Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Thursday, May 19, 2011

Majlis Pertunangan SIL

N3 yang agak terlewat sebab kesibukan tuan tanah...


Last week Mummy balik kg Daddy sebab adik ipar Mummy nak bertunang. Letih nak tulis panjang2, layan je la apa yang ada ni.


Kamaliza @ Mak Su ... adik daddy yang bungsu... senyum dalam duka. Teringat arwah MIL yang genap pergi setahun.

Kali ni tuan punye blog tak sempat nak melaram ngan baju kebaya ketat yer... kena pakai 'unipom' rasmi kat dapor... lagipun cuaca tersangat2lah panasnya cam malas le nak berposing sakan..huhuh 

Jom kita layan apa barang2 hantaran yang ada. Walaupun ikut perancangan hantaran setakat 7 dari pompuan dan 5 dari lelaki tapi dari pihak pompuan hantaran2 ni dah beranak2 la pulak dah jadi 20++, biasalah duduk kat kampung kan jiran2 semua mesra alam so ramai lah jiran tetangga yang bagi hadiah untuk dijadikan hantaran. Actually Mummy kagum dengan makcik2 tu yang sangat2 kretif.



Choc bouquet... klu ada rasa nak order silalah gi ke sini

Orange flavour choc praline

Hah cili pun buat hantaran???? Ops jangan silap tu sebenarnya bukan cili ye kawan2, itu adalah sejenis cookies/biskut rasa kacang2. Disalut dengan gula ke agar2 nipis.... tapi tangkai cili tu tangkai cili betul la... kretif kan makcik2 ni....


Ini kuih putu beras...kuih orang2 lama ni.... boleh tahan bertahun... simpan sampai raya boleh hidang kat tamu


Jambangan bunga ni dibuat dari buah lai yang dipotong2 nipis dan dikeringkan dijadikan halwa


Jeli biasa tapi dah dijadikan jambangan bunga


Sesikat pisang.... tak tau dalam pisang tu isi apa... tapi Mummy rasa gula2 or choc, yang kuning tu actully sponge nipis...kretif2..


Bunga rampai


Articifal fruits


Tart nenas


Puding koko + jagung .. comel kan


Arwah MIL dah tak ada, tinggal Mak Lang dan Mak Su


Boleh pandang-pandang, Jangan pegang-pegang, Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang, Biar malu-malu, Biar segan-segan
Kerna malu itu perisai orang beriman ... insyallah mereka berdua akan disatukan 25 Nov 2011

Monday, February 2, 2009

Mulanya Di sini....

Selama ni mummy tak pernah ambik pusing orang berblog sana berblog sini, sesekali ada lah baca blog member2 tapi untuk buat blog sendiri cam buang masa jer. Idea nak berblog ni timbul bila Mama Miraki (adik) meminta mummy membuatkan blog untuk beliau. So dah terlanjur buat blog untuk dia mummy pun buat ler blog untuk diri sendiri. So dalam blog ni akan mummy tuliskan perjalanan hidup mummy bersama daddy dan empat orang anak2 mummy (Emmer Daniel, Adam Danish, Dania Batrisya dan Emmil Dafiy) yang sedang membesar, semoga suatu hari nanti boleh menjadi kenang-kenangan...

Gambar ni diambil semasa raya 2008.