Terbiar lagi blog Mummy ni, tak tau la sekarang ni memang tak de mood nak memblog. Selain dari mood yang merudum, kat office baru jer selesai buat financial audit. So memang sangat2 bush dalam 2 minggu kebelakangan ni. Tapi alhamdulillah dalam sibuk2 Mummy sempat buat kenduri kesyukuran hari Sabtu yang lepas (18/5/2013). Kenduri nak sambut puasa, sambut ulang tahun kelahiran anak2 dan ulang tahun perkahwinan Mummy n Daddy yang ke-15. Plan asal nak buat pada minggu sebelumnya 11/5/2013 (sama tarikh anniversary) tapi agak terlewat inform orang surau pulak.
A week before Mummy dah beli sikit barang2 untuk jadikan doorgift
Malam sebelum majlis anak2 bersungguh2 nak hias belon dalam rumah
Anak2 la tukang tiup belon
Daddy tolong gantung
Lampu menjadi mangsa belon2....hehe
Malam tu memang Mummy tidur agak lewat, hampir pukul 2am Mummy baru tidur gara2 naks iapkan pulut kuning. Mummyd ahs etkan jam nak bangun awal dalam pukul 5 tapi langsung tak dengan alarm bunyi, sedar2 dah pukul 6.15 am. Memang kelam kabut sikit la. Nasib baik bibik dah bangun awal dan keluarkan barang-barang yang Mummy nak masak.
Kali ni memang bersilat sikit la sebab selalunya Mummy buat jamuan lepas Zohor tapi kali ni pukul 11.30am dah panggil orang surau dan jiran2 lelaki untuk baca doa selamat.
Dengan muka melengas boleh keluar sekejap gi ambik gambar...hahaha
Lepas bersilat dan bertaici akhirnya ready nak menyambut tetamu.
Mummy ni mengigau sambil berjalan ni...hehehe. Final touch sebelum tamu datang. Kemas apa yang patut.
Kek pun dah ready atas meja
Siap dah
Untuk kenduri kali ni menu Mummy lebih kurang sama jer dengan menu kenduri2 yang lepas, main menu nasi briyani (yang ni as usual order kat Restoran Anje je), nasi putih dan m enu2 kampung Mummy masak sendiri la, tambah soto dan kuih muih sikit. Jom la layan jer.. jamu mata
Main table
Nasi briyani dan aksesori... ayam masak merah, daging masak briyani, dalca, papedom dan jelatah
Nasi putih lauk lemak cili api daging salai + pucuk ubi, sayur goreng, ikan goreng dan rendang tok (tumbuh muscle u Mumy kacau rendang ni)
Sambal belacan meletopsss pedas and ulaman2
Wajik, swiss roll dan kek pelangi petang. Swiss roll tu Mummy beli untuk buat trifle ada berlebih so potong je le. Wajik tu terlembik sikit Mummy buat... tapi sedapppp (hehehe...puji sendiri ler)
Agar2 santan, trifle dan cheese tart. Cheese tart tu special request dari Mama Miraki dan anak daranya. Sampai tengah malam Mummy siapkan
Nugget sosej untuk anak2 kena ada
Karipap dari Klang dan Koleh kacang dari Cheras... terima kasih kekanda2ku
Meehoon soto tanpa bergedil.... tak sempat dah Mummy nak buat bergedil
Alhamdulillah ramai orang surau dan jiran lelaki yang dapat turut serta semasa bacaan yassin dan doa selamat dijalankan
Jemaah dari surau
Tamu pertama Mummy
Tengok budak2 ni sibuk dengan gadget masing2....
Posing2 dulu la ngan Mama Miraki sebelum tamu lain ramai datang


























1 comment:
erghh..kenyang tenguk menu2 atas meja
Post a Comment