Wednesday, September 22, 2010

Raya 2010 : Episod (Rendang Tok)

Ni n3 pasal xtvt masak2 sehari sebelum raya... apalah maknanya raya tanpa ketupat rendang kan.... hehehe.... so Mummy ni memang peminat rendang tok 'tegar' .... rendang daging biasa Mummy kureng suka. So untuk raya kat kampung daddy ni Mummy buat rendang tok. Walau rendang tok asal dari perak tapi rendang tok versi Johor hasil tangan Mummy tak kurang mablesnye.... (hahaha... siri puji diri sendiri sudah bermula....)... terpaksalah buat sendiri sebab family daddy selalu raya buat rendang kerang dan Mummy pulak memang tak makan kerang so kena lah buat rendang lain....

Daging yang telah diperap 2 jam dengan cili, bawang putih  merah, halia, serai, kunyit, lengkuas, kicap, gula merah, ketumbar, jintan manis dan jintan putih... baru perap je bau dah sedap menusuk hidung... ala2 bau sate yang nak dibakar... daging to jangan potong halus sangat tau...

Santan pekat ngan santan cair... lagi banyak santan lagi best...

Kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga... yang penting sekali kerisik mesti ada la... letak2 banyak2 best... nanti rendang tu banyak serdak dia... makan ngan nasi putih pasan2 sodap....

Kuali 'kacau dodol' diperlukan.... kalau kuali kecik susah nak mengacau beb... letak minyak sikit, tumiskan tempah2 dan wangi campak je daging yang dah diperap tu, dan tuangkan santan cair...campak garam dan serbuk perasa....

Lepas tu kacau2 la sampai daging tu empok... masa ni khidmat anak2 boleh digunakan... hehehhe... sementara tu bolehla bentang tikar bantal...

Masa memasak ni sekurang2nye 2-3 jam.. so sementara tu bolehlah layan mata sekejap tapi jangan la tidor sampai berdengkor2 pulak... sure jadi rendang rentung pulak....

Bila daging dah empok tu masukkan la santan pekat dan kerisik dan kacau2 lagi hingga garing....

Rendang tok yang tersangatlah mablesnye... walau tanpa bahan pengawet rendang ni memang boleh tahan lama walau tak dimasukkan dalam peti sejuk.


Lemang cicah rendang tok memang pasangan teman dan sangat mesra... Ada orang tu tak tau camana nak keluarkan lemang dari buluh... ada ke diketuk2 dan dikorek2 ngan garfu je.... hahaah (10000x) .... mari kita ramai2 gelakkan MMirror .... minta maaf zahir batin ye MMirror (dah kutuk2 sikit kena mintak maaf tau...)

Ketupat palas tahun ni kureng kaw sikit. Cam kureng lemak dan tawar. Ya la selalu tu MIL yang buat so bila dia dah tak ada anak2 yang take over. Daddy kata... tak apa tahun depan boleh improve lagi....kira nak bagi semangat kat SIL yang dah penat2 buat...

Ketupat mini ni Mummy rebus sampai 2 1/2 jam sebab nak bagi lembut, Mummy beli 2 packet berlainan brand, yang brand N*N* memang elok je masak dan lembut dia, tapi yang jenama FLO**L tu hampeh ... ketupat dia banyak yang pecah.. mungkin plastik low quality kut dan ketupat dia pun tak lembut cam N*N* punye... nak buat camana dah last minut gi K4 dapat 1 packet je ketupat jenama N*N*...

My sayur lodeh... sedap walau tanpa ada tauhu & sengkuang

My sambal kacang... lupala pulak nak snap kari ayam Mummy...

Rendang kerang...

Mummy sempat kacau wajik masa raya ni. Tak plan pun nak buat wajik sebenarnya. Tapi puklut yang dah dikukus untuk buat ketupat palas tu ada lebih (kes tak cukup daun la...). So dari pulut tu terbuang cam tu je Mummy kacaulah jadi wajik. Berpeluh2 gak le lepas buat rendang tok kacau wajik pulak. Mummy makan sikit2 je sebab wajik ni wajik sembur, kalau wajir tanak yang Mummy ada buat sebelum ni sure habis Mummy makan... heheh

Kek lapis sarawak aneka design. Lepas tengok kt tv Mummy baru tau kek ni bila dah dibakar baru dia susun2 untuk jadi kek lapis aneka design ni... langsung hilang kekaguman... sebab sebelum ni Mummy ingat masa bakar/kukus dia dah lapisk2 kan... hahaha

Makan2 dipagi raya...

Rimas Mummy tengok rambut Dania tu... mengada2 tak nak ikat la pulak... dia kata kalau pakai baju kurung tak cantik ikat rambut kalau pakai gaun atau seluar baru cantik.... sabar je la ngan anak dara kecik ni...

Tuesday, September 21, 2010

Raya 2010 - Episod Pagi Raya

12 Ramadhan (Isnin 21/9/2010) - Finally baru dapat update gambar masa pagi raya.... mesti korang musykil kenapa lambat sangat Mummy upload gambar raya pertama Mummy kan.... Alkisahnye masa balik kampung daddy tu kan Mummy terlupa beli bateri camera. So dah sibuk snap2 before raya bateri pun dah weak. Kedai2 kat kampung daddy pun dah tutup. Nak keluar malas la pulak. So masa pagi raya tu banyak bergambar guna camera SIL. Camera HP mummy tka boleh nak zoom2 utk gambar ramai... Masa kat kampung tak sempat pulak nak cpy gambar2 tu. Semalam dia datang rumah, baru lah dapat Mummy transfer gambar dan dapatlah upload hari ni.

My beloved family... semoga tahun hadapan dipanjangkan umur dan boleh  menyambut ramadhan dan syawal lagi... amin

Dengan FIL

Apasal lah si Danny tu terkengkang2 bergambar... susah betul nak bergambar anak ramai ni, ada je yang buat spoil.... hahaha...

My soulmate

Mummy kata masa raya bergambar jangan buka mulut, jadi Dania senyum sikit je lah... nanti nampak rongak!!!

 
 
Sayang daddyyyyyyyyyyy.... lepas salam, kiss & hug baru lah dapat duit raya dari daddy...

 
Dafiy & Dania

Cepat2 beratur... Tok Wan nak bagi duit raya!

FIL dan cucu2...

Bergambar ngan FIL

Daddy's family.
Belakang - Daddy, Abg Edi & Abg Lee
Tengah - Kamalia, Ayah, Kak Nah
Depan - Kamaliza
* Tak ada dalam gambar Kamal... dia sampai kampung selepas habis sesi fotografi....

All in the family except one.

 
Mummy dengan SIL, Kamalia & Kamaliza & my lil princess...




Mummy & my lil princess

Apasal semua orang duduk senget ni?

Beraya rumah jiran2...

Sebelum tuan rumah bagi makan minum kita orang posing dulu la...

Family Abang Lee & Kak Timah

Family Abg Edi & Kak Yati

Family Kamalia & Zaifan... raya tahun depan insyallah ahli keluarga dah bertambah...

Raya 2010 - Episod Aksi Sana Sini


Apakah persamaan dan perbezaan gambar di atas? Siapa bagi jawapan yang betul dapat biskut almond london seketul. Korang rasa tangga tu senget sebelah tak? Hehehhe

Pekerja MPJB dan MPKj sedang bertugas... kesian kan dia orang ni, raya2 pun kena kerja...
Si Keding Danish... tersangatlah seronok dapat bermain2 dengan api... boleh bakar2 smpah kat kg... Si Som ngan Abang Brahim sure merajuk ni sebab kerja wajib dia orang dah 'dirampas' oleh Danny, Danish & Apis...

Lepas bakar2 sampah main bola la pulak... apa ek nama permainan ni... kucing ngan bola ke hah? Alah org yang kat tengah2 tu kena rebut bola yang dibalingkan oleh org depan belakang tu....

Masing2 berlagak jadi pakar bunga api... tu nak bakar siap tanam2 dalam pasir lagi... penat lah terjerit2 kat dia orang... tpai tu lah silap sapa... emak bapak gak yang pi belikan bunga api...

Tak padan pompuan pun nak jadi bakar bunga api gak ke??

Yang Dania ni cam terlentuk ayu ni apasal pulak!!!

Main bunga api kat kampung daddy

Buah hati pengarang jantung, intan payung dan yang sewaktu dengannya...

 
Dah puas main bunga api kat kampung, main bunga api kat KL la pulak...