
Blog catatan kehidupan peribadi Mummy bersama hubby dan lima orang permata hati kami, Emmer Daniel, Adam Danish, Dania Batrisya, Emmil Dafiy dan Dhiya Danisha. Juga cerita-cerita tentang saudara dan suku sakat Mummy. Ada juga cerita kenangan bersama emak dan abah.Luv u all.
Wednesday, December 9, 2009
tak sempat

xtvt shop2
Balik kerja Mummy pegi ke rumah Kak Lah kat Cheras nak hanta ole2 Langkawi dan kerepek2 yang dikirim masa Mummy balik kg. Balik dari rumah Kak Lah mummy singgah ke Carrefour Cheras sebab Kak Lah kata kat situ ada kedai FirstLady yang banyak jual baju2 kurung. Betul lah kata Kak Lah, banyak baju2 kurung kat situ. Harga cam biasa lah ada mahal dan ada yang murah. Mahal pun tak der la sampai cam harga kat butik Rizalman, Radzwan Radzwil atau Michel Ong yg artis2 pegi tu.... kira baju kat FirstLady tu masih mampu dibeli oleh golongan cikai cam Mummy ni. So meh tengok apa Mummy beli kat FirstLady dan MZ Collection.
Tuesday, December 8, 2009
serah tugas
7/12/2009 (Isnin) - Petang semalam Mummy anak beranak g ke Port Klang ambik bibik balik bercuti kat Indon. Kul 7 am td bibik dah call dia kata kut 9am nnt dia akan bertolak ke pelabuhan Tnjg Balai. Mummy mencongak kalau ka tiket kata eri pukul 9 maknanya feri hanya akan bertolak dalam pukul 12 atau 1 pm. Dah banyak kali bibik naik feri u pergi balik ke Indon so memang tak boleh pakai ler time printed kat tiket tu.
Bila anak2 nampak bibik berjalan dari feri nak masuk ke tempat pemeriksaan kastam u dia org excited betul, terjerit2 panggil bibik. Ya lah dah masuk 5 tahun bibik duduk sama kami sure anak2 semua sayang kat dia.
Cuma Si Dafiy bila bibik nak ambik memang tak nak. Menjerit dan meronta2 tak nak dokong. Sampai pagi Mummy nak g kerja tu pun dia cam tak nak jer. Asyik mengekor pegang kaki Mummy jer nak ikut.
Masa on d way balik ke rumah bibik kata dia tak jadi nak berhenti kerja october 2010 ni, dia kata nak kerja dengan Mummy selagi badan dia sihat dan Mummy perlukan dia. Dia kata dia tak boleh nak duduk kat Indon lama2 sebab dia akan stress, asyik terbayangkan anak dia yang baru meninggal dunia tu. Ya la dia kerja dan kumpul duit selama ini pun dengan nia nak baiki rumah dia dan tinggal dengan selesa berdua dengan anak bungsu dia, so bila anak bungsu dia dah tak ada macam tak ada keperluan sangat untuk dia baiki rumah dia tu. Kalau kat Indon pun dia akan duduk sorang2 sebab 2 anak lelaki dia dah kerja dan duduk tempat lain dan anak perempuan dia lagi seorang dah berkahwin dan ikut suami. Itu yang dia decide nak kerja dengan Mummy.
Bagi Mummy dan Daddy, terserah pada bibik lah, selagi dia mampu dan nak kerja dengan Mummy kerjalah. So officially hari selasa tu serah tugas semula kat bibik ler dan mummy dari fulltime housewife tukar semula pada wanita berkerjaya...heheh...
Masuk kerja....waaaa banyak nye kerja nak kena buat .... kerja 3 hari dah nak cuti lagi sebab adik ipar kahwin....
Monday, December 7, 2009
balik kg ... best tapi kiciwa

Kiri - Tengok2 kuih2 yang kira org beli lepat ubi RM1, bom pisng RM 2, kasui RM1, koci RM 1, pulut panggang RM1, abuk2 RM1 dan karipap RM1.50. Soto RM4 (2 bungkus) - tak sempat amik gambar le pulak
Lepas breakfast ala kadar tu (ala kadar!!!) dan mandi (pst... masa gi beli kuih kat Simpang Tiga, PS dan kedai Abas tu tak mandi lagi tau..hehehe...nasaib baik org tu bagi beli kuih kan...) Mummy & Som pergi ziarah kubur emak dan abah. Dafiy Mummy tinggalkan dengan Daddy kat rumah. Yang ikut si Danny, Ijat, Aliya dan Dania. Yang lain tak nak ikut sebab sibuk main games. Ang Elam (hubby Som) gi rewang rumah orang kahwin (kira jadi wakil keluarga Arwah Hj Omar ler).
Selain dari nak ziarah pusara emak dan abah, saja je kami nak meronda dan tengok2 rumah2 kat Kg Pt Sentang Batu ni. Dulu2 kan kita orang sekolah rendah kat kg ni.
Apa yang Mummy beli??? (Lupa la nak snap gambar). Mummy beli kerepek tanduk, kerepek keladi sarawak, kerepek ubi pedas, kuih kapit, bahulu dan mee siput pedas (rugi beli bungkus kecik, sedap rupanya...mee siput tu digoreng pas ti disira cam ubi kayu pedas). Kak Lah pun ada kirim kerepek2 gak.
Balik dari rumah aktiviti lepak2 jer lah. Hari ni malas nak masak tengahari sebab nak gi kenduri kahwin kan. So Mummy buat lawatan tak rasmi ke keliling rumah ler. Petang semalam tak habis melawat lagi kan sebab dah malam.















































