Tuesday, September 7, 2010

28 Ramadhan 1431

28 Ramadhan 1431 - Hari2 terakhir Ramadhan 1431. Semoga Mummy dan keluarga dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik dan dapat bertemu lagi dengan Ramadhan 1432, Insyallah.


Lepas kemas2 rumah dan jemur kain baju, Mummy pergi ke office sekejap. Lupa nak settledkan utilities bill. Silap2 naik raya opis bergelap dan tak de air... hahaha


Lepas siap masak gi ronda2 kat PKNS Bangi... ramai lagi orang berniaga dan membeli kat PaRAM. Tujuan utama nak potongkan jeans si Danny tapi kedai jahit tu tutup la pulak.


Layan je la menu hari ni... sangat2 la sempoinye...


Udang goreng tepong - licin di ngap oleh daddy dan anak2...

Fish fillet

Kentang rebus... Mummy klu nak rebus kentang dan makan cam tu je, akan beli kentang yang kulit pink. Rasa dia lagi lemak dan 'pulen'

Daging goreng campak2

Kuih peneram @ telinga keli*g @ koping keli*g... takut nak tulis nanti dikata racist la pulak... hehhe...10 biji RM1, Mummy beli RM2... Danish suka sangat kuih ni... makan panas2 sedap la...

Biskut rayaku tahun ini...

Projek buat biskut raya telah ditutup dengan rasminya. Dan hasilnye seperti kat bawah ni. Dah pack siap2 untuk bawak balik ke kampung Mummy & Daddy. Dan ada gak yang dah sampai ke Indon, Mummy bagi kat bibik.
 
Deretan kuih raya yang dah siap dibuat dan dibeli...
 
As of today inilah biskut2 raya yang Mummy ada. Mungkin ada pertambahan lepas balik dari kampung nanti. 9 jenis je uols, nasib baik dah tambah canister klu tak memang masuk dalam 'bekas antarabangsa' la...Uols kenal tak kuih2 kat atas tu...
Baris pertama - Almond london, cornflakes clusters dan snow almond
Baris 2 - Cornflakes madu, biskut kelapa dan biskut peanut butter
Baris 3 - Barley peanut butter, choc chip & bangkit kelapa ... 3 jenis ni beli
 
Choc ni ada almond nib, hazelnut & peanut butter ... sebiji makan memang tak cukup la!
 
Choc dengan kacang hazel kat dalam...
 
Mr Bear untuk anak2 buah .. ni boleh consider kuih raya ke!!! Choc ni perasa hazelnut & peanut butter...memang sodap, selain dari bentuk Mr Bear ni yang cute!

Lain2 biskut/kuih yang akan masuk dan dijangka masuk dalam senarai:
  1. rempeyek kacang tanah - dah order kat Datin S 200pcs
  2. keladi sarawak/selatah - dah order kat Mama Janet
  3. dodol - harap2 Yin Wong Kulai bagilah dodol sedap cam tahun lepas
  4. kerepek ubi pedas/pisang - harap2 kilang krepek Zaronah Pt Laman tu dah beroperasi lepas 2-3 hari beraya
  5. rempeyek kacang dal - dah order kat Som, tapi cam harapan tipis je sebab dia balik Pahang dulu, harus jadi serbuk peyek la bila sampai PS...
  6. kuih gunting/siput - selalu Kak Mah dah siapkan sorang sebungkus, tak tahu la tahun ni ada ke tak ... hehehhe

27 Ramadhan 1431


27 Ramadhan 1431 (Isnin) - Officially Mummy start cuti raya hari ni. So xtvt bibik memang bermula seawal pagi 4.30am. Kemas dan mop lantai sebelum anak2 bangun tidur. Tukar cadar dan pack biskut2 raya yang nk bawak balik kg.

Potong dan jahit seluar Danny yang terlalu labuh. Masa kemas2 kain baju yang nak bawak raya ni baru Mummy mintak Danny & Danish cuba baju2 dn seluar yang Mummy beli kat Sogo masa awal puasa dulu... Kesian Danish 3 dari 4 seluar yang Mummy beli untuk dia rupanya tersangatlah besarnya waluapun seluar tu Mummy ambik untu 7-8 tahun... So Danish ada satu je seluar jeans, yang lagi dua tu muat kat Dania dan lagi satu tu kena simpan sebab besar.

Kesian la pulak ada sehlai jeans je Danish, so Mummy decided petang ni nak buka puasa kat food court Alamanda je, lepas tu boleh last minute shopping untuk Danish.

Kul 6.30pm baru keluar rumah, so dalam hati Mummy dah agak sure tak dapat meja ni. Jalan jam sikit sebab gerimis.



7pm -Suasana penuh sesak kat food court Alamanda... semua orang dah siap menunggu waktu berbuka dengan makan & minum dah siap atas meja. kami pulak baru sampai dah terhegeh2 cari meja, memang tak ada yang kosong la...

Last melepak kat belakang kaunter jual air... ada bangku panjang tu...

Orang tak berpuasa ni yang sibuk lapar sepanjang masa...

Kesian nye la anak2 Mummy makan kat lantai je... bedal je la anak2...

Mee goreng

Kueteow goreng

Spaggethi tak mengancam untuk Danny

Nasi goreng cina untuk Danish

Meehoon soto untuk Mummy dan Dania. Selalu mehoon soto dia tersangatlah mablesnye tapi hari ni kureng la sangat rasa di, pas tu cair la pulak...

Tepanyaki salmon set untuk Daddy

Eh habis ke Dafiy minum air tembikai satu gelas besar tu???

Lega sikit bila dah dapat meja...

Snap2 before last minute shopping xtvt

Kat depan replica rumah kampung

Wow Habib Jewel tengh buat promotion beb...

Cun tak gelang ngan cincin ni? Mummy nak beli tapi orang Habib tak bagi...hhhhehehhee

Aksi comos kt Parkson Alamanda

Mummy lepak2 duduk sementara Daddy pilih2 untuk anak2

Tak tau bila masa si Danny snap gambar ni...

Dafiy menjadi mangsa snap Danny & Danish

Aksi macho tapi hancur dari Danish

Princess Dania yang merajuk sebab Daddy tak belikan dia baju...

Hajat hati nak ambik lagi satu set canister yang cam Mummy beli hari tu, tapi duka cita set tu dah habis lak pulak. So Mummy beli canister tinggi yang loose je 4 biji... oklah semua ada 12 canisters.... heheh... camla kuih Mummy sampai 12 jenis kan...hahaha... Tapi  mana tau kan, balik nanti nak beli kerepek2 yg ada kat Kilang Zaronah Pt Laman tu... harap2 dia dah beroperasi la masa tu...

Q panjang ni bukan kat cashier nak bayar ye, tapi semu nak bayar parking....mesin bayaran kat semua floor memang panjang orang beratur

Monday, September 6, 2010

Mas aku udah pulang!

4hb September (Sabtu) - N3 terlewat akibat kebusyan tuan rumah. Mummy keluar rumah hantar bibik dalam 7.30 am dan sampai ke Pelabuhan Pulau Ketam dalam kul 8.30am. Masa tu Mama Miraki dah sampai. Terus confirmedkan tiket bibik2. Dia orang dapat feri trip ke-3. Tak tau la kul berapa feri akan bertolak. Lepas settld we all tinggalkan bibik kat situ je. Tak larat la nak menunggu dia orang berlepas, dengan keadaan yang sesak dan aroma yang menyesakkan hidung.

Jenuh bibik2 tu menunggu sebab feri hanya bertolak ke Tanjung Balai Asahan kul 11.30mlm. Dan bibik sampai ke sana pukul 4.30am. Selam bercuti bibik, jangan lupa balik ke Malaysia lagi.


Masuk ke kawasan menunggu dan check-in

Walaupun musafir dibolehkan tak berpuasa tapi mereka tetap kena menghormati bulan puasa dengan tidak makan dikhalayak ramai, tapi kat sini memang orang makan secara terbuka. Yang merokok tu jangan kira la...

Rasa cam dah sampai ke seberang la pulak

Imagine kalau sorang bwk 4-5 beg berapa tan beg la feri tu angkut ye. Ini beg dan kotak2 bibik. 2 kotak dan 2 beg besar serta satu hand luggage. Feri tak bergerak lagi beg plastik hitm tu dah koyak terbarai dicampak2 orang ngkat barang. Yang Mummy musykil kenapa di org charge mahal sangat untuk angkut beg2 ni ye. Dari kawasan parking ke tempat pengumpulan barang dalam kawasn pelabuhan yang jarak dlam 200-300 meter dia orang kenakan RM10. Dari kawsan pengumpulan barang masuk ke dalam feri RM5 lagi utk setiap beg. Siapa yang tentukan rate ni? Dan pengusaha feri ni macam paksa penumpang ni gunakan perkhidmatan mengngkut barang2 ni sebab dia orang tak bagi beg besar2 masuk ke kawasan menunggu2...

Baru sampai dari Dumai ya Buk?

Pose bibik sebelum balik

Ni bukan shooting sinetron ye...

Mana ek nak hantar 2 budk kecik ni bil bibik tak ada?

2 majikan yang memerlukan perkhidmatan bibik sementara. Klu berminat apply le...

26 Ramadhan 1431

26 Ramadhan 1431 (Ahad) - Lepas solat Mummy buat biskut kelapa. Kul 8.30am baru siap. Nak gi pasar basah rasa malas l sangat. Dari pagi asyik hujan je so dua bakul kain baju berjemur bila hujan berhenti kul 11.30am.


Hari ni projek buat kuih raya dengan rasminya ditutup. So kemas la barang2 dan perlatan buat kuih yang dah tak nak digunakan lagi.


Hari ni blank betul idea nak masak utk berbuka. Mummy sebenarnya nak kosongkan stok ikan2 dll yang ada dalam peti sejuk tu. Balik lepas raya nanti semua stock baru la. Itu sebab utama tak pegi pasar pagi tadi.


Kiri - Siakap sweet sour
Kanan - Sup ayam ... yang ni memang tak menjemukan. Dha 3 hari berturut2 buat sup ni

Kiri - Ikan parang dan ikan masin
Kanan - Lemang tpi tak beli rendang dia pun sbb nampak cam kureng je rendang dia tu

Roti sosej dan nasi ayam untuk anak2

Kuih tako terpenyek, koleh kacang, talam ubi dan donut