Friday, October 22, 2010

Jumaat datang lagi ....

Assalammualaikum.

Salam Jumaat untuk semua. Bertandang lagi penghulu segala hari... hari yang paling dinanti2kan oleh orang2 yang bekerja makan gaji cam Mummy ni... rasa semakin cepat masa berlalukan. Sekejap je dah masuk bulan November dan tak lama lepas ni bertukar tahun lagi dan umur kita pendek setahun lagi...

Weekend nak buat apa ye? Emm kalau minggu2 sebelum ni asyik gantung periuk belanga memenuhi undangan open house, minggu ni gantung periuk belanga gak pergi jemputan kenduri doa selamat orang nak pergi haji pulak.

Sabtu kakak Mummy Datin S dan Datuk T buat kenduri doa selamat selepas Zohor. Dan hari Ahad pulak officemate Daddy buat kenduri doa selamat selepas Zohor gak. Best gak dengar sana sini orang pergi haji kan. Bila la giliran Mummy pulak ye.

Tak sabar nak tunggu esok sebab kakak2, abang dan suku sakat Mummy yang dari selatan pun dengarnya akan datang ke rumah Datin S gak.... best2 dapat berkumpul ramai2... rasa cam nak raya la pulak...

Oklah untuk yang akan drive nanti, berhati2 ye dijalanraya. Kalau letih nak drive ke Gombak singgahlah dulu kat Bangi...c u thereeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!

Wednesday, October 20, 2010

20-10-2010

20102010

Date yang cantik lagi untuk tahun ni, kalau jatuh on weekend mesti dah bersusun2 orang pilih tarikh ni untuk tunang ke kahwin ke or bersalin....

Pengat vs Bubur

Pengat keladi ke bubur keladi? Apa beza pengat dan bubur?.... cepat2 tu soalan tu akan masuk dalam SPM tahun ni... Kalau ikut pakcik Google kan (waaa Mummy sempat tanya tu kat pakcik google pasal bubur dan pengat, pakcik google tu makan ke bendalah tu ek...?).

Bubur merupakan sejenis masakan yang menggunakan banyak air (sup pun banyak air kan...hahah). Bubur tak semestinya manis. Bahan asas bubur selalunya bijirin...bubur nasi, bubur lambuk, bubur kacang merah, bubur kacang hijau, bubur pulut hitam, bubur gandum, bubur jagung dll...


Pengat secara umumnya merujuk kepada jenis kuih yang dimasak dan dihidangkan berendam dalam kuah yang manis. Boleh dihidangkan sejuk atau panas tapi kalau yang sejuk dan letak ais ketul2 tu lagi best... Selalunya dijadikan sebagai pencuci mulut, tapi kalau nak makan masa breakfast pun sapa nak marahkan...hehehhe (Mummy tengah breakfast pengat sambil menaip ni...heheh). Sangat2 tak sesuai untuk orang yang ada kencing manis... hehehe... Dan bahan asas untuk buat pengat selalunya buah2an dan sayuran yang berubi... pengat keladi, pengat pisang, pengat ubi, pengat nangka, pengat labu (yg ni best... i likeeee),

Apa ke hal Mummy awal pagi dah merepek2 pasal pengat ngan bubur ni kan... hihih... Alah saja je, petang semalam Mummy ada masak pengat keladi itu yg nak cerita pasal pengat ni. Mummy beli keladi dua biji so Mummy masak sebiji je dulu. Yang sebiji lagi tu rasany anak goreng je la bila2. Banyak tu sebiji sebab besar, pas tu Mummy letak sagu biji sikit... makan sendiri mana nak habis, so bagi kat jiran sikit.


Jemputlah makan yer...

Pengat keladi ni kalo kena dengan keladinya memang akan jadi creamy gitu.. keladi yang tersangatlah lembutnye... baru perasan camera Mummy ni date dia lewat sehari rupanya... hahaha




Monday, October 18, 2010

Orange & poppy seed muffin...

Lama tak buat N3 baking2 kan... oklah ni N3 baking2 yang dah agak basi gak la. Jumaat lepas balik dari opis mood untuk membaking datang mendadak. Sampai rumah baru kul 6pm so ada masa sejam lagi tu sebelum maghrib... so Mummy pun terus bukak kain (kain je bukak, baju kurung ada lagi yer... alah cam tak biasa pulak...) dan terus bersilat kat dapor. . .. Mummy teringin nak makan muffin oren atau nama glamour dia "Orange Poppy seed Muffin" a.k.a "Mufin Oren Kas2". Dah lama mummy nak buat muffin ni tapi mood tak datang2 la pulak... nak baking2 ni kena tunggu mood gak, klu tak nanti tak menjadi... hehhee. Cam biasa Mummy guna resepi dari Cik Mat Gebu. Kalau nak tengok resepi asal klik di sini. Mintak izin C&P ye Mat Gebu. Tapi Mummy ada ubah2 sikit resepi ni sesuaikan dengan bahan2 yang ada kat rumah. Mummy malas nak potong2 butter so Mummy doublekan resepi Che Mat Gebu tu.

Bahan-Bahannya :-)
250 g unsalted butter (boleh guna butter biasa)
250 g gula perang (brown sugar)
1 camca teh ovallate
1 camca teh garam halus (Mummy tak letak sebab guna butter biasa je)
300 g tepung halus (Mummy guna tepung gandum je)*
2 camca teh baking powder*
20 g susu tepung*(*disatukan dan ayak)
50 g serbuk badam
4 biji telur gred A
30 g popy seed (biji kas-kas)
2 biji oren, parut kulitnya dan perah jus (Mummy ganti dengan 3 sudu makan pati oren sunquick je)
kismis & kulit oren kering (Mummy tambah sendiri)


Cara membuatnya :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 170C. Putar mentega, gula perang dan ovallate hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus putar hingga kembang. Masukkan parutan kulit oren, gaul rata.
  2. Satukan tepung yang telah diayak bersama popy seed dan serbuk badam, gaul rata. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang seli dengan jus oren hingga habis. Gaul rata.
  3. Sudukan ke dalam muffin cup, atau paper cup yang dialas dalam muffin mould (seperti gambar disini..), 3/4 penuh. Buat hingga siap dan bakar 12- 15 minit. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan. Mummy hias kat atas dengan almond slice. 
Nampak gebus kan....

Close-up sikit.... tengok tu penuh ngan poppy seed, kismis dan kulit limau. Mufin yang sungguh moist dan lembut...

Muffin ni sangat2 sedap, ada rasa masam2 manis. Kalau uols teringin nak makan muffin ni tapi malas nak beli bahan2 dia yang berbagai tu, beli jer muffin mix yang dah siap. Balik rumah tinggal pecahkan telor, tambah minyak jagung, letak air dan tuang muffin mix tu. Pas tu masuk dalam paper cup , bakar...siap. Tapi kalau itu pun uols rasa cam susah... pegi je la kedai kek dan beli muffin tu 2-3 ketul atau order je kat Mummy...hahaa

Hasil dari kebun....

Assalammualaikum...semua. Salam pagi Isnin. Camana pagi ni? Ada bagus? Dah lepas cuti 2 hari, kena la bersemangat untuk gi kerja. Tapi sebelum gi kerja jangan lupa breakfast dulu. Tak kisahlah breakfast apa pun, minum secawan air jer pun ok. Tapi kalau pagi2 cam ni dapat makan ubi rebus yang tersangat empuk pun best gak kan. Tak kisahlah nak cicah ngan apa pun, kelapa parut ke, ikan bilis, ikan masin or sambal ikan bilis.

Tapi Mummy punya breakfast pagi ni 'ubi rebus samin'... ubi tu rebus cam biasa. Lepas tu gorengkan ikan bilis dan bawang sampai garing dan tuangkan ke dalam ubi yang dah masak tu... tuang sekali minyak yang kita gunakan untuk goreng ikan bilis ngan bawang tu.. tapi janganlah banyak sangat minyak tu dan janganlah gunakan minyak yang dah guna untuk goreng ikan masin pulak...hehehe

Ubi rebus panas2 pekena ngan teh-o or kopi-o. Hah dah makan tu jangan lepak2 lagi...cepat gi motong getah dah naik harga ni...  buah sawit tu pun cam dah gugur je cepatlah petik....

Ubi rebus pagi ni adalah hasil kutip dari kebun semalam. Tapi hasil kebun orang lain lah bukan kebun Mummy... heheh. Kebun Mummy sekangkang monyet kat belakang rumah tu mana ada hasilnya... cuma pokok limau purut, pokok kari dan pokok pelembut daging je yang hidup... tu pun cekiding je... Semalam pagi2 kul 6.30am lagi Mummy dengan gigihnye dah pergi ke pasar Salak. Rasanya masa tu ramai lagi orang tengah zzzzz. Nak beli daging salai punya pasal...

Bodyguard @ assistant Mummy ke pasar... muka tak mandi pagi tapi tetap macho...


Suasana kat pasar masih lengang... ada gak orang jual kopi fresh cam kat PS. Kopi 3K (Kopi Kampung Ku)

Tujuan utama nak beli daging salai so terus tuju kedai jual daging ni...kalau lambat melepas. Lagipun daging salai ni dia jual tak banyak, Mummy rasa ada dalam 5-6kg jer, ye la orang beli daging salai ni pun sikit2 je...so bila Mummy nak beli 3kg dia cam tak percaya jer... hhehe. Banyaknye apa Mummy nak buat ngan daging salai tu sampai 3kg? Actually Mummy punya sekilo jer dan yang lagi 2kg tu Mama Miraki punye. Sebelah daging salai tu kaki lembu yang dah dibakar, dulu abah suka beli... abah panggil kaki lembu tu 'ke-te-klek'... susah nye nak bunyikan!!! Tangan sapalah yang besar gebu sangat tengah memilih daging salai tu ek?

 
Pisang2 dan keladi yang masih baru... keladi tu baru cabut sebab masih melekat dan masah lagi tanah2 yang melekat

 
Sukun dan berjenis2 keledek...keledek merah, kuning purple semua ada...


Lepas 1st round ronda...letak barang2 dulu kat keta... Danny pekena dadih dulu sebekas.


Ni keadaan parking masa Mummy nak balik...masa ni baru pukul 8.15am. Sebab tu Mummy suka datang awal ke pasar sebab senang parking dan senang nak pilih barang...pukul 8.15 dah balik dari pasar dan 8.45am dah sampai rumah...boleh lepak2 sambil layan FB


Oklah cukuplah hasil tuaian hari ni... kasi can lah kat orang lain beli gak...


Pisang abu, pisang tanduk, ubi kayu, sukun dan keladi. Emmm camana nak makan? Masuk je la mulut... hehe. Pisang abu tu petang semalam dah goreng separuh, ubi tu pagi tadi dah rebus separuh. Keladi tu mungkin akan dibuat pengat dan talam keladi. Sukun tu goreng la apa lagi.


Petai mata besar (favourite ADUN Bukit Mutiara ni), bunga kantan (dah habis buat masak asam pedas semalam, dan daun meranti @ ranti. Daun ranti masak bening rebus dan ketuk cili padi 2-3 biji... sedap.... kalau rajin boleh buat kerabu (rasanya memang tak rajin la)

Kenapa sekarang ni buah dokong tak ada harga ye? Mummy rasa dulu2 buah dokong ni sekilo paling murah pun RM7-8.. la ni 4kg RM10 je... buah2 dia besar2 pulak tu... memang buah langsat tak laku la sebab dokong dah murah... langsat orang jual 6kg RM10 je... tapi sebab bergetah orang malas nak beli...

Labu yang besar ni cuma RM2. Mungkin akan dimasak lemak cili api + pucuk ubi dan bakinya akan jadi talam labu atau kek labu... emmm lama tak buat kek labu ni kan!!!

Tempe yang sedap cam empe kat PS. 4 pcs RM1. Dah suruh bibik goreng ngan tauhu untuk dinner tonite. Sambal kicap kena ada...


60 pcs telor gred AA dan telor puyuh. Lunch hari ni anak2 dah mintak bibik masak sambal telur puyuh ni. Orang kata makan telor banyak2 ni tak elok tapi kalau dah itu yang anak2 suka camana ek... walau ada lauk lain tetap gak kena ada telor mata... 


 
Kiri - Kuih deram @ telinga keli*g... 10pcs RM1. Mummy beli RM3 dan si Danish makan 27pcs... memang kesukaan dia
Kanan - Kasui dan apam beras yang mables...

 
Kiri - Wajik sedap dan ada rasa durian... besar tu RM1 je
Kanan - Cakoi febret daddy


Kuih seri muka dan talam keladi yang sangat2 sedap dan sangat2 lemak...3pcs RM1. Dan besar tau dia punye potongan bukan 1"x1" je...