Friday, May 25, 2012

Dafiy's Pre-Birthday Celebration

Salam Jumaat. Hari ni Mummy cuti. Ada 3 sebab kenapa Mummy cuti:
  1. Anak2 ada sambutan hari guru kat sekolah agama. Danish & Dania sebelah pagi dan Daniel sebelah petang. Kena cuti sebab nak masak2 sikit bawak gi ke sekolah untuk jamuan.
  2. Dafiy celebrate pre-birthday kat sekolah. Wajib la Mummy datang bawak kek dan makan2 sikit sambil posing2 
  3. Cuti Mummy banyak lagi....


Dafiy nak cake Ben-10 ... ini lah hasil keras tangan Mummy

Happy birthdy to Emmil Dafiy... Happy birthday to you!

Blow... blow... blow....


Cepat potong kek tu Dafiy, kawan2 tak sabar nak makan ni. Selain kek Mummy bawak spaghetti bolognese dan chicken ball untuk Dafiy, kawan2 dan cikgu2...

Buah hati Mummy Daddy


Cap ibu dan anak?

Birthday card from teachers

Behind the scene activiti malam tadi...

Choc oreo ni Dafiy buat untuk kawan2 jer, kakak tak boleh ambik

Oreo choc

Choc moist cuppies

Tambahan jajan2 untuk isi dalam goodies bag


Goodies bag untuk kawan2 Dafiy

Hadiah untuk guru kelas sekolah agama anak2... Mummy bagi mug, rose choc, cupcakes, brooch ngan tasbih jer....

Tengah fikir2 nak bawak anak2 ke mana esok... Kidzania ok gak kan, tapi sure ramai orang cuti2 sekolah ni, kalau gi Zoo Negara camana?


Wednesday, May 23, 2012

Hijau is green!

Pagi tadi sebelum gi kerja pusing2 keliling rumah sambil snap2 gambar sikit.... tapi lupa pulak nak snap farmville kat belakang rumah, farmville tu lain kali la yer


Ku lihat hijauuuu..... cam sejuk jer pagi2 tengok suasana penuh kehijauan disekeliling rumah. Kalau kat kampung lagi menghijau depan belakang kanan kiri...

Padang sekangkang monyet tempat anak2 main bola dan camping...


Kalau tanam pokok kelapa lagi bagus kan... sure lagi 3-4 tahun dah berbuah atau pun boleh tebang ambik umbut dia buat masak lemak...

Pokok buluh betong 


Bila lupa nak siram pokok keladi ni pun kekeringan....kesian kan...hehehe


Mula2 pindah bangi Daddy terus buat pergola dan timber deck kat bawah pergola ni. Kayu2 beli kat kedai kayu nun jauh kat Labu, NS. Kat kedai tu segala macam mak nenek jenis kayu ada, cengal, jati, meranti, kayu rel keretapi... errr tapi kayu api tak de jual la pulak..hehe. Dah masuk 2 tahun walau kena panas dan hujan, kayu tu tetap ok lagi.

Lambat benar nak menunggu daun2 pokok kesidang ni memenuhi bumbung pergola, boleh jadi bumbung bila hujan turun....

Siapa tak pernah nampak, inilah bunga pokok kesidang, bau dia wangi sangat lebih kurang cam bau bunga santalia


Pokok besar tu 2 bulan sekali Daddy akan cantas nak make sure dia naik tak tinggi sangat. Jenuh juga bila tiba 'musim luruh'... pagi petang nak kena menyapu daun2 pokok ni


Pokok tanduk rusa... bila la tanduk si rusa ni nak panjang sampai mencecah tanah....




Tuan tanah pun nak gak enterprem....


Ceria2kan diri di hari Rabu....



Tuesday, May 22, 2012

Sepetang di Empangan Batu

Masa balik dari kampung daddy kami ikut jalan2 kampung. Dan singgah sekejap di Empangan Batu. Cantik gak empangan batu ni, air dia biru jer, rasa cam sejuk dan nak terjun je dalam empangan tu.... 




Cuti2 sekolah ni rasa cam nak berendam2 je kat sungai2 or air terjun. Dapat mandi2 sungai sambil berbbq ngan suku sakat memang best ni, lagipun rasa lama betul tak berkumpul dengan adik beradik Mummy ni, nak balik kampung pun kena tunggu minggu terakhir cuti sekolah sbb minggu2 sebelum tu timing tak berapa betul, so minggu 9hb tu ramai yang free.


Monday, May 21, 2012

SmartReader Kids Sports Day 2012

Sabtu lepas ada sport day SmartReader untuk Dafiy, tahun ni dapatlah Dafiy join, tahun lepas tak dapat join sebab adik par Mummy kahwin. Sukan tahun ni dia gabung SmartReader Seksyen 3, Seksyen 4, Seksyen 7, Seksyan 9 dan Bandar Tun Hussein Onn. Tapi sukan diadakan mengikut center masing2.

Wah anak Mummy jeling sapa ni....

Semua orang pakai cap , Mummy terlupa bawakkan cap yang teacher dia bagi...huhuh. Nasib baik dia tak menjerit nak pakai cap gak

Ready for marching

Mummy & Afidah... neber depan rumah....

Kategori 4 tahun... since Dafiiy yang paling kecik dia la beratur paling depan

Menang kalah semua dapat hadiah... warna jer yang berbeza.....hahaha

Mascot SmartReader ... SuperTots


Peace memanjang je dia ni




Walaupun belum pukul 9am tapi cuaca dah panas terik...


Dania dan best friend dia si Hani

Cam berisi la pulak muka daddy ni....


Daddy's little hero


Daddy masuk games untuk kaum bapa... susun surat khabar according to pages... heheh... nampak sangat dah lama tak beli surat khabar....daddy dapat no 5 jer

Mummy masuk acara cari anak dengan mata bertutup.... ala saja jer suka2.... kalah gak...hahah

Masuk dua acara dan dua2 rumah kuning menang....

Dania je yang mengikut. Daniel & Danish ada kelaz tahfiz.

Friday, May 18, 2012

Hadiah untuk cikgu!

 Hari ni kat sekolah anak2 Mummy asa sambutan hari guru. Sekarang ni sambutan hari guru sinonim dengan hadiah hari guru pulak. Bukan lah cikgu2 mintak tapi dah macam trend pulakm, anak2 murid bagi hadiah kat cikgu sebagai tanda ingatan dan terima kasih. Tak perlu hadiah mahal2 sekadar kad buatan sendiri pun cikgu2 mesti rasa bangga bila dihargai oleh anak2 murid. 


Untuk anak2 Mummy, sebenarnya Mummy pun blank nak bagi cikgu hadiah apa, kalau boleh nak bagi something yang berguna. 

4 hadiah untuk 4 orang guru, bagi kat cikgu kelas anak2 jer. Untuk guru agama next week baru ada majlis sambutan so hadiah tunggu minggu depan la

Ini je yang Mummy sediakan untuk hadiah cikgu2. Mug dan choc rose bouquet.


Keras tangan

Mummy suka xtvt cam ni... 

Comel kan... hihihi.... kes picit lift naik sendiri.... Nak buat goodies majlis perkahwinan pun boleh gak ni... jangan malu2 kalau berkenan boleh order di sini.

Mummy suka dengan bunga kat mug tu.. sweeet jer kan

200 pcs choc rose loli tempahan seorang cikgu untuk diagihkan pada anak2 muridnya.