Kredit gambar Cikgu MS
Blog catatan kehidupan peribadi Mummy bersama hubby dan lima orang permata hati kami, Emmer Daniel, Adam Danish, Dania Batrisya, Emmil Dafiy dan Dhiya Danisha. Juga cerita-cerita tentang saudara dan suku sakat Mummy. Ada juga cerita kenangan bersama emak dan abah.Luv u all.
Tuesday, May 15, 2012
Sunday, May 13, 2012
Wedding Anniversary - Edisi Makan2
N3 yang dah 2-3 hari dalam draf.. dah ala2 basi gak la. Hehehe....ceruta sambutan kecil2an ulang tahun perkahwinan Mummy dan Daddy yang ke 14.
Sajer jer Mummy buat cupcakes yang rupa agak sememeh ni... tapi sedap tau....
Ok anak2 makan sorang seketul jer ya... ambik ikut nama masing2
Mummy & Daddy... hehehe.... tengok muka daddy tu macam lain je kan. Ada jambang dan janggut sikit... Daddy memang cam ni ada masa saja je dia biarkan janggut dan jambang dia, pas tu seminggu dua dia buang bersih licin la pulak.... apa2 la daddy
Nak suruh bibik amik kan gambar dia tak reti la pulak, so ketidak cukupan anggota dalam gambar ni...
Wah ok gak camera baru Mummy ni... ambik gambar waktu malam gelap pun ok jer.....
Anak2 ada yang nak makan pizza, spagetti, salmon, lazagna so pegi je la ke San Francisco Pizza semua ada. Tapi Mummy la yang terkedu nak pilih makan apa, sebab Mummy ni western food kurengggggggggggggg sikit. Baik makan ayam penyetttt. Hahaha.... lastnya Mummy order chicken chop jer...
Rimas betul Mummy tengok rambut anak dara ni...
Macho and hencem boy.... dia kata la...
Kelaparan
6 orang 6 jenis air...
Chicken chop untuk Mummy
Spagetti untuk Dania
fusilli seefood pasta untuk Danish
Lazagna untuk Danny
Baked salmon untuk Daddy
Pizza yang cam tak berapa menghairahkan jer...
Cam tak sedap jer...sedap tak sedap pun licing mushroom tu
Lepas makan kita posing2 sat yer...
Wajab exclusive Danish... susah betul nak suruh dia bergambar. Gambar ni terlebih lighting la... dah putih cam muka bertepek ngan bedak sejuk la pulak
Ini untuk Daddy
Ini untuk Mummy
Ini untuk anak2
Ni mummy punye gak... barulah best nak berblog, dah ada camera baru...selamat tinggal Nikon Coolpix yang dah jadi arwah.
HAPPY MOTHER'S DAY KEPADA SEMUA IBU-IBU DI DUNIA. DIHARAP TIADA LAGI IBU-IBU YANG SANGGUP MEMBUANG DAN MEMBUNUH ZURIAT MEREKA SENDIRI SELEPAS INI. UNTUK YANG MASIH PUNYA IBU LAGI SAYANGILAH IBU ANDA
Al-fatehah untuk emak dan abah. Rindu sangatttttttttttttt. Hampir 9 tahun abah pergi dan hampir 7 tahun emak pergi.
Friday, May 11, 2012
11-05-2012 ♥♥♥♥♥♥♥ Our 14th Wedding Anniversary ♥♥♥♥♥♥♥
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
HAPPY 14th WEDDING ANNIVERSARY
♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Assalammualaikum,
Jumaat 11-05-2012, Alhamdulillah hari ini Mummy dan Daddy menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang ke-14. Emm "dah 14 tahun rupanya" atau "baru 14 tahun rupanya". Apa2 hal pun memang cepat betul masa berlalu kan. Dari berdua 1998-2001, 2002 bertiga, 2003 berempat, 2005 berlima, 2008 berenam, 2013 bertujuh...oppssss telajak pulak.
Alhamdulillah, semoga jodoh kami berpanjangan dan hidup sentiasa dalam keberkatan Illahi. Sekarang ni masa untuk membesarkan anak2 dan memberikan ilmu agama dan ilmu pengetahuan yang berguna kepada mereka.
Semoga jodoh kita berkekalan hingga ke syurga..... ameen.
Bersama our 4 little angels..Daniel, Danish, Dafiy & Dania.... agak2 ada lagi "D" yang akan menyusul tak? Hehehe.... ada rezeki adalah kan....
Saturday, May 5, 2012
Hutan Dara!
Lalang2 dan rumput rampai dah menguasai blog Mummy ni. Kalau rumput terbiar berminggu2 sure anak gajah dah boleh menyorok. Tak de apa nak cerita dan tambahan pulak camera Mummy dah jadi arwah.... huhuhu. Tak suka ambik gambar guna hp walau pun camera tu 4mp. Mummy kan suka buat n3 bergambar so bila x de camera ni, mood nak update blog pun down... sapa ada camera bak sini bagi kat Mummy. Budget nak beli camera dah guna untuk repair panel monitor dan tukar keyboard notebook ni.... terbang le sebelah tangan lebih... dah dapat camera sebiji tu.... walaupun ada MacBook Pro tapi Mummy tetap suka guna notebook lenovo lama Mummy ni.








