Thursday, May 27, 2010

Girl next door...


 
Amboi2 anak bujang kecik Mummy ni, sambut birthday gi dating ngan anak dara orang ye. Dating bawah pokok pulak tu ... cam ala2 filem hindustan je. Jaga2 nanti mama budak tu marah Mummy tak tau...

 
This beautiful girl ni anak jiran Mummy, umur 2++, tua sikit dari si Dafiy. Lupa apa nama penuh dia, Sharifah apa ntah panjang ya amat. Mummy panggil kakak kecik je. Dia ni celik mat je mesti mencari Dafiy. Menjerit2 nak Dafiy. Emak dia risau sebab dia tak nak makan. Bila bibik suapkan Dafiy nak pulak makan. So sekarang ni almost tiap pagi bibik si kecik ni akan suapkan kakak kecik dengan si Dafiy sekali. Last weekend pun jiran Mummy 'pinjam' Dafiy sebab nak bagi makan tengahari anak dia, so makan sekalilah Dafiy. Apalah anak bujang Mummy dah buat kat anak dara orang ni...heheheh

Indoor khemah yang cinonet untuk Dafiy main ... tapi abang2 dan kakak yang selalu over

Eh! ada lampu la kat kasut Dafiy... cantiknye...thank u Mummy... luv u... Ini ke present harijadi Mummy? Afi nak mainan la... tapi kasut ni pun Afi nak gak!!!

Dafiy's 2nd Birthday Celebration


26/05/2010 Khamis - Bergegas balik ke rumah dari office. Sampi rumah kul 6pm. Kluarkan cheese cream, butter dan lain untuk deko mendeko birthday cake Dafiy. Stop sekejap kul 6.30pm fetch Danny & Danish kat sekolahj. Pas tu sambung lagi main2 ngan cheese cream. Alhamdulillah b4 maghrib siap.

Hasil deko mendeko Mummy yang sememeh, inilah yang terhasil... Kalau beli carrot walnut cake yang dah siap RM 65 memang le cantik.. tapi tak apa ye Dafiy, cake ni Mummy letak extra ingredient nak bagi lagi sedap... nak tau apa dia? ... Kasih sayang sepenuh hati .... make with full of love!!!

Happy birthday to you ... happy birthday to you.. Lepas snap gambar ni bateri camera pun kong ... terpaksa la guna camera handphone yang tak canggih langsung! So gambar kat bawah ni tak berapa clear.

Make a wish and blow...blow...blow... go go Dafiy!

Mummy & kids

Daddy and kids

Danny not in the pics sebab dia jadi cameraman

 
Aksi gaduh Dania & Dafiy... Angan la ni kek Afi ukan kek atak (Jangan la ... ini kek Dafiy bukak kek kakak). Menjerit2 si Dafiy bila Dania nak potong kek dia. Si Dania ni pulak pantang nampak kek mesti dirasa tu kek birthday dia...ohh anak2 ku...

 
Mummy & Daddy dengan birthday boy...

Is my day...boleh main2 ngan cake ni Mummy tak marah pun...


Lepas tiup2 lilin dan potong2 kek kami bawak anak2 makan kat luar. Ada yang nak makan spagethi, nasi lemak, chicken chop, mee goreng... Malas nak pi jauh2 so decide makan kat Oasis... 2-3 minit je dari rumah.

 
Keadaan kedai memang selesa untuk santai2 ngan family sambil dengar life performance ... ni gambar dari Uncle Google

Gambar lain semua tak clear sebab cafe ni ala2 tak cukup cahaya... lampu  malap je so inilah hasil gambar yg paling ok dikalangan yang tak ok...hehehe 

Danny dengan Makcik & Pakcik ... adik ipar dan biras Mummy yang kebetulan datang ke rumah

Si Dafiy dalam kereta lagi dah tertidur. So dia tak makan apa pun. Kesiannye bday boy. Nanti lain kali kita pegi waktu siang ye. 

Close-up - Carrot Walnut Cake versi kukus ... Cheese cream tu Mummy buat topping je tak ada filling. Kalau bertopping ngan berfilling takut muak la pulak. Daddy kata versi kukus ni lagi sedap sebab dia lagi moist...

Mari bersenam... 7...8...8 Lagi...


Assalammualaikum....hie ... good morniang jangan miang2... pagi2 cam ni jom kita buat senaman dan excercise minda (bukan senaman cam Abang Jam yer...)... kita belajar kira2 @ ilmu hisab @ matematik ....

Hasil excercise ini untuk suka2 jer yer janganlah percaya sangat... percaya sikit2 boleh le... compare dengan peribadi uols utk tau kajian ni betul ke tak.. alah dah nama pun kajian mana ada betul 100% kan...kan..kan...

Oh sebelum tu asal excercise ini Mummy ambik dari sini ye.

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal



Contoh 1 :
————–
 12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 +0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1
(Jadi nombor lahirnya ialah 1 – Ketulenan)

Contoh 2:
30 Okt 1964
30 + 10 + 1964 = 2004
2 + 0 + 0 + 4 = 6
Jadi nombor lahir anda ialah 6 (Romantik)

 
Maksud nombor lahir adalah seperti berikut:

1-KETULENAN
Hadir dengan idea baru.- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. – Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss. – Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka. Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.


Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach


2-PENDAMAI
Dilahirkan sebagai diplomat. – Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. – Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. – Mereka tidak suka bersendirian. -Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi. - Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.


Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.


3-CERIA
Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding. – Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. -Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. – Mereka sangat popular dan idealistik. - Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
 Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster


4-KONSERVATIF
Golongan ini sangat peka dan tradisional. – Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. – Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. – Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. – Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. – Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.


Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan


5-PERINTIS
Mereka adalah perintis. – Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). – Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. – Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. – Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.


6-ROMANTIK
Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. – Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. – Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. – Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. – Mereka sangat setia dan boleh menjadiguru yang terbaik. – Mereka suka seni musik. – Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius. - Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.


Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7-INTELEKTUAL
Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. – Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. – Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. – Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. – Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. – Mereka sangat suka berahsia. - Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.


Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana


8-PENYELESAIAN
Golongan ini adalah penyelesaian masalah. – Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. – Mereka selalu mempunyaiperancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. – Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. – Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua. - Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9-PELAKON
Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. – Mereka sangat penyayang dan pemurah. – Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka. – Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. – Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. – Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). - Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.


Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley

So apa nombor uols? Mine is 3 CERIA


Wednesday, May 26, 2010

Yang mana satu ...

Kiri - Carrot walnut versi kukus
Kanan - Carrot walnut versi bakar

Yang mana satu... idaman kalbu... mau yang bakar ataupun kukus (mesti baca sambil menyanyi cam P.Ramlee tau...)... hahaha.... last night mission completed.. Mummy berjaya dengan project

Untuk kek carrot walnut Mummy tak gunakan resepi yang Mummy masukkan dalam n3 sebelum ni. Tapi Mummy guna resepi kat bawah ni.

CARROT WALNUT CAKE (resepi ni kawan Mummy emailkan dan dia dapat pun dari internet gak)

Bahan
4 biji telur asingkan putih dan kuning
1 1/2 cawan minyak jagung atau minyak sayuran (darurat minyak masak pun boleh)
150g gula halus seperti castor sugar (mummy kurangkan jadi 140gm)
150g brown sugar (mummy kurangkan jadi 140gm)
1 1/2 cawan carrot yang telah disagat halus

Ayak bersama
250 g tepung naik sendiri (darurat tepung gandum pun jadi gak)
1 sudu kecil mixed spice (Mummy tak letak sebab tak suka rasa rempah2)
1 1/2 sudu kecil baking soda
1 1/2 soda bikarbonat (Mummy tambah sendiri)
1 sudu kecil garam (lupa nak letak....heheh)
100g chop walnut (wajib ada baru sedap)

Cara2:
1. Pukul kuning telur di dalam mangkuk dengan menggunakan pemukul telur.
2. Kemudian tambahkan minyak, gula, carrot. Gaul hingga sebati.
3. Kemudian masukkan walnut dan akhir sekali gaulkan ia ke dalam bahan-bahan kering menggunakan senduk kayu (Mummy guna senduk kayu je...).
4. Pukul telur putih sehingga stiff and gaulkan ke dalam bancuhan kek.
5. Tuangkan ke dalam acuan 8" atau 9" yang telah dilanser
5. Bakar pada suhu 180 C selama 45 min (bergantung pada oven tersendiri)

Tips : bila dah masak dan cucuk dgn lidi tengok betul2, kadang2 bila cucuk tak melekat lagi tapi ada nampak berminyak pada lidi means belum masak betul, kena betul2 licin lidi tu baru masak.

Frosting
120g butter
250g cream cheese
120g icing sugar

1. Pukul semua bahan hingga ringan dan kembang.

Carrot yang dah diparut. Kekadang Mummy confuse bila resepi kek guna cawan sebab cawankan saiz lain2 so Mummy belilah sukatan cawan tu kat bekery shop. Murah je 5-in1 dalam RM3 je. Ada sukatan untuk 1/8, 1/4, 1/2, 3/4 dan 1 cawan. Kira berbaloi2 la juga beli.

Pukul, ayak, campur, tuang... dah siap adunan...
 
Kiri - Masuk masuk oven
Kanan - 5 minit dalam oven ... cepat nye naik

Sebelum keluar dari oven ... nasib baik guna loyang 9 inci, kalau loyang kecik melimpah rasanya..

Untuk versi kukus, jangan lupa balut loyang dengan aluminium foil untuk elakkan wap air masuk ke dalam kek kita.

Kek versi kukus yang baru diangkat dari 'pengukus cikai' Mummy

Inilah hasil yang dah dikeluarkan dari loyang. Yang warna perang belah kiri tu versi bakar dan yang warna kuning2 perang tu versi kukus... loyang lain2 saiz so jadi tinggi rendah besar kecik la... heheh

Kek versi bakar Mummy dah potong... tak buat topping pun sebab yang ni nak buat makan2 jer...

Close-up sikit... tak tergoda ke tengok kek yang penuh ngan walnut tu.... klau beli ada la beberapa ketul walnut yang diracik2 tersangatlah halusnye... sendiri buat boleh letak lebih2.... kek ni tanpa topping memang dah perfect rasa dia... tak terlalu manis ... so orang yg ada diet pun boleh makan... lagipun Mummy guna minyak jagung (tanpa colesterol tu....) hahah...

Kiri - Mummy bawak satu bekas gi opis dan sebekas lagi bagi kat jiran sebelah.
Kanan - Carrot walnut cake + milo-o kurang manis for my breakfast today.. (breakfast pagi ni bukan ditaja oleh IBM yer....)

Tunggu comment Mummy untuk carrot walnut cake versi kukus pulak malam nanti, kek tu Mummy nak deko dan make-up sikit untuk jadikan birthday cake Dafiy... ntah camanalah jadinye rupa kek tu nanti.... hehehe