Tuesday, March 6, 2012

HAPPY WORKING!

Sebelum tidur malam tadi dah set  in my mind esok nak mengembirakan diri. Tak nak moody2.... hari ni anak2 start exam. Semoga anak2 Mummy diterangkan hati dan dapat menjawab soalah dengan mudah. Banyak kali Mummy pesan, jangan lupa baca doa sebelum menjawab soalan.


Pagi tadi Mummy goreng mee untuk breakfast tapi tengah2 goreng mee so Danish mintak nasi goreng la pulak, so gorengkan juga la.


Sebelum gi kerja tengok cucu2 Mummy yang 2 ekor tu. Rabbit Daniel masih lagi bernyawa selepas cukup sebulan berada dibela. 


Bekalan untuk breakfast pagi ni, nasi goreng, sambal udang dan ikan masin. RM?


Keluar rumah dengan Bismillah.... Ceria dan gumbira je kan Mummy hari ni... semalam mood memang ke laut la... dari awal pagi banyak benda yang tak kena je, kat opis pulak ada mamat2 yang nak ber'ague' dengan   Mummy so memang kena la dia orang semalam... 

Saturday, March 3, 2012

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin

Ye ye hari ini raya... jom la  dah raya ni, makan ketupat rendang la kita. Menu lunch hari ni sempena melayan kehendak anak tekak tuan tanah yang teringin nak makan ketupat. Ingatkan adalh kut orang2 yang bersimpati nak tolong buat kan...emmm nan ado! Buat la sendiri gee oooiiii.

Malam tadi dah rebus ketupat dulu. Ala rebus ketupat mini nona je. Mana nak dapat daun kelapa pun. Sambal kacang pun terus buat malam tadi.

Pagi2 tadi lepas hantar Daniel ke sekolah ajak Daddy ke pasar Kajang. Tujuan sebab nak beli daging segar. Kalau kat kedai  area rumah Mummy ni tak ada jual daging segar, daging kotak je (frozen) yang ada. Dah alang2 ke pasar takkan setakat beli daging so terus beli lauk pauk keperluan mingguan. Tapi mahal la kat Pasar Kajjang ni compare dengan kedai yang selalu mummy pergi. Paling ketara ayam la, sekilo RM6.20. Minggu lepas kat kedai  selalu Mummy pergi tu RM5.40 (minggu sebelumnye RM 4.90)...

Balik pasar serah barang2 kat bibik untuk operasi pembersihan dan Mummy terus bertaici dan bersilat kat dapor.

Selepas 2 jam inilah hasilnya...ketupat dan aksesorinya...rendang tok, kari ayam, sambal kacang dan sayur lodeh.

Rendag tok super duper sedappppp (sendiri puji la...hehehe)

Kari ayam

Sayur lodeh...sungguh enak dimakn begitu saja....

Sambal lodeh mestilah ada


Jangan lupa open house bermula dari pukul 2pm ye...hahahhah..... sambil2 tu dengarlah lagu raya ni ye...


Friday, March 2, 2012

Etika dan Tips Menjawab Panggilan Telefon


Meh belajar etika dan tips menjawab telefon  

1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis.
2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..
3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.
4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.
5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.
6. Soalan: haloo timah, buat ape tu?
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..
7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye… time kacih.
8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap
9. Soalan: halloo……
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?
10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya…
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.
11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.
12. Soalan: assalammualaikum…
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab)

Amaran oleh tuan tanah : Jangan amalkan tip ini di pejabat yer... Tuan tanah tidak akan bertanggung-jawab di atas sebarang kecederaan dan kerugian akibat mengamalkan tips2 di atas..hihih

Thursday, March 1, 2012

CAHAYA MALAIKA - AKHIRNYA MAWI JADI AYAH

CAHAYA MALAIKA.... buah hati Mawi & Ekin. Sangat2 comel dan gebussssssss kan....ala come comenye dia...

Emmil Dafiy - Back to School

Selepas cuti hujung tahun yang sangatttttttttttttttttt panjang, hari ni Dafiy kembali ke sekolah. Ya la orang lain cuti sebulan setengah je tapi Dafiy cuti tiga bulan setengah...hihih. Plan nak cutikan dia dari sekolah tahun ni tapi bila tengok hari2 kerja dia melayan iPad dan komputer berejam2 rasa risau la pulak, takut2 addicted. Pagi2 bangun tidur dia cari iPad dulu, dia lepaskan iPad tu masa dia mandi je kut. Sampai la malam nak tidur pun iPad kat tangan dia lagi. Si abang2 dan kakak2 kena pujuk2 dia kalau nak pinjam iPad tu, memang iPad Mummy dah jadi hakmilik kekal si Dafiy... kesian Mummy "i" dah hilang tinggal ada "pad" je melambak2 dalam laci..hihih

Ok Dafiy nak school ni. Mummyyyyyy x de duit belanja untuk Dafiy ke..macam kakak2 dan abang ke?

Actually tak officially daftar  lagi pun. Tu yang pakai seluar sekolah ngan baju bola je...(macam nak pegi ke sekolah sukan la pulak). Esok baru nak pergi bayar2 yuran dan beli baju sekolah.

Mummy tak dapat nak hantar Dafiy sebab ada meeting kat KL. Tapikan kalau Mummy yang hantar sure dia menanggis nak ikut  Mummy balik. Daddy kata Dafiy tak menanggis maa Daddy nak balik tapi muka sedih cam nak nanggis gak le...hihi. Sib baik anak jiran Mummy ada kat SmartReader gak, terus Dafiy main.