Blog catatan kehidupan peribadi Mummy bersama hubby dan lima orang permata hati kami, Emmer Daniel, Adam Danish, Dania Batrisya, Emmil Dafiy dan Dhiya Danisha. Juga cerita-cerita tentang saudara dan suku sakat Mummy. Ada juga cerita kenangan bersama emak dan abah.Luv u all.
Thursday, November 15, 2012
Selamat Tahun Baru Hijriyah!
Salam Maal Hijrah..Semoga kehidupan kita sentiasa dalam limpah rahmat ALLAH S.W.T,bertambah amalan,berkat dalam segala segala urusan dan kebahagian dunia dan akhirat..AMIN..
Tuesday, November 13, 2012
Kisah kasut cinderella
Cam ni ke kasut cinderella???
Nak cerita pasal 2 pasang kasut kat atas tu, bukan le kasut ribu raban pun, setakat kasut bata dan brand biasa2 je. Mummy beli kasut ni masa kenduri kahwin anak saudara Mummy si Hafeez tu (anak Kak Kay). Yang warna hijau tu plannak pakai masa hantar pengantin ke rumah perempuan. Masa tu kan tema family Mummy turquoise blue/green. Nak dijadikan cerita masa nak gi hantar pengantin tu laman rumah Mummy banjir, so pakai je la selipar dulu. Bila sampai rumah persinggahan pengantin pompuan baru la terperasan kasut mUmmy ni tertinggal kat dapor rumah. Mummy ingat cam dah masukkan je dalam bag anak2.
Kasut yang purple tu pulak si Mama Miraki yang beli tapi bila dah beli dia rasa cam tinggi sangat la pulak.So dia jual timbang kati kat Mummy la. Sepatutnya kasut tu pakai masa majlis kahwin kat rumah kakak Mummy si Kak Kay tu. Tapi nak buat camana 3 hari sebelum majlis tu Mummy kaki Mummy sudah terpeleot dan terseliuh. (Tak sempat pun buat n3). Malam2 gi Hospital Serdang. Alhamdulillah tak ada patah ke apa tapi memang teruk lah terseliuh dia. So masa majlis kat rumah Kak Kay tu pakai selipar flat jer la... lupakan je kasut purple 2.5" tinggi...hahaha. La ni gi opis pun pakai selipar flat jer lagi sebab masih sakit kat buku lali dna lutut.
Nak gi mana ni Mummy?
Sarapan dipagi hari yang sejuk... ubi rebus cicah sambal tumis ikan bilis dan kopi-o kawkaw dari abang kopi PS.... mantap!!!
- Hari ni Mummy cuti ke?
- Cuti ni kita nak gi mana Mummy?
- Boringlah duduk rumah
- Kawan Along si A tu pergi cuti ke xxx
- Kita cuti ni tak gi mana2 ke?
- Kita cuti ni nak gi mana?
- Hari tu Mummy cakap nak bawak kita orang pegi....xxxx
- Kita gi main salji jom Mummy....
Sunday, November 11, 2012
Schizophllyum commune in hot and spicy coconut milk...
Masak lemak cili api cendawan kukur a.k.a cendawan sisir a.ka. jamur gereget. Tapi kalau nak bagi glamour sikit kita tukar nama masakan ni pada "Cchizophllyum commune in hot and spicy coconut milk". Biasalah kan chef2 hebat kalau kita tengok nama masakan dia orang bukan main gah dan panjang walhal masakan sempoi gilos....hahahhaa
Ramai yang tidak mengetahui kulat atau cendawan tradisional ini mempunyai khasiat yang sangat tinggi utntuk kesihatan kita. Kulat sisir mengandungi schizophllyan yang bersifat anti tumor dan anti kanser. Ia juga mampu meningkatkan sistem imun badan. Selain itu, ia bersifat anti bakteria, anti parasit dan anti radang. Khasiat yang terdapat dalam kulat sisir ini mampu melindungi dan mengawal hati.
Sekarang ni musim hujan, mungkin kat kampung2 yang banyak tunggul2 mati terutamanya pokok2 getak, mesti cendawan ni banyak tumbuh. Cendawan ni Mummy beli kat pasar tani pagi tadi. Beli 200gm jer, mahal beb. Sekilo RM50.... cam tak caya jer kan. So Mummy beli setakat 200 gm jer. Bila dah masak cam ni tingal gorengkan ikan kering jer la. Tak boleh masak lauk2 lain nanti hilang kenikmatan masakan ni...heheh., Untuk anak2 gorengkan ayam je la..
Kerana kau....
Kerana kau ku masih di sini
Kerana kau ku bisa menangis
Dan kerana kau yang menghancurkan
Ku tiada berteman
Terkenang wajah mu aku pilu
Kerana kau ku bisa menangis
Dan kerana kau yang menghancurkan
Ku tiada berteman
Terkenang wajah mu aku pilu
..... itu kerana kau dari Alleycats ni nak cerita 'kerana kau' gak le...
Alkisahnya dah lama sangat rasanya Mummy tak beli surat khabar. Bosan la balik2 keluar cerita dan propaganda yang sama jer. Kalau nak baca pun baca jer la on9 sikit... Tapi kan hari ni Mummy sudah pecah rekod, awal pagi balik dari hantar daddy ke KLIA mummy dah tangkap paper Berita Minggu... ni semua gara2 ada cerita Mummy punya ex la....hehehh....
Dan mummy semata2 baca section BPop jer, pages yang lain bagi kat bibik sebab dia nak lap cermin tingkap...heheh. Memang parah betul le fenomena Adam Hawa ni...





