lah time ni jiran dia buat kenduri kahwin yer, kempunan la Mummy nak makan kuih kasui sedap. Dari Simpang Tiga tu kami lajak ke PS nak g beli kuih2, takut lah pulak nanti kat Kedai Abas habis pulak kuih2

Kiri - Nak cepat ambik sendiri dik yer. Murah2 jer singgit 5 keping.
Kanan -Som tengah memilih kuih.

Masa nak balik ke rumah dari PS singgah kejap kat kedai Abas. Alamak aku kiciwa untuk kali kedua. Kuih pau kelapa yang sedap hari ni tak ada. Assistant Abas kata (masa tu Abas tengah sibuk goreng ayam kat dapor) org yang buat kuih tu tak hantar kuih sebab ada kenduri kahwin gak. Apalah nasib badan...ni betul2 tak de rezeki namanya. So cuma ada karipap je kat kedai Abas. Emm nasib baik dah beli kuih2 kat PS tadi, klu tak mau kena patah balik ke PS...heheh...nasib baik tak jadi cam lebai malang


Kiri - Tengok2 kuih2 yang kira org beli lepat ubi RM1, bom pisng RM 2, kasui RM1, koci RM 1, pulut panggang RM1, abuk2 RM1 dan karipap RM1.50. Soto RM4 (2 bungkus) - tak sempat amik gambar le pulak
Kanan - Walau dah banyak kuih2 dan roti canai utk Daddy tersayang (hihihi...) Mummy tetap gorengkan nasi. Nasi goreng udang sepcial tu!

Lepas breakfast ala kadar tu (ala kadar!!!) dan mandi (pst... masa gi beli kuih kat Simpang Tiga, PS dan kedai Abas tu tak mandi lagi tau..hehehe...nasaib baik org tu bagi beli kuih kan...) Mummy & Som pergi ziarah kubur emak dan abah. Dafiy Mummy tinggalkan dengan Daddy kat rumah. Yang ikut si Danny, Ijat, Aliya dan Dania. Yang lain tak nak ikut sebab sibuk main games. Ang Elam (hubby Som) gi rewang rumah orang kahwin (kira jadi wakil keluarga Arwah Hj Omar ler).
Selain dari nak ziarah pusara emak dan abah, saja je kami nak meronda dan tengok2 rumah2 kat Kg Pt Sentang Batu ni. Dulu2 kan kita orang sekolah rendah kat kg ni.

Tempat bersemadinya emah dan abah. Kubur pun berdekatan je kan.

Kiri - Pokok nangka yang lebat berbuah diperkarangan masjid @ kubur.
Kanan - Bahagia belakang masjid, ni bangunan lama, bahagian depan masjid dah dibuat baru.

Dari pusara emak abah kami plan nak gi beli kerepek2 kat Parit Lapis Laman (Mummy tak pernah pegi pun, ni first time nak gi la..). Masa ni drive lambat2 jer sebab nak mengingakti rumah2 yang ada kat kg ni. Ada rumah2 yg Mummy ingat lagi dan ada yang tak tau langsung rumah sapa. Ya lah dah banyak rumah2 kayu lama kat kg Pt Sentang ni bertukar jadi banglo or semi banglo.

Kiri - Milik siapaka kah banglo ini. 'Garden wedding' ni...
Kanan - Pucuk paku sepanjang jalan tu muda2 betul. Rasa manam nak berhenti dan kutip jer.

Kiri - Jalan masuk ke Parit Lapis Laman
Kanan - Sign ke kilang kerepek
Nota : Kualiti gambar amat tidak memuaskan, ntah ap2 lah si Som ni amik gambar! Bergoyang lak tu. Hampeh!

Kiri - Pintu masuk ke kilang @ kedai yang boleh tahan luasnya
Kanan - Mummy buat lawatan sambil belajar ke bahagian packaging, tu kerepek ubi pedas ready utk dipack. Kat kilang ni dia cuma buat segala kerepek2 yang berasaskan ubi jer. Yang pisang, keladi dan lain2 kerepek tu ambik dari tempat lain. Kira jadi tempat pengumpulan la.

Berjenis2 kerepek. Kira naik juling gak le biji mata. Memang diet dah hancus le... buat masa ni...hehhe

Kiri - Anak dara Mummy si Dania dan anak daya Som si Aliya
Kanan -Ni hero kecik Mummy si Danny la

Apa yang Mummy beli??? (Lupa la nak snap gambar). Mummy beli kerepek tanduk, kerepek keladi sarawak, kerepek ubi pedas, kuih kapit, bahulu dan mee siput pedas (rugi beli bungkus kecik, sedap rupanya...mee siput tu digoreng pas ti disira cam ubi kayu pedas). Kak Lah pun ada kirim kerepek2 gak.

Balik dari rumah aktiviti lepak2 jer lah. Hari ni malas nak masak tengahari sebab nak gi kenduri kahwin kan. So Mummy buat lawatan tak rasmi ke keliling rumah ler. Petang semalam tak habis melawat lagi kan sebab dah malam.

Kiri - Kawasan air bertakung akibat hujan lebat sebelum ni. Cam banjir sikit la kat tepi2 rumah
Kanan - Ni bukan padi yang tunggu masa nak dituai ye, tapi rumput yang dah diracun tapi tak mati sebab mengikut org yang meracun hujan turun dengan lepat selepas rumput2 ni diracun... panjang umur kan rumput ni dah diracun pun tak mati

Kiri - Pokok ubi yang sentiasa subur
Kanan - Ha Mummy siap dah kutip pucuk ubi ni, nanti balik KL boleh masak lemak pucuk ubi ngan buat sambal belacan dan goreng ikan masin. Bagi dua ngan Som ni...batang ubi tu Mummy nak tanam kat belakang rumah pulak. So lagi 2-3 bulan Mummy merasa la pucuk ubi sendiri tanam,

Pokok kelapa yang lebat berbuah. Sedapnye air kelapa muda ni. Masa suntuk so tak sempat pun suruh Daddy petik kelapa ni.


Kiri - Ni bukan batu nisan atau batu bersurat yer. Ni batu alas tiang rumah.

Kanan - Dulu2 abah tadah air hujan dalam tempayan besar ni untuk masak. Kalau dekat dan ringan mau Mummy angkut tempayan antik ni balik ke KL. Boleh jadi hiasan landskap ni!

Ni lah 'penjaga' rumah pusaka emak abah, si Fasha (lupalah camana kita orang boleh panggil kucing niFasha Sendat). Asyik lah beranak si Fasha. Kali ni dua ekor. Tu menyusukan anak dia dalam almari antik.

Bahan bukti yang Mummy pergi ke kenduri kahwin rumah jiran Mummy kat kampung.

Ni jer n3 balik kg kali ni, ops lupa pulak, masyarakat kampung berkurangan sorang. Cik Basiran (bekas Ketu Kampung Batu 21) dah meninggal dunia 2-3 bulan yang lepas. Kebetulan masa Mummy g beli kuih kat PS tu Mummy jumpa anak dia si Sikin. Allahyarham meninggal di rumah Linda (adik Sikin) kat Shah Alam dan dikebumikan di USJ. Selain dari Cik Basiran orang kampung Pt Sentang Batu yang Mummy kenal pun ada yang meninggal sorang. Emak kepada Normah Sohod (best friend Mama Miraki masa sekolah rendah), meninggal dunia kerana dilanggar trailer di Batu 22 waktu suboh. Dengarnya kepala dan badan berkecai sehinga terpakasa dikutip satu persatu. Mummy tak lupa nama makcik ni. Semoga Allahyarham dan Allahyarhamad dimasukkan ke dalam golongan orang2 yang beriman. Amin.

Sekian laporan Mummy Gee untuk tv gee7001.blogspot.com... 1 2 3 4 lepas 4, 5 la (baca pantun ikut style Karam Sing Walia tua!!)