Wednesday, September 30, 2009

Beraya di rumah inlaws

Tak banyak gambar2 yang sempat Mummy ambik kat rumah mertua. Mungkin sebab dah masuk raya ketiga so mood nak bergambar raya pun dah kureng sikit. Dia orang pun semua dah bergambar keluarga masa raya pertama.

Mummy & Daddy

Ada jer yang nak menyelit klu Mummy nak bergambar ngan Daddy. Jeles betul...

Mummy diapit Danny & Danish (hero2 malaya ni...hehehe)

Kat depan rumah baru mertua...
Anak2 ngan anak saudara. Anak2 saudara belah Daddy tak ramai, cuma ada 7 + 4 anak2 mummy.
Dania dah bersiap sedia nak gi beraya ke rumah Maksu kat Taiping

Dafiy, Bibik dan Emak Mertua Mummy

Gambar ni masa on d way nak g beraya rumah Mak Su kat Taiping. Tengok ler bukit kapor yang semakin botak dan mengecil.

Raya - Sistem Giliran

21/09/09 = 2 Syawal (Isnin) - Mengikut 'Memorandum Persefahaman (MoU)' antara Mummy dan Daddy setiap raya kami mengamalkan sistem giliran. Kami bergilir dari segi balik kampung mana terlebih dahulu. Tahun ni giliran balik ke kampung mummy dulu dan tahun depan gilirian balik ke kampung Daddy pulak. Dan bila raya kedua kami akan bertukar rumah pulak. So far so good tak de masalah pun. Dulu2 masa awal2 kahwin lepas zuhur raya pertama kami dah berpindah rumah tapi terasa sekejap pulak dan raya pertama tak sempat ke mana pun, tu yang MOU dipinda...

Raya Kedua sepatutnya ada bara'an kat rumah Mummy ni tapi sebab semalam dia orang dah datang open house so sekali jalan terus buat bara'an. Kami bertolak balik selepas lunch dan solat zuhur. Budak2 memang merengek2 tak nak balik lagi sebab masing2 tengah seronok main dengan sepupu2 sebaya. Terpaksalah guna psyco sikit kat budak2 tu.

Sebelum balik abadikan kenangan kat pondok comel ni...


Depan rumah pun nak kena ambil gambar ni. Ntah bila nak balik lagi ek! Mungkin 2-3 bulan lagi kut, atau masa raya haji.


Alahai sayulah pulak nak tinggal kampung ni. Selamat tinggal kampung...panjang umur kami balik lagi.


Singgah dulu kat pekan PS beli stock bunga api untuk buat main kat kg Trolak pulak. Tak lupa gak sempat beli jagung rebus!


Kami balik ikut Pagoh. Daddy tak nak ikut Jalan Muar sebab sure jalan tu banyak kereta, lagipun rata2 orang tengah bara'an mesti tepi2 jalan penuh ngan kereta dan ramai org melintas jalan sana sini. Masuk ke Jalan Tanah Merah @ Pagoh memang jalan clear dan tak banyak kereta. Tapi bila dah nak sampai pekan Pagoh kereta banyak dan jam teruk. Nak sampaikan tolpun dekat 1 jam rasanya.


Ni lah salah satu punye jalan jam rupanya. Mohoddin Yassin buat open house kat bangunan UMNO. Em..patut ler jalan sesak gila


Keadaan Plus Hway Utara-Selatan tak ler sibuk. Tapi menghala ke selatan kereta banyak ler. Mummy singgah rumah Bangi dulu, letak baju2 kotor, ambik towel2 bersih, ambik kuih nak bawak balik , solat asar dan baru bertolak ke Trolak.
Senja nan merah...tetiba rasa takut bila nampak langit bertukar warna

Tuesday, September 29, 2009

Raya - Jalan2 Cari Makan

21/9/2009=2 Syawal (Isnin) - Pagi2 mummy dah pegi ke Simpang Tiga untuk beli mee kuning nak buat sarapan. Ops, I did it again. Pegi terlalu awal kedai kat SPg Tiga tak bukak lagi. So mummy dgn Mama Miraki terus ke pasar PS. Nasib baik kat PS peniaga dah bukak kedai, so banyaklah 0rang jual lauk pauk dan sayur2 kat tempat biasa. Kawasan PS bau busuk sebab sampah2 orang berniaga semalam belum dikutip lagi. Nasib baik semalam cuaca elok panas, kalau hujan sure lagi bau busuk.

So menu sarapan hari ni mee goreng, nasi goreng dengan cucur ikan bilis. Cam biasa ler licin. Hari ni Mummy akan balik ke Trolak pulak. Daddy kata balik lepas solat zuhur. So pagi tu sempat lah mummy pegi berhari raya dulu rumah jiran kiri kanan. Mummy pegi dengan Mama Miraki, Mek dan anak2. Walaupun rumah2 jiran2 ni sebelah kanan dan kiri rumah Mummy tapi semua malas nak jalan, so semua Mummy sumbat dalam Naza. Satu Naza bawak 3 dewasa dan 12 kanak2..sabar jer lah.


Rumah pertama kami terjah rumah Kak Ros dan Abg Maat. Mereka berdua nilah yang kerjakan kebun sawit peninggalan emak & abah. Gang pegang dulang kat muka pintu, itulah Kak Ros. Suami dia tak ada kat rumah sebab pegi bara'an.

Air oren sejak zaman Mummy kecik2 lagi. Air oren ni tak bergas cam air carbonat sekarang. Dulu sebotol 20sen jer dan kami cuma dapat minum air oren ni kalau demam, kalau tak jangan harap nak dapat minum. Sekarang ni susah nak dapat air oren botol cam ni. 9 botol telah berjaya kami habiskan...(buat malau betul cam tak pernah minum air oren jer ngkorang ni...)

Kalau nak ikutkan masing2 tu nak dapat sorang sebotol dan tak nak share.

Emm..kuih apa nak makan ek, semua cam sedap je!

Kak Ros dan Mama Miraki



Pokok pucuk paku yang subur menghijau depan rumah Kak Ros, senang jer200 kan nak masak kutip jer kat depan rumah. Fresh lagi dan tanpa sebarang baja kimia...


Deretan kayu api (rasanya cam kayu rambutan jer), walaupun dah guna dapo gas tapi manaler tau nak buat kenduri kendara kan senang kayu api dah tersedia.


Banyak pokok bunga kat depan rumah Kak Ros ni, so apa lagi snap sekeping ler...


Pondok kecik ala2 gazebo cam kat rumah pun ada, cuma rasanya yg kat rumah Mummy to lagi cantik ler...hihihi (jangan marah ye Kak Ros)


Dari rumah Kak Ros kami pergi ke rumah Noor (biras Ros), rumah dia orang ni dekat2 jer, kira kalau menumis masak pun boleh terbau ler...hihih. Depan rumah Nor Mummy nampak basikal ni, rasa cam klasik jer gambar basikal ni. Oooooooorang biasa, basikal tua...oooorang biasa basikal tua...lama tak naik basikal ni. Dulu masa Mummy sekolah basikal cam ni ler yang mummy bawak. Masa tu teringin betul nak naik basikal mini.


Budak2 memang ngap jer kerja dia orang, tak kisah rumah siapa pun memang meja kuih yang dituju dulu. Pas tu cam biasa ler dia org tunggu tuan rumah bagi duit raya. Eh tak baik tau beraya sebab nak kutip duit raya!


Gambar ni Mummy ambik dari tingkap dapor rumah Ros. Ha ngko dari tingkap rumah pun boleh kutip sayur, punye ler senang nak masak. Ada pokok keladi, peria, timun, ulam pegaga, betuk, serai, kunyit dll lagi...memang organik betul lersayur2 yang dia orang makan.


Dari rumah Nor kami serbu rumah Wak Salisah pulak (jiran belah kiri). Yang tudung putih pegang anak tu, Ana (kawan sekolah Mummy dan kawan mandi kat parit dan kawan main anak patong dan main masak2 gak).


Makan lagi dia orang ni....dia org gumbira sesangat sebab kat rumah ni dapat duit raya RM5 seorang. Ya le sebelum ni dapat RM2 je...tak baik betul la ngkorang. Dulu2 mummy g beraya dapat 20sen pun dah bersyukur pun dan kalau tuan rumah tak bagi pun mummy tak kisah. Anak2 sekarang betul2 mata duitan!


Rumah keempat dan terakhir yang kita orang terjah, rumah Kang Ni dan Kak Sal. Kang Ni sekarang ni 'Imam Besar' surau Batu 21. Yang t'shirt merah tu Cikgu Zura anak dia orang. Sekarng ni mengajar kat Puncak Alam.


Kak Sal, perempuan yang sungguh tabah melawan kanser payudaya yang dihidapinya. Lepas operation dan kimo nampak semakin hari Kak Sal semakin sihat.


Kita makan lagi...

Raya : Kuih Moden Vs Kuih Tradisional


Kuih tradisional atau kuih moden? Mana satu pilihan ngkorang? Pilihan sebenarnya ditangan ngkorang. Bagi mummy ada kuih moden yang mummy suka dan ada gak yang mummy tak suka. Macam tu gak dengan kuih tradisional, ada yang mummy suka dan ada yang mummy suka.

Raya tahun ni mummy buat 4 jenis kuih dan kesemuanya kuih2 moden. Tapi mummy ada gak kuih2 tradisional samada beli atau orang bagi.

Mummy rasa generasi muda kebanyakkanya buat kuih moden jer. Yang kuih tradisional tu masing2 beli jer. Ya la kuih tradisional tu nak buatnye renyah dan susah. Silap adunan sure tak jadi punye. Sanggup ke ngkorang nak kacau dodol 4-5 jam? Jamin berketul2 otot kat lengan... Atau pukul telur dalam tempayan untuk buat bahulu. Mixer semua tak main yer. Semua guna mesin asli, tulang 4 kerat. Tapi tu lah setiap kuih tradisional ada rasa yang tersendiri. Kuih2 moden ni adunan dia sama je, cuma letak perisa yang berbeza. Dan kuih2 moden ni selalunya 'terover' decoration dia...kira terlebih cantik jer ler...hihihi

Dan kalau kita pegi beraya yang selalu kita cari mesti kerepek2? Pas tu kuih tradisional dan last sekali baru biskut2 moden.

Inilah 4 jenis kuih yang Mummy buat untuk raya tahun ni. Atas kiri tu cornflakes chocolate, atas kanan tu almond london, bawah kiri biskut mazola@peanut butter cookies dan bawah kanan tu chocolate chip. Anak2 mummy pun pandai komen, kenapa kuih mummy semua warna cokelat, kenapa tak warna merah ke kuning ke? Senang je jawab Mummy, sebab mummy ni hantu choc sebab tu semua biskut berasaskan choc kecuali mazola.

Ini 4 jeni kuih yang mummy beli atau orang kasi. Cornflakes madu insurance agent mummy bagi, biskut aprikot mummy beli, biskut mocha tu agent insurance bagi dak dan biskut oat tu mummy beli.

Dan ini kategori kuih tradisional yang Mummy ada. Rempeyek (beli kat Kak Noor), bangkit kelapa (beli kat kawan Kak Long, sedap sangat kuih bangkit dia ni, rapuh dan memang sedap laaa), biskut samperit (yang dah dihias moden dengan choc dan bunga2 ni mummy beli gak), dodol (abg Mummy, Yin yang bagi, semua adik beradik dapat seorang sebungkus, anak dara Mummy makan hampir tiga suku), rempeyek kacang dal (kontra choc chip dengan kakak Mummy, si Som), kerepek keladi sarawak@selatah (order kat kakak Mummy si Mek, ni punkontra ngan cornflakes choc & almond london).

Raya - Acrobatic Show


Sambutan hari raya kat kampung Mummy memang meriah. Selain daripada meriah dengan makanan dan kekocohan anak, majlis raya turut diserikan dengan persembahan akrobatik kanak2. Ada pertunjukkan melompat, terbang, jalan guna satu tanga dan macama2 lagi. Anak Mummy, Danny & Danish ambik bahagian dalma pertunjukkan ni. Selain dari tu Iki, Shasha & Ikan pun joint sama (tak padan perempuan). Tak caya ke? Tak percaya sudah, Aiman tak kisah, tapi cuba tengok aksi2 kat bawah ni, tak ke sama cam acrobatic show???

Yahhhhhh...lompat

Danny terbang diudara!

Amir pegi cepat Mir, nanti terhempap, Danish dah nak landing tu...

Terror tak Danish, boleh ampu badan dengan satu tangan jer...

Yahhh...giliran Iki pulak!

Iki...baik punye landing