19/05/2005 (Selasa) - Cepat betul masa berlalu, dalam sedar tak sedar lagi dua minggu sekolah bercuti. Ini bermakna mummy dan daddy ada masa yang terhad untuk buat preparation pindah rumah. Banyak lagi yang belum siap. Urusan pindah sekolah Danny dah 50% siap, kelulusan dari Jabatan Pendidikan dah dapat, sekarang ni tinggal nak dapatkan personal fail dari Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka, once dapat personal file terus daftar ke Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 bangi. Bolehlah teruskan daftar kemasukkan darjah satu untuk Danish dan Dania sekali.
Untuk rumah ni, Mummy dan Daddy tak ada buat apa2 major renovation. Setakat perkara2 yang basic sahaja. Buat transformasi kecil2 jer...
Ini kawasan lapan di kiri dan hadapan kawasan rumah. Limited budget, so buat masa ini Daddy upah orang tanam rumput carpet dan tabur batu sungai jer. Tunggu ler dulu kut2 nanti ada rezeki lebih, boleh le buat landskap yang proper dan elok sikit.
Dari pintu tambahan guest room tu boleh keluar ke kawasan tanah lapang tu. So Daddy letak step stones.
Harap-harap hiduplah pokok2 tu. Masalah sikit sebab air dari bumbung bila jatuh kena kat kawasan garden tu. Daddy dah letakkan batu bata keliling batas tu untuk elakkan pasir dan tanah terkeluar ke kawasan rumput.
Ini bilik Dania. Warna asal dia putih plain. So mummy plan nak cat warna hot pink untuk feature wall dan light pink untuk dinding2 yang lain. Wardrobe mummy pilih hot pink dan putih biar match dengan dinding. Projek mengecat ni baru 60% siap.
Hujung minggu ni mummy cuba habiskan mengecat la. Yang lecehnya nak mengecat bahagian atas yang dekat dengan siling tu. Selain kena panjat tangga nak kena mendongak le pulak. tak apa lah yang itu mummy mintak daddy tolong siapkan.
Untuk bilik Danny dan Danish tak cat lagi pun. Tapi plan nak cat warna biru. Standard ler pink for the girl and blue for the boys.


2 comments:
transformasi besa-besaran gak tu gee....kolam ikan dah siap lum
beli ikan jer kat pasar senang,
Post a Comment