03/03/2009 (Selasa) - Pagi ni Mummy ke Pejabat Imigresen di Pusat Bandar Damansara utk renw passport mummy yang dah lama expired. Actually dah lama Mummy nak renew tapi tertangguh jer. Bila petang semalam Daddy ajak Mummy ke Bandung hari Khamis ni, tu yang baru kalut nak pergi renew. Nasib baik sekarang buat passport atau renew siap dalam masa 2-3 jam jer. Mummy akan bawak Dafiy sekali sebab Dafiy brestfeed lagi. Mummy parking kereta kat office dan Daddy hantar ke Imigresen, Mummy malas nak drive sebab parking di Pusat Bandar Damansara tu kecik dan narrow pulak. Kalau drive viva tak per lah , ini kena bawak Naza.
Gambar belum ada lagi so Mummy terus ambik gambar instant. RM14 untuk 4 keping. Rugi betul sebab depan kedai yang Mummy ambik gambar tu cuma charge RM8 utk 4 keping. Mummy ingat nak buat passport untuk Dafiy sekali tai gambar yang Mummy nak cuci tak boleh guna pulak, gambar mesti background biru. So Mummy beli jer dulu borang untuk Dafiy.
Lepas ambik nombor, kena tunggu untuk semakan dokumen dulu. Selepas tu kena tunggu lagi untuk buat bayaran. Passport akan siap paling cepat 2 jam selepas buat bayaran. So lepas buat bayaran Mummy terus balik office, malas nak tunggu lama, kebetulan esok pun nak datang lagi untuk buat passport Dafiy.
Blog catatan kehidupan peribadi Mummy bersama hubby dan lima orang permata hati kami, Emmer Daniel, Adam Danish, Dania Batrisya, Emmil Dafiy dan Dhiya Danisha. Juga cerita-cerita tentang saudara dan suku sakat Mummy. Ada juga cerita kenangan bersama emak dan abah.Luv u all.
Wednesday, March 11, 2009
Monday, March 2, 2009
Geng : Pengembaraan Bermula ... (Upin & Ipin)

1/03/2009 (Sabtu) - Hari ni mummy bawak 3D pergi tengok wayang cerita Upin & Ipin. Mummy tak tau pun cerita ni tentang apa tapi 3D beria nak tengok. Hari Jumaat mummy cuba book ticket online tapi dah habis pulak. So petang Jumaat tu mummy mintak Ariff (anak saudara mummy) belikan tiket kat GSC Alamanda. Show untuk hari sabtu almost sold out. Ada untuk seat depan jer. So Ariff beli tiket untuk hari Ahad 3.30pm. Mummy sampai Alamanda pukul 3.00pm. 3D dah tak sabar2 terus ajak ke GSC sebab takut tak dapat tiket. Dia orang tak tau yang mummy dah ada tiket.Sebelum movie start masing-masing sibuk nak bergambar kat poster2 yang ada kat situ.

Friday, February 27, 2009
Danish's 6th Birthday
Happy Birthday To You...Happy Birthday To You....
Happy Birthday
To
AdAm DaNiSh
Happy Birthday To You

27/02/2009 (Jumaat) - Hari ni hari jadi Adam Danish yang ke 6. Happy 6th Birthday Danish. Semoga Danish dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan menjadi anak yang soleh.
Hari ni mummy masuk office lambat sikit. Kat Tadika Krista ada birthday celebration untuk student yang lahir dalam bulan Februari dan Danish salah seorang daripadanya.
Pukul 5.15 mummy dah bangun. Lepas bangun mummy terus siapkan bahan2 untuk buat spageti. Nasib baik daging hancur tu bibik dah rendam dulu, jadi tak lah mummy kena tunggu lama untuk masak. Kuah spageti tu mummy guna 1kg daging hancur dan mummy masak dua bungkus spageti. Lepas siap masak spageti mummy terus mandi dan sembahyang dan siap2 nak hantar Danny ke sekolah. Kalut sikit pagi ni, sebab 3D semua buat perangai, Danny tak nak bangun tidur sebab ngantuk, Dania pagi2 baru sibuk nak buat homework si Danish merenggek nak ikut hantar Danny gi sekolah.
On day way hantar Danny, baru mummy tersedar bekal spageti Danny tertinggal kat rumah, mummy cakap kat Danny balik nanti baru makan spageti tu tapi dia dah menanggis pulak. So terpaksalah mummy cari u-turn balik ke rumah. Mana lah bekal tak tertinggal tiap2 hari macam mummy yang nak sekolah pulak, kena salin jadual, pastikan semua kelengkapan sekolah dibawak, air dan bekal dah ambik dan masukkan dalam beg. Tu tak masuk lagi mummy nak bawak beg komputer mummy untuk ke office lagi.
Sampai sekolah ngam-ngam pukul 7.30am. Pagar pun dah nak kena tutup. Kalau lewat lagi sikit kena tulis nama tu sebab datang lambat..hihihi. Lepas hantar Danny mummy ke Tadika Widuri hantar beg dan baju sekolah agama Danny pulak.
Sampai rumah, si Dania merenggek mintak ajar buat homework. Si Dafiy menanggis nak menyusu pulak. Si Danish belum sikat rambuat lagi. Memang tension betul pagi ni. Sementara tunggu Dania siapkan homework mummy masukkan spageti dalam bekas buffet. So untuk jamuan harijadi Danish kat sekolah hari ni mummy cuma bawak birthday kek, goodies for the kids, spageti dan ice-cream nugget jer. Niat dihati nak buat dadih tapi tak sempat nak beli mangkuk kecil.
Lepas hantar Dania dan Danish ke tadika mummy balik rumah semula, kemaskan barang2 yang nak dibawa ke taska.
Ini birthday cake untuk Danish

Danish diapit oleh dua Batrisya, Dania Batrisya dan Damia Batrisya
Ini birthday Danish tapi si Dania ikut menyibuk duduk table for birthday boys and girls
Mummy and Danish
Birthday boys and girls

Bibik dan Dafiy pun datang celebrate birthday Danish di sekolah


Petang balik dari kerja mummy beli kek lagi satu untuk Danish. Lepas maghrib nanti bolehlah Danish potong kek sekali lagi. Pagi tadi masa celebrate borthday kat tadika Danny kan tak rasa lagi kek untuk Danish.
Permukaan kek ini penuh dengan colourfull choc rice sebab tu tulisan atas kek ni pun susah nak baca.
Untuk kali ketiga tahun ini Danish meniup lilin harijadinya.
Apakah yang digelakkan oleh 3D ni....
Mummy with the kids.
Mummy with Danish. Untuk ambik gambar dengan Danish rasanya sampai lima kali baru baru dapat gambar yang ok sikit. Kalau tak ada jer lah yang dia buat.
Thursday, February 26, 2009
Dafiy 9 Months
26/02/2009 (Khamis) - Hari ni umur Dafiy genap 9 bulan. Dafiy dah boleh merangkak laju, kalau kita leka sekejap jer di dah ada kat bawah meja. Sekarang ni dia dah makin nakal dan pandai buat perangan. Dia suka cakar muka oarang. Kalau mummy lalu tak dokong dia, mesti dia menangis. Sekarang ni tiap pagi sebelum pergi kerja mummy atau daddy mesti bawak dia pusing2 dulu naik kereta. Oh ye, Dafiy dah ada gigi dua batang.
Dafiy with his first car....nampak tak gigi dua batang belah bawah tu???
Tuesday, February 24, 2009
Ujian Bulanan
24/02/2009 (Sabtu) - 24 - 26/02/2009 Danny ada ujian bulanan. Hari ni subjek Bahasa Melayu Kertas1 dan Kertas II dan Agama Islam. Mummy dan Daddy doakan Danny diterangkan hati dan dapat jawap soalan dengan mudah.
Pagi tadi lepas sembahyang subuh mummy tanya Danny apa yang dia doa? Dia kata dia doa biar Allah bagi dia pandai so senang nak jawap ujian nanti. Walau pun cuma ujian bulanan mummy pesan supaya Danny jawap sungguh2.
Sebelum pegi sekolah mummy pastikan Danny minum milo dan makan sikit untuk alas perut. Mummy check sekali lagi untuk pastikan keperluan sekolah semua dah dibawak, pensil semua mummy dah sharp.
Lepas hantar Danny ke sekolah, mummy balik semula ke rumah. Danish dan Dania belum ke sekolah lagi. Si Dania masih lagi buat homework. Si Danish baru jer siapkan homework, itupun selepas kena rotan dengan Daddy. Mummy tengok si Danish ni bukan tak boleh buat homework tapi dia ni 'M' terlebih kut....so memang rutin mummy tiap kali sampai rumah dari kerja tanya ada homework ke tidak.
Pagi tadi lepas sembahyang subuh mummy tanya Danny apa yang dia doa? Dia kata dia doa biar Allah bagi dia pandai so senang nak jawap ujian nanti. Walau pun cuma ujian bulanan mummy pesan supaya Danny jawap sungguh2.
Sebelum pegi sekolah mummy pastikan Danny minum milo dan makan sikit untuk alas perut. Mummy check sekali lagi untuk pastikan keperluan sekolah semua dah dibawak, pensil semua mummy dah sharp.
Lepas hantar Danny ke sekolah, mummy balik semula ke rumah. Danish dan Dania belum ke sekolah lagi. Si Dania masih lagi buat homework. Si Danish baru jer siapkan homework, itupun selepas kena rotan dengan Daddy. Mummy tengok si Danish ni bukan tak boleh buat homework tapi dia ni 'M' terlebih kut....so memang rutin mummy tiap kali sampai rumah dari kerja tanya ada homework ke tidak.


















