Thursday, May 19, 2011

Majlis Pertunangan SIL

N3 yang agak terlewat sebab kesibukan tuan tanah...


Last week Mummy balik kg Daddy sebab adik ipar Mummy nak bertunang. Letih nak tulis panjang2, layan je la apa yang ada ni.


Kamaliza @ Mak Su ... adik daddy yang bungsu... senyum dalam duka. Teringat arwah MIL yang genap pergi setahun.

Kali ni tuan punye blog tak sempat nak melaram ngan baju kebaya ketat yer... kena pakai 'unipom' rasmi kat dapor... lagipun cuaca tersangat2lah panasnya cam malas le nak berposing sakan..huhuh 

Jom kita layan apa barang2 hantaran yang ada. Walaupun ikut perancangan hantaran setakat 7 dari pompuan dan 5 dari lelaki tapi dari pihak pompuan hantaran2 ni dah beranak2 la pulak dah jadi 20++, biasalah duduk kat kampung kan jiran2 semua mesra alam so ramai lah jiran tetangga yang bagi hadiah untuk dijadikan hantaran. Actually Mummy kagum dengan makcik2 tu yang sangat2 kretif.



Choc bouquet... klu ada rasa nak order silalah gi ke sini

Orange flavour choc praline

Hah cili pun buat hantaran???? Ops jangan silap tu sebenarnya bukan cili ye kawan2, itu adalah sejenis cookies/biskut rasa kacang2. Disalut dengan gula ke agar2 nipis.... tapi tangkai cili tu tangkai cili betul la... kretif kan makcik2 ni....


Ini kuih putu beras...kuih orang2 lama ni.... boleh tahan bertahun... simpan sampai raya boleh hidang kat tamu


Jambangan bunga ni dibuat dari buah lai yang dipotong2 nipis dan dikeringkan dijadikan halwa


Jeli biasa tapi dah dijadikan jambangan bunga


Sesikat pisang.... tak tau dalam pisang tu isi apa... tapi Mummy rasa gula2 or choc, yang kuning tu actully sponge nipis...kretif2..


Bunga rampai


Articifal fruits


Tart nenas


Puding koko + jagung .. comel kan


Arwah MIL dah tak ada, tinggal Mak Lang dan Mak Su


Boleh pandang-pandang, Jangan pegang-pegang, Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang, Biar malu-malu, Biar segan-segan
Kerna malu itu perisai orang beriman ... insyallah mereka berdua akan disatukan 25 Nov 2011

Monday, May 16, 2011

Celebrating My Wedding Anniversary

Barulah boleh publish n3 yang dah lama terperangkap dalam draft mode disebabkan masalah tak boleh nak sign-in ke blogger... hiii. Layan je la... walau dah terlewat


11-05-11 (Rabu) - Tiada majlis besar2an untuk meraikan ulang tahun perkahwinan Mummy & Daddy. Lepas solat Maghrib kami buat bacaan yassin dan doa selamat anak beranak je.


Lunch hour Mummy nasi ayam penyet Wong Solo dan walnut brownies kat Resepi Rahsia je utk staff kat opis ni. Baking mood Mummy tengah merudum tu yang malas nak bake cake or brownies sendiri...hehehe.


Saja je mengatal posing potong kek ni...hehhe


Gado-gado special dari Wong Solo gak.... Mummy suka sangat kuah kacang dia... pedas2 manis


Ayam penyet Wong Solo .... still d best compare dengan ayam penyet kat kedai2 lain...


Walnut choc brownies dari Resepi Rahsia


Thank Q Sally 'K-Pop' yang jadi runner untuk pegi beli nasi kat Wong Solo dan brownies kat Resepi Rahsia

Lepas solat bawak anak2 makan kat luar. Ikut je mana dia orang nak makan. Dia orang kalau diberi pilihan mestilah nak ke IceRoom. Lepas order makan cam biasalah posing dulu sementara tunggu makanan sampai...


Alhamdulillah kamidah hidup bersama selama 13 tahun. Semoga jodoh kami berpanjangan ke akhir hayat

4 little angels yang sentiasa menyinari hidup kami selama ini. Mummy & Daddy sayang sangat kat semua.

Si Dafiy yang semakin banyak cakap...dan kuat menyakat si Dania. Si Dania ni asyik terjerit2 je sebab rambut dia asyik2 kena tarik dengan Dafiy je.

Apasalah Danish ambik gambar ni sampai goyang pulak...

Besar dah anak dara Mummy ni.. tapikan...psttt... dia masih minum susu dalam botol lagi... ni masuk dalam kategori penghisap susu tegar ni...hihih

Milk mango smoothies untuk Dania, apple juice untuk Daddy & Danish, strawberry smoothies untuk Danny & apple juice +plum untuk Mummy.... air kat IceRoom memang sangat2 pure dan mablesss

Beef stick untuk Daddy dan spagetthi untuk Danny

Seafood meehoontomyam untuk Mummy & Meehoon goreng untuk Dania

Nasi goreng pupular untuk Daddy dan nasi goreng kampung untuk Danish... cam sama je nasi goreng ni, besar cuma yang satu ada telor mata...heheh

Daniel order 2 plates spagetthi... dia habis makan 1.5 plates...

2 slice tiramisu cakes... hajat dihati nak buat kek 13 tingkat ..hehehhe

Jangan le jeles pula ye Mummy nak bersuap2an ngan Daddy... tengok tu Dafiy tak kisah pun.... hehehe

Happy Teacher's Day




Sekolah pertama tempat Mummy mengenal ABC dan 123. Sekolah Kebangsaan Seri Chantek (cantik???). TQ kepada Cikgu Mokli Kassan, Cikgu Mohamad Salleh, Cikgu Hamid (hensem...), Cikgu Hamdan, Cikgu Wahid dan semuanya...Tak taulah samada mereka masih ada lagi atau telah pergi menemuai yang esa. Semoga mereka sentiasa dibawah lindungan yang Esa

Sekolah Menengah Rendah PS : Cikgu Ridhuan Yahya, Cikgu Taha, Cikgu Yahya, Cikgu Zainab, Cikgu Mat Zain, Cikgu Norbi, Cikgu Faridah, Cikgu Jalimah, Cikgu Mat Noor, Mr Tan

Sekolah Menengah Dato Sulaiman : Cikgu Samian, Cikgu Azizul Rahman, Allahyarhamah Cikgu Ruhila (cikgu cantik...), Ustaz Othman, Mrs Tan, Cikgu Siow....

Wednesday, May 11, 2011

Our 13th Wedding Anniversary

11/05/2011 - Hari ni ulangtahun perkahwinan Mummy dan Daddy yang ke-13. Semoga jodoh kami dikekalkan hingga ke akhir hayat dan semoga kami dipanjangkan umur dan diberi kesempatan untuk melihat anak2 kami berjaya... Ameeen.

Untuk Daddy, I luv you yesterday, today & forever. Thanks for being my good husband .... janganlah uols jeles yer..Mummy nak cintan cintun sikit ngan Daddy hari ni....

Masa 5th wedding anniversary... masuk studio untuk bergambar

Untuk studio photo ni, dia orang make-up Mummy hampir 2 jam you... sampai nak terlelap2 Daddy tunggu... patutlah artis yang 'gitu2' je rupa dia bila dah make-up pun boleh jadi cun melecun... ini kan pula Mummy yang memang dah sedia cun bila make-up lagi2 lah tersangat cunnye.... hehehe

Tuesday, May 10, 2011

Ingatan dari anak-anak


Card dari Daniel..


Ibu engkaulah ibu sejati
Membelai, mengasuh dan menjagai diriku
Tanpamu aku penat dan lelah
Ibu dikaulah insan yang ku sayangi

Dikaulah yang ku hormati
Tanpamu siapalah diriku ini
Ibu sanggup kau meninggalkan aku, tanpa kuduga 
Menyahut panggilan Illahi
Ke mana lagi harus aku mengadu
Kerana syurga di bawah tapak kakimu..
... inilah sajak yang Danny baca masa pertandingan last week... Mummy sedih ni...

Saya takkan melukakan ibu.... huhuhu... sedihnya

Card dari Dania...


Saya sayang ibu sebab ibu saya pandai buat print gambar princess sebab itu saya sayang ibu saya...




Teringkat pulak card yang Danish bagi last yer dan dia tulis ""Saya sayang ibu sebap ibu saya pandai memasak lemak cili api sebap itu saya sayang ibu. Saya sayang ibu".

Macam2 perangai anak2 apa2 pun Mummy bersyukur anak2 yang selalu menghiburkan hati Mummay. Anak2 yang selau membuatkan rumah ni dah macam nursery. Mummy luv semua.