Wednesday, March 11, 2009

Passport Dafiy

04/03/2009 (Rabu) - Pagi ni Mummy bawak Dafiy pergi ke Imigresen. Bibik ikut sekali untuk pegang Dafiy dalam kereta. Macam semalam, Mummy park kereta di office dan Daddy hantar kami ke Pejabat Imigresen. Sampai sana terus ambik gambar Dafiy, susah juga nak ambik gambar Dafiy sebab dia terpusing-pusing jer. Nasib baik borang semua Mummy dah isi. Walaupun ada kaounter khas untuk baby di bawah 2 tahun tapi still kena tunggu giliran. Mummy rasa tak ada beza pun antara kaunter khas dengan kaunter biasa. Mummy tunggu lagi lama untuk buat passport Dafiy dibandingkan dengan buat passport mummy semalam.

Sementara nak tungggu masa 2 jam untuk ambil passport, mummy pergi breakfast dulu dan window shopping sekejap.

Untuk ambil passport selepas dapat angka giliran Mummy kena tunggu lagi lebih kurang 30 minit. Selesai urusan passport Dafiy, mummy ambil cab balik ke office. Dari office mummy hantar Dafiy dan Bibik balik ke rumah. Selepas itu mummy balik semula ke office.

Petang pukul 5.00pm mummy pergi ICU Hospital KL visit Ain (anak saudara mummy).

No comments:

Post a Comment