Tuesday, May 19, 2009

Moving Out Moving In - Part 1

Mummy dah start mengemas barang2 dan kain baju yang nak dibawa. Bibik pun mummy suruh kemaskan barang2 personal dia. Mummy start dengan kemas baju budak2 kat bilik bawah. Hampir 2-3 hari juga berkemas tapi tak siap lagi. Tapi mummy dah sort mana yang nak bawak dan mana yang nak bagi kat orang dan mana yang nak buang atau buat kain lap.


Mana baju2 yang boleh recycle mummy simpan. Yang anak2 mummy tak muat pakai mummy bungkus elok2 dan asing2kan. Banyak baju2 budak2 mummy bagi kat jiran2. Baju2 mummy pulak banyak mummy bagi pada bibik belakang rumah. Lega bila tengok baju yang mummy bagi kat dia oragn tu dipakai.


Pinggan mangkuk pun mummy dah start kemas dan bawak sikit2 ke rumah bangi. Tinggalkan pinggan2 yang selalu mummy gunakan jer.


Baju daddy langsung mummy belum kemas. Banyak sangat baju daddy, tak tau mummy mana yang dia nak pakai mana yang dia tak nak lagi.


Lepas ni mummy kena kemas fail2 dan dokumen2 yang agak berterabur.

Ini sebahagian daripada kain baju yang dah dibawa ke bangi, mummy humban semua dalam guest room.


No comments:

Post a Comment