Sunday, February 10, 2013

Emmer Daniel's Birthday Celebration

Birthday daniel jatuh pada hari sekolah so tak ada lah Mummy buat sambutan beria. Setakat bawak dia orang keluar gi makan-makan je la. Sebelum keluar gi makan-makan tu ada lah potong kek sikit. Kek Mummy dah bake a day before birthday Daniel. So petang masa birthday dia tu Mummy tinggal deco simple-simple jer kat kek tu.



Choc cake untuk Daniel....
  
Birthday boy with homemade birthday cake

Apasal serius jer ni

Selawat dulu....

Celebrate adik beradik dan dengan best friends jer

Mummy daddy & birthday boy

Danny with the only sister in the house....

Budak ni tak sabar tunggu turn birthday dia

Happy family....

Muahhhhh Mummy

Muka suspen nak tahu apa ada dalam kotak tu

Muka excited bila dah nampak apa dalam kotak tu

Senyum sampai ke telinga

Dengan hadiah yang diterima

Dafiy ni jeles memanjang tak bagi Mummy nak gambar berdua dengan Danny jer

Al-quran dan mini ipad untuk hadiah birthday Danny. Semoga hadiah ni menjadi pendorong untuk Along untuk belajar lebih bersungguh. Quran dia yang sedia ada dah banyak pages terkoyak. Alhamdulillah dia dah khatam sekali dan sekarang ni dah masuk juzuk 14... 

Warna sedondon kan... merah menyala. Tapi apasal dlam gambar ni ipad cover ni macam shocking pink jer...
  
Best friends... Danisy, Daniel & Aiman. Sama umur dan duduk setaman. Danisy & Daniel sama sekolah tapi Aiman sekolah lain.

Lepas acara tiup2 lilin dan potong2 kek, bawak le dia orang ni gi makan. Biasalah pilihan dia orang IceRoom. Mummy pulak dah  naik jemu. Sebab lunch pun kerap makan kat IceRoom jer.

We all nak gak enterprem....

Love forever









Makan ni jer....


As usual la awal tahun ni memang bulan sambutan hari jadi dalam keluarga Mummy ni... Jan 27 Mummy, 6 Feb Danny, 27 Feb Danish, 25 March Dania... bila dah nak tengah bulan pulak sambut anniversary 11 Mei, birthday Dafiy 26 Mei dan birthday Daddy 26 July. Belum fikir lagi bila nak buat jamuan harijadi untuk anak-anak. Selalunya Mummy combine jer birthday dia orang dan sambut serentak.

Sungguh cepat masa berlalu.... 

Saturday, February 9, 2013

Uli-uli Chinese New Year

Esok hari raya... kalau raya aidil fitri dah sibuk hari ni anyam dan rebus ketupat. Buat rendang ayam buat rendang tok. Lamanya nak tunggu raya...hehehe. 

Tapi tak apa walau pun raya cina aura nak buat biskut raya tetiba datang. Tapi tak beli pun bahan2 nak buat biskut, abis camno. So kita guna je ler apa stock yang ada kat rumah yer. Janji dapat lepas gian. 

Ni je utk raya esok...heheh


Crackers chocolate

Crunchy chocolate chips. Masih tetap guna resepi yang sama.... dan as usual bakar kali pertama sure terover cooked...hahahah. 

Behind the scene....

Pembantu utama

Masing2 berebut nak jadi master chef

Siap dah adunan choc chips cookies... bulat2kan dan bakar 15 minit ... siap

Biskut kering a.k.a biskut bo*oh... patahkan empat. Mummy buat ganache perasa strawberry, nutella dan peanut butter. Sapukan cam buat sandwich. 


Enrobe dengan chocolate... yummy.... deco ikut suka dan kretiviti....boleh tabur choc rice, almond nib kelapa kering dan yang sewaktu dengannya....



Wednesday, February 6, 2013

* Emmer Daniel 11th Birthday *

Happy Birthday To You...Happy Birthday To You... 

Happy Birthday To

DaNnY *

Happy Birthday To You


06/02/2013 (Rabu) - Hari ni anak kami Emmer Daniel @ Danny @ Along sambut ulangtahun yang ke-11. Selamat Hari Lahir, anak ku sayang. Mummy & Daddy doakan semoga Danny dikurniakan kesihatan yang baik, membesar menjadi anak yang soleh, cerdik dan pintar. Mummy & Daddy sayang Danny sangat2 (walau kadang2 Mummy & Daddy marah itu bukan tanda kami tak sayang, kami cuma nak betulkan kesalahan yang Along lakukan). Semoga kebahagiaan sentiasa menjadi milik buah hati kami ni okey. 








2009 - 7th birthday


2008 - 6th birthday, sambut birthday di Hospital Putrajaya, gara2 tangan patah jatuh  kat playground. Seminggu gak le Mummy berumah tangga dengan perut memboyot mengandungkan si Dania.


2007 - 5th birthday


2006 - 4th birthday, sampai kembung2 mulut si Danny tiup lilin



2003 - 1st birthday

2nd - 3rd birthday tak ada gambar softcopy... tak berapa rajin la pulak nak scan.... Card dan present tak beli pun lagi, cake pun malam tadi baru bake. Belum deco2 pun lagi. Petang nanti balik kerja baru nak deco2. Hadiah dalam wish list dia... microscope, i-pad mini (kalau pad 20 kotak pun Mummy boleh bagi along oooi) dan heli remote control...)...

Sunday, February 3, 2013

Minggu tambah saham....

Biasa la awal bulan dan cuti hujung minggu. Hari untuk tambah pelaburan ...

Biasa la raya cin dah dekat, banyak ler kacang2 offer

Hasil tuaian di Tesco... sambil tolak troli sambil ligat fikir camana Mummy nak sumbat barang2 ni dalam kereta ... dah le hari ni bawak kereta kecik...heheh

Akhirnya berjaya gak menyumbat semua dalam bonet dannnnn   ada orang duduk kena riba barang gak....hahahh

Stock minuman....

Stock bukan untuk dimakan...

Roti kentang ni satu family suka, selalunya time nak bayar kan plasitk jer yang tinggal sebab sambil shopping sambil makan roti ni...heheh

Salmon favourite daddy dan anak2. Ni frozen salmon le...kat Tesco ni harga RM24/kg... kalau fresh salmon almost RM50/kg. OKlah frozen pun frozen la. So dinner minggu ni utk Daddy confirm ler homemade salmon tapanyaki 

Telor banyak ni tak samapi 2 minggu dah habis. Jangan ler kata Mummy bela hantu raya pulak yer...

Jajan2... Mummy suka Chachos tu.... sedapppp

Antara bekal anak2 gi sekolah

Saturday, February 2, 2013

Nasi Ayam Hainan


Lunch hari ni...nasi ayam n udang goreng tepong jer.... mummy jarang masak nasi ayam sebab daddy tak berapa suka ayam. Hari ni daddy masih di Penang so mummy masak le untuk anak2








posted from Bloggeroid