20/02/2009 (Jumaat) - Hari ni mummy bersemangat nak gi jumpa dentis utk cabut gigi. So lepas hantar Danish dan Dania ke sekolah mummy terus gi ke Klinik Pergigian Dr Hasrim kat Tmn Sri Serdang. Mummy memang kerap ke situ. Masa sampai klinik, awal lagi baru kul 8.45 so tunggu jer lah depan klinik tu. Sempat gak pegi BSN dulu transfer duit ke Mama Shafiq untuk beli baja pokok kelapa sawit tinggalan atuk. Dah hampir kul 9.20 am klinik tak bukak lagi, mummy dah start nak cabut gi opis bila ada pembantu klinik tu bukak pintu. Mummy jadi org pertama, rupanya dr dah ada pun kat klinik. Rasa berdebar2 jer nak jumpa dr, so sempat gi toilet dulu.
So sebelum cabut dr check semua gigi mummy dia advice ler mana yang perlu tampal mana yang patut cabut. Sebelum dr cucuk mummy suruh dia sapu gel dulu kat gusi so tak ler rasa sakit sangat nanti. Lepas cucuk dua kali dr suruh mummy relax sekejap tunggu ubat bius tu bertindak. Dekat 15 minit dr check nak pastikan ubat tu dah bertindak ke belum. Dr cuba goyang2kan gigi, mummy tak rasa sakit pun. Tapi bila dr cuba nak cabut gigi tu mummy rasa sakit sangat. So dr berhenti kejap dan cucuk ubat bius lagi.
Dr kata dia akan bagi ubat bius sekali lagi dan cuba cabut, kalau tak berjaya gak, dia akan bagi antibiotik dulu untuk 2-3 hari dan lepas tu mummy boleh datang semula. Bila dah rasa gusi, lidah dan bibir makin kebas dr cuba cabut lagi, dia tolak2 gigi tu dulu nakbagi longgar kut tapi bila dia start nak cabut dan pusingkan gigi tu mummy dah angkat tangan sebab sakit. Nasib baik masa mummy angkat tangan tu dr dah berjaya cabut gigi mummy, lepas tu dr suruh berkumur2, banyak lak darah yang keluar. So dr bagi kapas dan mintak mummy gigit kuat2 untuk berhentikan darah.
Alhamdulillah dalam takut2 gigi mummy berjaya dicabut, dr bagi pain killer dan antibiotik. Dari klinik mummy duduk dalam keta dulu tunggu kurang sakit baru pegi ke office. Sampai office mummy telan pain killer sebiji sebab rasa sakit. Harap2 lepas ni tak der lah kena sakit gigi lagi... sakit gigi, sakit yang tak boleh ditolong oleh orang lain....
Anak2 mummy semua mesti jaga gigi dan jangan lupa hari-hari mesti gosok gigi.
Blog catatan kehidupan peribadi Mummy bersama hubby dan lima orang permata hati kami, Emmer Daniel, Adam Danish, Dania Batrisya, Emmil Dafiy dan Dhiya Danisha. Juga cerita-cerita tentang saudara dan suku sakat Mummy. Ada juga cerita kenangan bersama emak dan abah.Luv u all.
Friday, February 20, 2009
Thursday, February 19, 2009
Sakit Paling Sakit
13-17/02/2009 – Untuk sekian kalinya mummy sakit gigi lagi. Gigi yang dr buat temporary filling masa Dafiy dlm kandungan tu sakit semula. 5 hari yang betul2 mencabar kesabaran betul. Dari panadol active fast sampai dua jenis pain killer daddy belikan hanya boleh bertahan sakit untuk sementara je. Sepatutnya sehari maksimum 3x makan jer tapi disebabkan sakit sangat mummy makan 5x sehari. Dan kesannya hari ni mummy sakit dan pedih perut pulak. Ye lah makan ubat masa perut kosong, kalu tak makan ubat tak boleh nak makan pulak sebab sakit. Perut rasa ngilu dan bisa2 macam gastrik lah pulak, pas tu rasa mual cam nak muntak. Sakit gigi memang sakit yang paling sakit, mummy rasa biar ler sakit lepas operate bersalin tapi nak dibandingkan dengan sakit gigi memang sakit gigi lagi. Ni mummy memang nekad, hilang jer sakit gigi mummy nak cabut terus. Dulu dr kata sayang kalau cabut sebab lubang tu kecil jer tapi sampai ke akar, so dia advise buat root kernel. Tapi tu ler root kernel dekat RM900++ untuk sebatang gigi, so mummy decide nak cabut jer lah….
Tuesday, February 10, 2009
3D’s Birthday
Happy Birthday
To
08/02/02 (Sabtu) – Hari ni mummy dan daddy buat birthday party untuk 3D (Daniel, Danish & Dania). Memang setiap tahun sejak tiga tahun lepas mummy buat birthday party serentak untuk 3D. Ini disebabkan 3D lahir dalam bulan February dan Mac. Daniel 06/02 , Danish 27/02 dan Dania 25/03. Letih nak buat party tiap2 bulan. Nak senang buat serentak dan masing2 panggil kawan masing2. Walaupun buat birthday party serentak tapi pada hari lahir yang sebenar mummy dan daddy tetap sambut secara ringkas gak.
Ini birthday invitation card untuk kawan2 3D dan jiran tetangga.

Persiapan kat luar rumah.
Daddy with 3D before the party started.

Mummy with 3D before the party started.

Choc Moist Ben-10 cake for Daniel

Choc Moist Ben-10 cake for Danish

Choc Chips & Walnut Power Puff Girl cake for Princess Dania
Alhamdulillah ramai kawan2 3D, jiran2 dan saudara mara yang datang. Dan acara yang paling ditunggu2 oleh anak2 dan kawan2 semestinya acara potong kek. 
Princess Dania menikmati kek...nyum...nyum...sedapnya

Walaupun majlis sepatutnya dari pukul 2.30 – 6.00 tapi macam biasa ler pukul 8.00 mlm belum tutup kedai lagi.
Danny with his best friend Zulaikha. Ika datang lepas majlis selesai. Mummy Ika kata dari pagi Ika dah bersiap nak datang rumah Danny tapi ada emergency, kawan parah masuk hospital kena tetak. Tengok Ika dah siap2 pakai dress cantik macam princess. Tak apa Ika, Insyallah tahun depan Ika boleh datang lagi.

Lepas maghrib acara yang ditunggu2 3D, acara nak bukak hadiah. Dari petang masing2 merenggek nak bukak hadiah tapi Daddy tak bagi, tunggu lepas tetamu balik dan majlis dah selesai baru boleh bukak hadiah.


Apa hadiah dari M&D??? Sebenarnya M&D belum beli lagi hadiah untuk 3D. Danny kata dia nak kasut bola dan bola, Danish pun sama. Si Dania macam biasa nak barbie doll.
Lepas bukak hadiah 3D dah tak larat bukak mata lagi, masing2 tunggu nak zzzzzzzzzz jer...tengok ler muka letih masing2 ni...

Alhamdulillah makanan cukup untuk semua tetamu. Insyallah panjang umur dan murah rezeki majlis yang sama akan diadakan lagi tahun hadapan.
Saturday, February 7, 2009
Danny’s 7th Birthday
Happy Birthday To You...Happy Birthday To You...
Happy Birthday To
* DANNY *
Happy Birthday To You

06/02/2009 (Jumaat) – Hari ni umur Danny genap 7 tahun. Pagi-pagi bangun tidur mummy dan daddy terus tulis birthday card yang mummy beli semalam. Bila Danny bangun tidur mummy dan daddy terus wish danny dan bagi birthday card dia. Sekarang ni dia dah boleh baca so bagilah card kat dia terus. Sebenarnya setiap tahun mummy dan daddy memang bagi birthday card untuk Danny tapi mummy simpan jer dalam laci sebab Danny belum pandai baca. Nanti bila Danny dah umur 12 tahun dah pandai simpan barang mummy akan berikan semua birthday card untuk Danny dari umur Danny setahun.
Ini birthday card dari Mummy dan Daddy untuk Danny.
Balik kerja mummy beli kek untuk Danny. Lepas maghrib kami sambut birthday Danny anak beranak, tak der majlis apa2 pun cuma potong kek jer. Lepas potong kek kami pegi makan kat pizza-hut.
Ini lah kek untuk Danny, mummy beli jer kek yang dah siap, just tulis jer kat atas tu.

Danny dah tak sabar nak ngupppp kek....

Eh. ni birthday siapa ni, kenapa Dania yang tolong tiup lilin!!!! Nasib baik Danny sporting.

Nah ini untuk Daddy....Dania tengok macam nak jer...
Nah ini untuk Mummy pulak...

I luv u Daddy...cuppp...cuppp....

I luv u Mummy...cuppp...cuppp....
Thursday, February 5, 2009
Malang Tak Berbau
04/02/2009 (Rabu) – Lunch hour mummy keluar gi Restoren Anje kat Seksyen 15 BB Bangi tempah nasi briani gam untuk majlis harijadi anak2. Lepas tu mummy singgah kejap kedai kek Yummie beli keperluan untuk majlis harijadi nanti. On d way balik ke office sampai kat Persiaran Setia sebelum stesyen minyak Shell mummy terlibat dengan eksiden. Mummy nampak kereta kat depan brek mengejut dan mummy pun brek gak kereta tapi mummy rasa kereta macam mengelongsor jer dan lepas tu terasa hentakan yang amat kuat ke dada, kepala pening berpusing2 dan rasa cam nak muntah. Mummy cuba keluar dari kereta tapi cam nak tumbang. Lepas tu driver kereta depan datang ke mummy, ingatkan dia nak marah, rupanya dia tanya mummy ok ke tidak. Pas tu dia bagi air mineral. Mummy telefon bagi tau daddy. Nasib baik daddy ada kat area USJ, so dekat sikit dia nak datang. Bila dah ok sikit baru mummy keluar dan baru tau 4 kereta yang terlibat. Depan sekali perdana, kedua ford lama, ketiga camry dan last sekali kereta mummy. Nasib baik mummy tak kena langgar dari belah belakang. Alhamdulillah mummy selamat tak der cedera luar cuma kereta belah depan memang dah hancus dah jadi cam kereta Mr Bean. Pintu kereta depan kanan kiri memang ketat nak buat. Betul org kata klu eksiden tak sampai 2-3 minit tow truck sure dah sampai, dua tiga orang berebut2 explain itu ini dan bagi business card masing2. Mummy malas nak pikir, mummy kata kat dia org discuss dengan daddy nanti.
Ini lah jadinya kerete Viva mummy, nombor pun tinggal S6 jer, sekali tengok dah jadi cam keta Mr Bean kan.
Pintu kanan kiri memang susah nak bukak, nasib baik le mummy ni 'slim sikit' (hihihi...) boleh ler keluar dari keta tu.

Bila daddy sampai dialah yang call insurance company dan decide siapa nak tow keta tu. lepas tu kami terus gi buat polis report kat Balai Polis Kajang.
Ni la pengalaman pertama buat report accident. Dah ler kena parking jauh kat luar sebab public tak boleh park dalam balai. Mula2 buat report kat kaunter dulu lepas tu baru jumpa officer in-charge untuk ulang statement.
Masa tu gak mummy dapat saman RM300, sebab mummy keta yang last so consider mummy yang bersalah. Lepas mintak discount dapat ler kurang sikit, bayar RM200 jer, aduh dah ler keta hancus nak kena repair kena bayar saman pulak. Tak per lah nak buat camana dah bukan rezeki, alhamdulillah mummy selamat.
Masa kat balai polis dada dah semakin rasa sakit, so daddy bawak mummy gi check-up kat Hospital An-Nur, Dr check luaran ok tapi mummy tak puas hati so mummy mintak buat x-ray. Al-hamdulillah tak der tulang patah ke retak, Dr kata muscle pain jer dan akan ambil masa 3-4 minggu gak untuk baik. So dr bagi ubat sapu dan pain killer jer.
Itulah pengalaman yang boleh dikira mengerikan gak ler, kira trauma gak, malam tidur cam terbayang2 sampai termimpi2.
Ini lah jadinya kerete Viva mummy, nombor pun tinggal S6 jer, sekali tengok dah jadi cam keta Mr Bean kan.
Pintu kanan kiri memang susah nak bukak, nasib baik le mummy ni 'slim sikit' (hihihi...) boleh ler keluar dari keta tu.
Bila daddy sampai dialah yang call insurance company dan decide siapa nak tow keta tu. lepas tu kami terus gi buat polis report kat Balai Polis Kajang.
Ni la pengalaman pertama buat report accident. Dah ler kena parking jauh kat luar sebab public tak boleh park dalam balai. Mula2 buat report kat kaunter dulu lepas tu baru jumpa officer in-charge untuk ulang statement.
Masa tu gak mummy dapat saman RM300, sebab mummy keta yang last so consider mummy yang bersalah. Lepas mintak discount dapat ler kurang sikit, bayar RM200 jer, aduh dah ler keta hancus nak kena repair kena bayar saman pulak. Tak per lah nak buat camana dah bukan rezeki, alhamdulillah mummy selamat.
Masa kat balai polis dada dah semakin rasa sakit, so daddy bawak mummy gi check-up kat Hospital An-Nur, Dr check luaran ok tapi mummy tak puas hati so mummy mintak buat x-ray. Al-hamdulillah tak der tulang patah ke retak, Dr kata muscle pain jer dan akan ambil masa 3-4 minggu gak untuk baik. So dr bagi ubat sapu dan pain killer jer.
Itulah pengalaman yang boleh dikira mengerikan gak ler, kira trauma gak, malam tidur cam terbayang2 sampai termimpi2.


