Thursday, March 26, 2009

Dania's 4th Birthday


H a P p Y 4th B i R t H d A Y
D.A.N.I.A

25/03/2009 (Rabu) - Hari ni birthday Dania yang ke-4. Happy 4th Birthday Princess Dania. Semoga Dania membesar menjadi anak yang solehah, berjaya di dalam kehidupan dan mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Tiada apa yang mengembirakan mummy dan daddy selain melihat anak-anak mummy dan daddy membesar sihat di depan mata dan menjadi anak2 yang berguna dimasa hadapan.

Hari ini mummy ambil cuti sebab tak berapa sihat. Rasa seram2 sejuk macam nak demam. Selepas hantar Dania dan Danish ke sekolah mummy packed goodies untuk Dania bawa ke tadika masa birthday celebration di sekolah dan juga untuk bagi pada kawan2 mengaji.

Tengahari mummy ambil Danny di sekolah. Macam biasa setiap hari Rabu sekolah agama petang tak ada. Mummy singgah di kedai kek beli kek untuk Dania. Ini lah kek mummy beli untuk Dania, mummy cari PowerPuff Girl tapi dah habis lah pulak. So dapat barbie girl jer. Nanti mummy belikan kek Powerpuff Girl untuk Dania bawak ke sekolah okey.


Ini birthday card daripada Mummy dan Daddy. Pink birthday card for our lovely little princess.

Aksi Dania sebelum acara potong kek. Danny dan Danish dah tak sabar nak menyanyi dan makan kek.


Lagi aksi Dania....


Make a wish Dania....


Dania diapit Danish & Danny.


All in except Daddy


Comotnye mulut Dania....lap sikit!


27/03/2009 (Jumaat) - Hari ini untuk kali ketiga dalam tahun ini Dania menyambut harijadinye yang ke-4. Kali ini sambutan di Tadika Krista.

Tengoklah bertapa ceria dan bergayanya Dania nak ke sekolah pagi ini.

Ini kek Mummy beli untuk Dania potong di tadika. Powerpuff girl tak ada so, Mummy beli Barbie cake jer.


Dania, get ready untuk acara potong kek...



No comments:

Post a Comment