Tuesday, May 26, 2009

Moving Out Moving In - Part 2

23-24/05/09 - Weekend ni mummy operasi baju2 Daddy pulak. Tengoklah penuh dalam wardrobe tu semua baju Daddy. Itu tak campur lagi yang gantung kat bilik sembahyang kat bawah. Siapa kata lelaki tak banyak baju...hiiii...

Lepas kemas baju Daddy mummy pergi ke rumah Bangi pulak nak tengok apa progress. Di dapor barang2 masih dalam kotak lagi belum diunpacked.


Hampir senja baru kerja2 memasang oven dan lain2 selesai. Kerja akan disambung minggu hadapan kerana solid surface untuk table top tak siap lagi. Hopefully by middle of next week siap.



Tengok keadaan kat dining dan living area. Bersepah2 dengan barang2 yang dibawa dari Nilai dan sampah2.



Danny tak lepas peluang beraksi di depan built-in wardrobe dan study table dalam biliknya. Danny nanti akan sharing bilik dengan Danish.

Mummy dan Daddy bagi peluang pada 3D untuk mengecat bilik. Of course blue for the boys. Tapi jenuhlah juga mummy terjerit2 bila dia orang suka2 main cat tu. Dia orang buat tak lama, kejap jer dah jemu dan penat. Yang lama tolong si Danny.



Lepas penat mengecat 3D main kotak dan gabus kat bawah. Lepas tu masing2 sibuk nak bawak kotak dan gabus tu balik ke rumah Nilai.

Daddy dan Dania sempat main buaian depan rumah.

2 comments:

  1. wahhh...cantik rumah...ini transormasi besar-besaran kira ni gee..cantikl er buaian tu..beli kat mana erk...

    ReplyDelete
  2. buai tu beli kat Nilai 3 jer ...gantung kat bawah pokok rambutan kat kampung tu bagus...hihi

    ReplyDelete