Wednesday, October 12, 2011

Dah Asar la bah!



Layan FB sambil makan cempedak goreng yang sangat2 manis hasil tanaman arwah abah...

Cerita pasal cempedak ni teringat pasa arwah Abah, masa abah tanam pokok buah2an kat keliling rumah, kita orang selalu cakap...  "Tak yah tanam lah bah, dah Asar ... nanti abah tak sempat rasa pun!". Emak yang dengar pun senyum je...hihih. Abah cakap , "kalau abah tak dapat rasa ye tak apa janji anak cucunya dapat makan, kalau abah dah tak ada boleh juga balik kampung tengok pokok2 buahnya."

Dan cakap abah memang ada betulnya , Abah cuma merasa seulas dua je cempedak ni, sebab masa cempedak ni pertama kali berbuah dan masak abah dah sakit duduk kat hospital. Anak cucu abah yang puas makan. Al-fatehah untuk emak dan abah. Pagi2 nirasa syahdu la pulak.

Pokok cempedak yang tak jemu mengeluarkan hasil... gambar ni Mummy ambik masa raya

  
Isi  comel2 tapi rasa sangat2 manis


TQ la pada Kak Kay yang datang opis Mummy hantar buah cempedak untuk  ni petang semalam. Dan TQ gakkepada Kak Mah yang hantarbuah2cempedak ni dari kampung ke rumah Kak Kay. Kiranya cempedak peninggalan abah ni dapat dirasa semua kami adik beradik.Abg Mummy si Yin Wong Kulai pun balik kampung gak so dia jadi distributor untuk zon selatan, dia hantar cempedak tu ke rumah Kak Long dan Som.... so uols berangin la masing2 ye lepas ni... hehhe

Tuesday, October 11, 2011

Terkenang semasa dulu...

Terkenang semasa dulu
hatiku merasa rindu 
mungkinkah dapat bertemu
padamu ....



Assalammualaikum.... apa khabar semua? Sihat? Alhamdulillah. Kalau tak sihat pun alhamdulillah juga, ujiankecil dariNya. Mummy ni batuk2,sakit dan gatal tekak yang sangat2. Bukan Mummy sorang je kat opsi ni pun ada 2-3 ornag yang terbatuk2 gak.

Oklah ni nak cerita pasal gambar kat atas tu? Tau ke apa benda tu? Kalau tak tau melampau le... tu jagung yang digaul dengan kelapa dan sedikit garam or gula. Pernah makan ke tak? Rugi weiiii sedap ni. Masa Mummy kecik2 zaman jahiliah dulu kan (nampak cam lama sangat je...), jagung kelapa ni menu wajib bila time banjir. Dulu2 memang kerap banjir kat kampung Mummy ni. Dan masa tu mana ada jagung dalam tin or jagung manis cam sekarang ni. So kalau nak buat jagung kelapa ni abah akan rendam semalaman jagung ayam diulang ye jagung ayam atau jagung yang nak bagi ayam makan tu.... tujuan dia biar jagung tu cepat empok la...  daif kan Mummy zaman kecik2 dulu... makanan pun sama taraf dengan ayamje.... huhuh.

Jagung yang dah direbus tu akan digaul ngan kelapa dan letak sikit garam dan gula. Sedappppppp..... dah itu je yang ada masa tu memang le sedap kan...

Excuse me...


Batuk, sakit dan gatal tekak. Itu yang Mummy rasakan sekarang. Rasa camp letih sebab batuk, bila batuk perut pun rasa senak. Lepas anak2 nak elok sikit dari demam turn Mummy pulak yang cam nak demam pulak ni. Hingus pun dah start meleleh je. Mummy rasa memang tengah musim kut sekarang ni orang demam dan batuk, kat opis Mummy pun ramai yang demam dan batuk, kira sam bersahut-sahutan je la kalau time batuk kat opis ni...

Monday, October 10, 2011

Kerja separuh hati...

Badan ada di opis tapi fikrian asyik terbang teringatkan Dafiy yang belum betul2 sihat lagi. Walua pun demam dia dah beransur hilang tapi nampak dia tak betul2 ceria lagi. Mata dia layu je... hari ni dia nak pegi sekolah, itu pun mungkin sebab Daddy lepas belikan di beg ben-10 dan sebelum tu Mummy belikan color dan pencil Ben-10 gak... 


Baru je lepas call taska, pengasuh kata Dafiy dah tidur. Mummy rasa mesti dia rasa tak sedap badan lagi tu kalau tak sure dia belum tidur lagi. Mummy doakan Dafiy cepat sembuh dan ceria  cam biasa ye.


Happy happy face Dafiy... tetiba rasa rindu  pulak la kat budah ni  walau baru tinggalkan dia dalam 6-7 jam... hari ni kul 5pm Mummy nak chan chin chow....

Sunday, October 9, 2011

D'7 Ladies Nite

Malam tadi Mummy pegi mesyuarat agong PIBG mesyuarat tingkap dengan jiran tetangga. Kali ni mesyuarat kat rumah Kak Gayah. Hehehe... ala bukan mesyuarat apa pun sebenarnya kita orang buat potluck small gatherin sesaja untuk kenal2 dengan jiran tetangga kat area perumahan ni. Walaupuan dah hampir dua tahun duduk kat D7 ni tapi ranai gak jiran tetangga yang Mummy sendiri tak kenal lagi. Majlis kali ni pada awalnya hanya untuk kaum wanita D7 je tapi in the end terpaksa melibatkan kaum bapa gak untuk tolong perabihkan makanan, so dah tak jadi 'D7 Ladies Nite' le...


Siapa punya tulisan la... buruk benor kan... ni tangan masa kecik tak berbedung kut.... hihih

Walau pun program ni  untuk semua kaum ibu D7 tapi kehadiran tetap lorong Mummy la yang ramainya. Tak apa tak kaum ibu 7/2E memang bab2 bersosial ni rajin dan aktif...eheh


Susun jangan tak susun


Lepak2 dulu sementara tunggu gang bas sekolah yang lain sampai


Boleh caya ke Cikgu Ina ambik gambar ni.... ke baru nak belajar guna camera canggih tu....heheheh


Apalah yang dibelek Cikgu Ina ni???

Tumpang posing kat rumah orang...

Cap ibu dan anak...

Bila ada aca cam ni sebenarnya anak2 yang paling suka...

Sikitnya Danny makan...

Antara muka tetap setiap xtvt D7

3 mak dara pingitan.... mesti ada punyeee

Apa la yang digelakkan dia orang ni

Makan daddy... 

Last sekali jom layan apa menu yang yang ada... macam2.... ada mee rebus, laksam, ikan pais, roti jala, kek perbagai, buah yang berbagai kuih muih dan banyak lagi la. Sorang bawak sikit bila dah susun2 sampai tak cukup  meja jadinya....

Mee rebus mablessss hasil tangan Kak Zee


Roti jala dan kari daging Kak Gayah

Pais ikan talapia.. terbaekkkkkkkkkkkk dari Restoran Asam Pedas .... fresh from daporrr.... masig berwap lagi masa sampai

Puff durian dan sponge roll

Kek dari resepi rahsia dan donut dari Dunkin Donuts


Karipap dan kuih talam

Agar2 marble dan roti yang cantik dan sedap... sejuk je lalu kat anak tekak


Masam2 manis....



Pilih je nak  yang mana

Mummy malas nak masak  yang berat2 so buat je cheese tart ni...


dan choc cuppies ni

Almost kul 12 gak le baru kita orang balik ke sarang masing2... harap2 lain kali lebih ramai lagi jiran tetangga dapt hadir.