Friday, January 27, 2012

Cuti-cuti CNY - Episod Boring

sambungan dari episod sebelumnya ... Setiap kali balik kampung perkara yang paling memboringkan adalah masa nak balik semula ke rumah masing. Rasa cam malas jer nak bersiap. Rasa belum puas duduk kat kampung. Masa nak balik ke kampung excited mengemas kain baju tapi bila nak balik ke rumah semula terhegeh2 je mengemas....kalau boleh memang nak memanjangkan je masa kat kampung


Mengintai si jejaka dari balik jendela




Orang terakhir meninggalkan rumah untuk percutian kali ni. 







Tugasan rasmi... pastikan semua tingkap dan pintu berkunnci, meter air tutup bilik air semua tutup.


Cam biasalah....penuh bonet 


Dah nak balik pun Dania sempat layan layang2 lagi


Som dan bibik Mummy si Manyan @ Nuffnang.... bagai semut dan ga???? .... sambung sendiri.... hihih. Jangan marah ye Som... 


Tinggallah rumah... cuti sekolah nanti kami serbu lagi...tak sabar nak tunggu bulan 3 ni


Cam gambar raya kan...hihihi






Cam mentel dan gedix je kan!!! Hihihi... ada aku kisah...

Hampir terlupa pulak... balik kg kami semua dapat 'duit raya' dari Mama Janet. Terima kasih ya Mama Janet, semoga dimurahkan rezeki....Yang tak balik pun dapat kiriman. Yang dua keping sampul lagi tu untuk Mama Miraki & Kak  Kay. So korang berdua kalau nak duit raya ni datang la ambik kat rumah Mummy... tempoh diberikan seminggu dari sekarang , kalau tak datang ambik gak Mummy akan laburkan kat Ariani. Boleh dapat 2-3 helai beb!

Happy Birthday To Me! ♥♥♥


Alhamdulillah.... hari ni 27hb Januari 2012 hari lahir Mummy yang ke sweet..... tetttttttt??! Biarlah rahsia ye .... hehehhe.... nak buat cam ala2 artis gak la bila reporter tanya birthday ke berapa or berapa umur jawapan memanjang 'birlah rahsia' dan Mummy perasan ada seorang dua artis tu kan tiap tahun sambut birthdaynya yang ke 25 je hahah.... pada Mummy tak de maknanya la nak rahsia2 umur ni... 

Umur tu sekadar angka dan tak mengambarkan usia sebenar seseorang pun. Ada yang baru umur 20an tapi nampak dah macam 30an dan cam Mummy ni yang umur dah 40an tapi maintain cam 20an je kan...hahahahha....wuek wuek....ishh kut nak muntah pun pegilah jauh2 sikit... pengotor betul la korang nu....

Terima kasihlah pada saudara mara dan sahabat handai yang wish Mummy. Sejak 2 hari lepas dah start dapat wish dari dia orang. ♥ Uols semua... Untuk Miss Mirror anda orang kedua wish Mummy. Hadiah cermin ajaib menanti anda pi beli sendiri....hihihi.

Apa pun Mummy nak wish gak kepada diri sendiri Selamat Hari Ulang Tahun semoga apa yang Mummy impikan akan jadi kenyataan. Semoga diberikan kesihatan yang baik dan dapat memanfaatkan baki usia yang ada dengan sebaik2nya. Dan semoga kebahagian yang sedang Mummy nikmati bersama Daddy dan anak-anak berkekalan ke akhir hayat. Ameen!

OKlah sebelum tu mari kita nyanyi dulu!

Wednesday, January 25, 2012

KALAU....

Dalam hidup ni adakalanya kita kena berterus-terangkan, kalau diam je takut orang tak tau pulak. So anggapan tunduk tanda setuju tu dah tak boleh guna pakai pada zaman angry bird ni lagi. Mungkin pompuan dulu2 tunduk je bila ditanya setuju ke tak nak dikahwinkan sebab bapaknya garam mengalahkan singa kut...hihi

Lusa (Jumaat) birthday Mummy, so kalau korang pening kepala tak tau nak bagi hadiah apa kat Mummy, ni Mummy bagi idea kat korang....kikiki....

Mummy ni bukan orang gadget tapi KALAU rasa2 nak belikan Mummy notebook bolehlah belikan Macbook Pro untuk gantikan notebook Lenovo yang dah tenat. Tak dapat MacBook Pro dapat MacBook Air pun ok gak. Boss notebook i dah nazak belikanlah Macbook seketul...(macam la boss Mummy tau kewujudan blog ni...hihihi)


KALAU ada ura2 nak belikan Mummy iPad tak payah la. Belikan je Samsung galaxy tab untuk gantikan iPad yang Daddy belikan untuk Mummy tapi  jadi hak milik Dafiy....huhuhu

Nak jadi blogger mestilah kena ada camera. Camera Nikon Coolpix S3100 Mummy kan dan jatuh terhempas ke batu di Sg Congkak gara2 nak ambik gambar ala2 poster Ombak Rindu dengan Mama Miraki. So KALAU nak bagi kamera belikan je model Samsung SH100 , tak payahlah belikan camera DSLR dengan lens yang panjang cam belalai gajah tu

Mummy suka masak dan baking2 kan, so KALAU nak bagi mixer dan steamer cam kat atas tu ok gak. Pastikan MIXER KitchenAid tu warna merah tau...

KALAU nak bagi pinggan mangkuk pulak bagi corak yang kat atas tu.... Corelle@Prettypink or Coreller@Leave... make sure yang square yer, tak nak round!

Tapikan KALAU korang bagi yang kat atas ni lagi meletopsssss. Mummy kan suka collect pinggan mangkuk lama ni. Gambar dari blog antik Cikgu CT

Mummy ni memang 'hantu' coklat dan coklat Ferrero Raffaello ni memang sangat2 Mummy suka - kalau uols rasa mesti tak cukup sebiji. 

KALAU tak jumpa dengan coklat Ferrero Raffaello , belikan Mummy coklat Almond Gold Whittaker's pun ok dah....sedappppp almond dipanggang rangup dan disalut ngan choc yang nyum nyum nyummmmm... sekali rasa pasti naklagi...

KALAU nak belanja cake, belikan je choc moist cake dengan topping choc ganache yang melimpah ruah.... Mummy tak suka cheese cake, tiramisu or red velvet.

KALAU nak belikan tudung, belikan saiz M ye...




KALAU nak belikan perfume belikan yang cam kat atas tu yer.

KALAU nak belanja Mummy makan tak payah la makan western ke Chinese food. Belanja je makan ayam penyet kat Wong Solo

N3 melalut ditengah malam....hihihi... good nite semua. Mummy nak mimpikan lah benda2 kat atas tu...Assalammualaikum

Cuti-cuti CNY - Episod XTVT Wajib

Mummy selongkar almari lama. Cawan2 dan mangkuk retro berusia lebih dari 35tahun. Ni kak long punye... tapi Mummy dah dapat green light untuk jadikan hak milik. Korang yang lain jangan jeles yer....

Bila si Som dah buat OPS Bersih memang benda2 yang dia rasa tak berguna akan dinyahkan. Yang kat atas tu baju nikah Mama Miraki. Upah jahit je RM300++ tu... Tapi nak buat camana kat bahagian bawah, lengan dan leher semua dah digigit oleh mak menti...kus

Yang ni pulak baju abah... kalau tak silap Abang Long yang  bagi kat abah

Nangka yang sangat2 manis Mummy beli kat pasar. Sekilo RM5

Anak2 dan games tak dapat dipisahkan... sambil main sambil makan pulak tu...

Walaupun cuaca kat kampung agak mondom tapi daddy dan anak2 saudara Mummy tetap buat xtvt bakar2 sampah keliling rumah, bagi kawasan keliling rumah bersih

Lebat betul buah kelapa ni. Mummy suruh Daddy kait buah kelapa tu tapi galah penyabit tu ntah kat mana (ada orang curi ke?). Last balik masa krismas tu Mummy letakkan galah penyabit tu kat bawah rumah. Mama Janet mintak Sarjan Misai siasat kes kehilangan galah penyabit ni ye

Kuali yang selalu abah guna untuk kacau dodol... berat dan tebal nak mamp*s....

Almari antik.... kalau Mummy ada pocket Doremon dah lama almari ni Mummy masukkan dalam poket dan bawak balik bangi. Pas tu sental ngan kertas pasir dan cat atau sapu ngan varnis  je


Cuti-cuti CNY - Episod PS Memorial


Pagi Isnin nak ke pasar cam malas tapi akhirnya pergi la juga. Tapi dah lewat la. Kul 10.30 baru pegi... biasalah Mummy gak jadi pilot...

Huhuhu.... sampai pasar tengok ikan2 semua dah pecah perut dan syur pun dah layu2 jer... last we all beli ayam je. Terpaksa menunggu la pulak ayam tu disembelih dan dibersihkan. So sementara nak tunggu ayam siap Mummy gi makan meehoon soto tepi sungai. Nak makan rojak kat kedai favorite Mummy tutup la pulak. Sementara tunggu soto dihidangkan Mummy bawak Dania dan Aliya ke taman permainan dan tengok PS Memorial. Korang jangan tak tau, kampung Mummy ni banyak kaitan dengan perang dunia ke-2 dulu. Kalau uols rajin dan nak tau lebih detail tanya pakcik google 'parit sulong massacre' akan keluar bermacam2 cerita.


 



























Datin S & family pun abadikan gambar kat sini

Sedapppppppppp.... tapi kebersihan kedai kurenggggggggg le sikit