


Tengoklah muka tension Dafiy bila si Sustem Iim pegang dia.

6/03/2009 (Jumaat) - Daddy dan kawan2nya pagi2 dah pergi main golf di Bogor. So tinggal para isteri kat hotel. Selepas breakfast Mummy dan kawan2 yang lain pergi shopping kat Pasar Baru.
7/03/2009 (Sabtu) - Daddy dan kawan2nya golf lagi. Mummy dan kawan2 pergi ke Rumah Mode lagi. Hari ni rasanya Rumah Mode penuh dengan orang dari Malaysia. Siap ada dua kaunter khas untuk orang2 dari Malaysia buat bayaran.
Malam ni kami dinner di Golf Club.
8/03/2009 (Ahad) - Hari ini kami pindah duduk di Hotel Grand Sarela. Nasib baik dapat hotel. Kebanyakkan hotel di Bandung penuh sebab long weekend. Hotel Santika yang kami duduk hanya kosong untuk 3 malam sahaja. Aktiviti shopping lagi. Malam turn daddy jaga Dafiy, mummy pergi spa rehatkan badan.
9/03/2009 (Isnin) - Lepas breakfast Mummy, Daddy dan Dafiy serta family Nasim pergi ke Pasar Baru lagi. On the way Daddy dan Nassim plan nak golf lagi tengahari ni. So kesian nanti kami susah nak shopping dan jaga anak, kami ambil semula suster dari rumah Monic. Suster Iim dah balik kampung so mummy ambil suster yang lain pulak. Selepas hantar kami ke Pasar Baru supir hantar Daddy dan Nasim main golf. Janji dengan supir jumpa dalam masa tiga jam di parking lot.
Selepas shopping mummy terpusing2 nak cari parking lot dijanjikan dengan supir. Dah betul kat floor roof tapi sebab banyak sangat exit ter'confius' da dalam 15 minit juga mummy terpusing2.
Dari Pasar Baru kami cadang nak pegi ke Kartika Sari yang terkenal dengan pisang bollen (molen) dan Amanda Bakery yang terkenal dengan brownies. Sebenarnya jarak dari Pasar Baru ke kedai Kartika Sari tak lah jauh sangat tapi disebabkan hujan dan jalan jam sana-sana, hampir sejam setengah kami baru sampai. Dan malangnya semua parking penuh termasuk di tepi2 jalan berhampiran. Kalau tak hujan boleh parking jauh sikit dan jalan ke kedai tapi disebabkan hujan tak dapat lah nak beli pisang bollen di situ. Selepas itu kami ke kedai Amanda. Dalam hujan gerimis Mummy dan Emy redah hujan masuk ke kedai. Anak2 dan suster semua tinggal di dalam kereta. Masuk2 kedai terbau haruman yang sedap sangat, dah ler hujan2 bau makan sedap, terus lapar. Amanda brownies ada dua jenis, bakar dan kukus. Mummy lebih suka yang kukus, nyum...nyum..sedapnya. Banyak mummy borong brownies, cuma sayang perasa chocolate dah habis lah pulak. Mummy mintak orang kedai tu packed terus masuk dalam kotak biar senang nak bawak naik flight.
Brownies Kukus

Brownies Bakar

Balik ke hotel kepenatan. Habis golf Daddy sempat pergi shopping di Heritage dan Terminal Tas.
Malam kami makan tiga family di Restoran Sunda. Kami sampai lewat. Family Asrul dah menunggu hampir setengah jam. Balik ke hotel selepas makan mummy start packed barang-barang.
10/03/2009 (Selasa) - Daddy pergi sambung main golf dengan Nasim. Petang semalam sempat main 9 lubang jer sebab hujan. So sebab dah bayar pagi ni dia orang sambung main 9 lubang lagi. Mummy kat bilik sambung berkemas dengan Dafiy. Pening kepala camana nak adjust beg, itulah datang bawak dua beg je, ini nak balik dah jadi 5 beg. Itu pun susu dan makanan Dafiy tinggal sebab dah tak cukup beg.
On the way ke airport singgah sekejap di Terminal Tas untuk tukarkan kasut Dania yang sempit. Masa timbang beg dah lebih muatan. Masa datang berat beg cuma 18kg bila balik berlebih2 berat. Daddy kena bayar untuk luggage Rp1.1 juta...kalau campur dengan hand luggage yang mummy dan daddy bawak rasanya dekat Rp1.5juta kut kena bayar...
Alhamdulillah Mummy, Daddy & Dafiy selamat sampai ke rumah pukul 3.45pm. Rindunya dekat anak2 mummy. Tak sabar nak tunggu Danny balik sekolah naik van, mummy pergi sekolah jemput Danny. Melompat suka dia bila nampak mummy ambik dia.
No comments:
Post a Comment