Tuesday, July 26, 2011

Happy Birthday Buat Ex-Tunang!

27 Julai 2011 (Tuesday) - Happy birthday untuk ex-tunang Mummy yang tersayang... buang tabiat ke apa Mummy ni nak ingat2 bday ex-tunang, dah ex tu biar je la buat apa nak ingat2 lagi...ye tak? hehehhe. Apalah uols ni mana boleh lupa ex-tunang yang ni sebab status ex-tunang tu dah bertukar status menjadi hubby Mummy sejak 1998...heheh. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki yang halal, diberikan kesihatan yang baik dan terus menjadi suami dan daddy yang baik kepada kami semua.

Kakak Mummy si YB Bukit Mutiara pun celebrate bday dia hari ni gak. Happy birthday Som. Mesti nak celebrate meriah tu siap ambik cuti lagi hari ni.

Nilah ex-tunang Mummy yang dah bertukar status menjadi hubby Mummy sejak 1998...heheh

Happy bday daddy... we luv u sooooooooo much... from Mummy & anak2 

All in d family.... 

Monday, July 25, 2011

Nak raya dah....

Orang sibuk dengan beli baju raya or tempah langsir baru Mummy sibuk beli bahan2 untuk kuih raya...heheh. Amboi2 Mummy ni posa tak start lagi, sakan pulak dia beli bahan2 buat biskut raya ye. Sekarang ni kan Mummy tak de maid so dah kebetulan ada masa free sikit hari Jumaat lepas Mummy pergi ke kedai bakery. Nanti kalui dah bulan puasa malas nak keluar rumah lagi pun dah tak ada bibik ni kena pandai2 la adjust masa. Kena banyak korbankan masa tidur dan masa2 santai layan FB dan update blog, kalau tak cam tongkang karam le rumah jawabnya...apa2 hal pun kena allocate sikit masa rehat utk diri sendiri...

Antara bahan2 yang Mummy dah beli


Whole almond, almond stripe, almond nib & walnut

Milk choc, choc syrup, choc cip duo color choc chip, paper cup, bubble rice

Brown sugar, bread crumb, kelapa kering

Green & red cherry, soda & baking powder, essence vanilla


Korang agakkan kalau tengok antara barang2 yang Mummy dah beli tu apa biskut raya Mummy nak buat tahun ni? hehehhe. Alah cam tahun2 lepas gak... kebanyakkannya biskut2 berasakan choc... anak2 dan Mummy ni kan hantu choc....oklah Mummy nak buat almond london, almond snow, almond choc cluster dan biskut kelapa. Klu rajin nak buat cornflakes madu dan  biskut mazolla. Ok dah cukup ... as usual Mummy jarang beli biskut raya, semua memang homemade la.... 

Friday, July 22, 2011

Down w Fever

Mummy & Dafiy demam. Malam tadi panas betul demam Dafiy. Tengah tidur dia terbatuk dan muntah atas badan Mummy... huhuhu malam2 kena mandi muntah. Ni nak kena gi office gak sekejap. Lepas urusan selesai baru nak pegi klinik.

Wednesday, July 20, 2011

One Egg Chocolate Cake

Last weekend Surya jiran depan rumah Mummy bagi chocolate kek yang sangat2 sedap. Mummy dah mintak resepi kat dia. Resepi tu dia ambik dari buku resepi. Biasalah kan nak bagi kek2 sempoi yang kita buat nampak mewah kena bagi nama2 yang panjang dan gah sikit... baru ada comercial value... betul tak.... so nama glamour kek tu One Egg Chocolate Cake atau boleh panggil Sebiji Telor Coklat Kek or Coklat Kek Sebiji Telor....heheh. 


Jom weekend ni kita buat kek sedap ni. Tak yah letak topping2 pun memang dah sedap kek ni. Kek ni sangat2 lembut dan gebuzzzzz


One Egg Chocolate Sponge from Edmonds Cookery Book


Methods:
  1. pre-heat oven to 190 degrees Celsius.
  2. grease a 20cm round cake tin and line base with baking paper.
  3. melt butter and syrup in a small saucepan.
  4. pour melted ingredients into a small bowl.
  5. add egg and sugar, beat well.
  6. sift cocoa, flour and BAKING POWDER together.
  7. fold sifted ingredients and essence into egg mixture.
  8. dissolve baking soda in milk.
  9. fold into egg mixture.
  10. pour mixture into prepared pan and bake for 30 minutes or until cake springs back when lightly touched.


  1. 11 leave in tin 5 minutes before turning out onto wire rack.
  2. 12 when cold ice with chocolate icing.


Read more: http://www.food.com/recipe/one-egg-chocolate-cake-212511#ixzz1ScZnflpo

Tuesday, July 19, 2011

Jom shopping raya

Uols dah shopping baju raya ke belum? Amboi2 ada yang dah siap iron dan tergantung dalam almari je baju2 raya korang anak beranak ye. Nampaknya Mummy la yang dah ketinggalan keretapi ni ... huhuhu


Tak pe tak pe... hujung bulan ni Mummy akan shopping raya (rasanya rimau dah mengaum masa tu atau pun dah tinggal saki baki je RM...). Jom2 sapa nak ikut kita gi Sogo ramai2 29-30 July 2011 9am-11pm ada Member Sales. Mama Miraki jom kita amik cuti dan pergi sama2. Cam biasalah Mummy antara orang yang akan beratur sebelum pintu Sogo tu terbuka....ahahhah. Actually bukan nak beil baju Mummy pun tapi nak beli baju anak2 je. Mummy dah beli 3 pasang kain utk baju kurung Mummy dan Dania cuma tak sempa2 lagi nak hantar ke personal tailor Mummy tu...heheh.

Oklah sebelum gi shopping kalau nak gi survey dulu barang2 yang nak dibeli klik kat sini.