Tuesday, September 11, 2012

Open House Rumah Kak Mah

Lagi n3 tertunda. Tapi tak kisah lah, uols tetap suka tengok kan, sebab penuh dengan gambar2...hahaha.

Dari rumah Kak Lah, kami terus terjah rumah Kak Mah pulak. Kak mah masak nasi himpit dan aksesori dan meehoon soto ngan aksesori. Masa tu perut dah kekenyangan makan dari rumah Kak Kay so Mummy makan soto jer...

Pose istimewa untuk uols...


Eh ni kat pasar ke kat mana ni? Ko ada gi beraya balik dapat sayur berbagai2




Anak2 main je la bila jumpa... nanti bila dah nak bali baru sibuk lapar nak makan

Dania & Echa.. besar handbag masing2

Ni batu nisan siapa pulak ni???

Lebat bunga kantil a.k.a kenanga ni

Ko patut2 la Wan, beraya sampai tidur2 ni dah kira over ni...hehhe

Monday, September 10, 2012

Open House Rumah Kak Kay

Ni cerita 2 minggu lepas... hahah baru nak upload... daripada tak cerita langsung baiklah cerita walau pun dah terlewat kan....hahaha

Posing2 dulu sebelum keluar... jangan lupa beli Majalah harmoni 15 September ni yer, ada cerita Mummy dengan my old/antique collection


Masuk ke kawasan Taman Desa Baiduri jer penuh bendera kat kiri dan kanan... meriah sungguh nak sambut merdeka

Wah depan rumah Kak Kay pun penuh dengan bendera... Mummy rasa ada lori bawak bendera terbalik la kat taman ni...heheheh

Mana la Mama Miraki ni tak sampai2 lagi, kita gamabr bertiga je la dulu yer

Mak dara dan anak2 dara

Tak habis2 ngan games

Kak Nor  

My 2 lovely nieces

Hafeez, anak bujang Kak Kay yang tak sabar2 nak jadi laki orang raya haji nanti...heheh

Eh ada pulak sekuntum bunga menepek kat tudun ko Ayien


Dengan Ana, anak sepupu Mummy... kira pangkat anak saudara gak le

Ultraman Gaia......

Mama Miraki yang ketinggalan keretapi.. we ols dah  nak bertolak ke rumah Kak Mah dia baru sampai..

Ko ada beraya sampai masuk ke bilik tidur tuan rumah...hehhe

Kaum bapa makan2 kat luar jer tak.. kat dalam tu non-smoking area

Jom jom kita gerak ke Klang bandar gagak pulak...

Corelle Paper Shadow, sudah mari!

Mummy ada order 2 set corelle, sepatutnya sampai sebelum raya, tapi dah masuk 2 minggu raya baru sampai. Alah biasalah benda shipping direct from US, sure ada delay sikit2 or sangkut kat kastam dll. Tak kisahlah janji barang sampai.

Hohoho... yang ditunggu2 sudah mari... sudah sampai... all the from US...
  
2 set 16pcs corelle paper shadows... european herbs yang ada tu boleh simpan dulu, dah jemu ngan paper shadow nanti guna semula european herbs

Majlis perasmian utk hidang nasi goreng jer....heheh. Ada yang beli pinggan mangkuk simpan, tpai kalua Mummy beli memang untuk guna la.

Yang 2 kotak design corelle twilight grove ni Kak Noor punye... 

Kalau ada yang teringin beli barang2 dari US tak kisah lah pinggan ke, handbag ke, mixer dll boleh lah contact dengan kawan lama Mummy ni. Nama dalam FB "Baya Wanchik". 15 tahun yang lalu Mummy kerja satu office dengan hubby Baya ni (Mummy panggil dia Wan), lepas tu dia pindah ke Riyard dan selepas tu pindah ke US pulak. So far kalau compare harga yang Baya jual dengan harga yang orang jual on9, Mummy dapati harga dari Baya ni adalah harga yang termurah. 16pcs corelle ni Baya jual cuma RM350 jer...

Sunday, September 9, 2012

Open House Rumah Mama Miraki

Weekend masih lagi di dalam bualn Syawal so maknanya adlah lagi xtvt ke rumah terbuka. Sabtu pergi 2 open house rumah kawan Daddy kat Bandar Puteri dan Shah Alam. hari Ahad ni open house rumah adik Mummy si Mama Miraki pulak.

Awal2 lagi Mummy dah message Mama Miraki yang Mummy akan datang lewat sikit. Sebabnya Daddy pergi perlawanan menebas kat padang rumput Bangi Golf Resort. Paling cepat kalau games pagi sure pukul satu lebih baru habis...

Sebelum pegi ke rumah Mama Miraki, pergi dulu open house rumah jiran Mummy. Masa tu tengah lapar so banyak la Mummy makan...hehehe. Selalu kalau open house rumah jiran2  ni memang lama Mummy melepak ngan jiran tetangga tapi sebab rushing nak ke Ampang sembang kejap2 jer dengan dia orang.

Jom gi beraya

Teman bertekak...

Dah datang lamba tni nak bergambar pun dah tak de mood, lagipun semua suku sakat Mummy dah balik...huhuhu


Hey you!!!

Aksi melampau dari Dafiy

Amir jom kita gi merempit....

Banyak yang Mama Miraki masak tapi sebab perut Mummy dah full Mummy makan soto, ketupat palas dan ratah rendang ayam pencen jer. Mama Miraki masak briyani, ayam masak merah, pecal, soto, spagpetti dan ntah apa lagi...

Next week akan terjah ke rumah terbuka kakak Mummy si Datin S pulak...

Saturday, September 8, 2012

Raya 2012 - Episod 13 (Aku dan mereka)

Uols taukan tahun ni giliran Mummy dan adik beradik Mummy yang masih ada kampung mertua untuk beraya di sana dulu. So ini bermakna untuk tahun ni tak adalah family photo yang menghimpunkan 3 generasi waris2 Hj Omar & Hjh Amanah, kenalah tunggu tahun depan pulak.. harap2 masih dipanjangkan umur lagi.

Kat sini nak tepek gambar2 raya Mummy dengan adik-beradik Mummy...

Kak Long...semestinya kakak sulong,. Mummy boleh pulak tak ada gamabr berdua dengan dia masa kat kampung

Kak Noor a.k.a Datin S... adik beradik Mummy yang ke-2

Kak Mah ... adik beradik Mummy yang ke-3

Kak Kay a.k.a Kak Lah, adik beradik Mummy yang ke-4

Mama Janet a.k.a Mek,  adik beradik Mummy yang ke-5


My bigggggggggggg brother... Yin Wong Khoo Lai... adik beradik Mummy yang ke-6, semoga semboh sepenuhnya dengan segera

YB Bukit Mutiara... Som... adik beradik Mummy yang ke-7

Mama Miraki a.k.a Enab a.k.a Jenab a.k.a Joyah ... adik beradik Mummy yang ke-9 dan anak bongus. Walaupun dia anak bongsu tapi Mummy nampak lagi muda dari dia kan...kan...kan....

Satu2nya menantu perempuan dalam Keluarga Hj Omar & Hjh Amanah. Kak Tanty wife pada Yin Wong Khoo Lai...