Showing posts with label anniversary. Show all posts
Showing posts with label anniversary. Show all posts

Monday, May 13, 2013

Makan2 hari ibu

Malam tadi Mummy gantung periuk... Lama tak makan kat luar, so Daddy bawaklah semua makan kat luar. Kira celebrate anniversary cum mother's day la... 2-in-1


Tengok la dulu muka tuan tanah yang comel ni... sila lah kalau nak muntah.. ahakssss


Dinner kat restoran belakang opis mummy jer


pilih angah apa nak makan


Tekun layan ipad sebelum makanan sampai. Kalau layan buku cam ni, confirm UPSr dapat 6A.... hahahah


ok minuman dah sampai


haus punya pasal mummy order air sampai dua gelas... air tembikai dan kalamansi


posing2 dulu sebelum makanan sampai


As usual fries yang sampai dulu


spagetti carbonara untuk Danish



Grill Chicken brest untuk Mummy



Sirlion steak untuk Danny


Tenderleon steak untuk Daddy



Butter rixe w mackarel untuk Dania



Butter rice untuk Dafiy


Bbq chicken wing



Garlic bread


Sedapnya along, Dania nak sikit


X kasi sudah, makanan Dania pbun dah sampai



Dania n daddy


Mummy & Daddy


Tq Daddy for everythings...
posted from Bloggeroid

Friday, May 11, 2012

11-05-2012 ♥♥♥♥♥♥♥ Our 14th Wedding Anniversary ♥♥♥♥♥♥♥

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
HAPPY 14th WEDDINANNIVERSARY 
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥


Assalammualaikum, 

Jumaat 11-05-2012, Alhamdulillah hari ini Mummy dan Daddy menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang ke-14. Emm "dah 14 tahun rupanya" atau "baru 14 tahun rupanya". Apa2 hal pun memang cepat betul masa berlalu kan. Dari berdua 1998-2001, 2002 bertiga, 2003 berempat, 2005 berlima, 2008 berenam, 2013 bertujuh...oppssss telajak pulak.

Alhamdulillah, semoga jodoh kami berpanjangan dan hidup sentiasa dalam keberkatan Illahi. Sekarang ni masa untuk membesarkan anak2 dan memberikan ilmu agama dan ilmu pengetahuan yang berguna kepada mereka.



Semoga jodoh kita berkekalan hingga ke syurga..... ameen. 

Bersama our 4 little angels..Daniel, Danish, Dafiy & Dania.... agak2 ada lagi "D" yang akan menyusul tak? Hehehe.... ada rezeki adalah kan....


Wednesday, May 11, 2011

Our 13th Wedding Anniversary

11/05/2011 - Hari ni ulangtahun perkahwinan Mummy dan Daddy yang ke-13. Semoga jodoh kami dikekalkan hingga ke akhir hayat dan semoga kami dipanjangkan umur dan diberi kesempatan untuk melihat anak2 kami berjaya... Ameeen.

Untuk Daddy, I luv you yesterday, today & forever. Thanks for being my good husband .... janganlah uols jeles yer..Mummy nak cintan cintun sikit ngan Daddy hari ni....

Masa 5th wedding anniversary... masuk studio untuk bergambar

Untuk studio photo ni, dia orang make-up Mummy hampir 2 jam you... sampai nak terlelap2 Daddy tunggu... patutlah artis yang 'gitu2' je rupa dia bila dah make-up pun boleh jadi cun melecun... ini kan pula Mummy yang memang dah sedia cun bila make-up lagi2 lah tersangat cunnye.... hehehe

Tuesday, May 11, 2010

Kau yang ku panggil sayang...

Kisah Mummy & Daddy - Untuk Anak2

Mummy kenal Daddy hujung tahun 1996. Masa tu office Mummy kat Sri Hartamas. Daddy baru balik dari Jepun so dia datang opis Mummy untuk interview jadi System Engineer. Interview belah petang so masa nak balik nampak la satu mamat (daddy la tu...) tengah tunggu turn nak interview. Boleh tahan gak mamat ni... hencem...hihihi...( dalam hati le...)

Dah rezeki kut, akhirnya Daddy diterima kerja sama opis ngan Mummy cuma lain department je. Daddy based kat UPM sebab masa tu opis Mummy ada project kat sana. So tiap friday semua staff akan balik ke office untuk staff meeting atau Friday Session. Masa tu Mummy dan kawan2 lelaki dan pompuan yang closed ada group sendiri. Kami panggil 'Poyes Group' (poya2 group la tu... masyallah...hahaha). Adalah 10-15 orang dalam group kami tu. Ntah camana akhirnya Daddy pun join group kami.

Selalunya malam sabtu kami akan tengok wayang ramai2 kat One Utama. Selain tu tiap hujung minggu pegi xtvt santai2 ke air terjun ke, theme park or window shopping. Opis Mummy tubuhkan kelab sukan dan reakrasi, so Daddy jadi President dan Mummy jadi Bendahari. Aktiviti bowling dan badminton pun ligat gak masa tu. Ntah camana lama2 terjatuh cintan la pulak kami...hihih...tak mau la cerita detail sangat ....


Zaman kami bercinta dulu hand phone dah ada tapi facebook, twitter, friendster, blog semua tak ada lagi yer, tapi masa tu dah ada IRC... so memang dah zaman chatting la...

So gedebak gedebuk cintan cintun lastnye daddy ajak Mummy kahwin... selamba gilos...hahahah... ingat lagi masa tu kami lepas dinner together dengan Dato' Mie dan Yati kat Muara Ikan Bakar Pelabuhan Klang... disaksikan bintang2 dan kapal2 kontena di pelabuhan....will u marry me....hihihi... uols dah tau kan jawapan Mummy ...

Kami bertunang hari Sabtu 22/2/1998. Masa tunang rombongan Daddy kata nak sampai dalam pukul 12 tapi kul 1 tak sampai lagi...emak abah dah bising sebab orang2 kampung dah lama tunggu... calling2 Daddy dia kata baru lepas exit Tol Pagoh....discuss ...bla...bla...bla..hantaran ...mas kahwin ... kenduri kahwin... bla... bla.......

Kami dinikahkan pada hari Isnin 11/05/1998... kompang.... kompang...kompang....Dan pada Sabtu 16/05/1998 bertandang ke kampung Daddy pulak....sekian adanya kisah ringkas Laila Majnun versi Mummy & Daddy...

Oh ya dalam 'Group Poyes' ada 4 couples yang selamat bercouple dan menjadi suami isteri. Mummy & Daddy, Dato' Mie & Yati, Amin & Lupa nama wife dia dan Suhaimi & Yati. Ada juga couple yang terputus di tengah jalan... nak buat camna tak ada jodoh...

Aku terima nikahnye....

12 tahun yang lalu hari ini Mummy dan Daddy disatukan... semoga jodoh kami berkekalan sehingga ke akhir hayat... hari ni n3 Mummy semua berkaitan dengan perkahwinan kami ... jangan bosan yer... hihihih


Duit RM22.50 yang mummy dah simpan selama 12 tahun. Ini duit mas kahwin masa nikah dulu. Mummy simpan elok dalam kotak...kenangan ni...sekarang ni kat Johor mas kahwin RM22.50 lagi ke hah???

Ini pulak duit simbolik masa Mummy bertunang....


Small gifts for my lovely husband... tak tau nak beli beli. Hope abang suka apa yang Mummy bagi ni ye.

Anniversary card untuk Daddy...12 little stars represents 12th years anniversary

Apa Mummy tulis dalam card ni? Biarlah rahsia... biar Daddy jer yang tau... dan anak2 bila mereka dah besar nanti...

Kenangan masa 3rd Anniversary...abang jom kita pi ambik gambar kat studio lagi.....