Wednesday, March 11, 2009

Renew Passport

03/03/2009 (Selasa) - Pagi ni Mummy ke Pejabat Imigresen di Pusat Bandar Damansara utk renw passport mummy yang dah lama expired. Actually dah lama Mummy nak renew tapi tertangguh jer. Bila petang semalam Daddy ajak Mummy ke Bandung hari Khamis ni, tu yang baru kalut nak pergi renew. Nasib baik sekarang buat passport atau renew siap dalam masa 2-3 jam jer. Mummy akan bawak Dafiy sekali sebab Dafiy brestfeed lagi. Mummy parking kereta kat office dan Daddy hantar ke Imigresen, Mummy malas nak drive sebab parking di Pusat Bandar Damansara tu kecik dan narrow pulak. Kalau drive viva tak per lah , ini kena bawak Naza.

Gambar belum ada lagi so Mummy terus ambik gambar instant. RM14 untuk 4 keping. Rugi betul sebab depan kedai yang Mummy ambik gambar tu cuma charge RM8 utk 4 keping. Mummy ingat nak buat passport untuk Dafiy sekali tai gambar yang Mummy nak cuci tak boleh guna pulak, gambar mesti background biru. So Mummy beli jer dulu borang untuk Dafiy.

Lepas ambik nombor, kena tunggu untuk semakan dokumen dulu. Selepas tu kena tunggu lagi untuk buat bayaran. Passport akan siap paling cepat 2 jam selepas buat bayaran. So lepas buat bayaran Mummy terus balik office, malas nak tunggu lama, kebetulan esok pun nak datang lagi untuk buat passport Dafiy.

No comments:

Post a Comment