Thursday, February 23, 2012

Adam dan Hawa


Mummy ni bukan kaki tv so tengok tv pun sesekali je. Tengok tv sambil2 makan or sambil2 menyapu. Tak de la concentrate lepak bagus  depan tv je. Tapi bila dapat tau x-boyfriend Mummy ini akan muncul dalam drama 80 episod tak lama lagi rasa semangat berkobar2 la nak menengoknya...baru nak shooting. Rasanya dah nak hujung tahun baru ditayangkan kut... tak apa Mummy sanggup tunggu

Happy bday Aaron.... sorry ye I bagi u cake ciput jer....hihih (kalau ada yang nak muntah sila ke bilik air dulu yer...)


encem kan x-bofriend Mummy ni... bawak watak hero Adam Mukhriz dalam drama Adam & Hawa






Drama Adam dan hawa ni adaptasi dari novel Adam & Hawa karya Aisya Sofe. Ringkasa drama lebih kurang cam ni la...


AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata. Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...


Kita sama2 tunggu la ye drama Adam dan Hawa ni....

Monday, February 20, 2012

Parang oh parang

Weekdays tapi tetap dengan N3 makan2...hihihi...sorrylah Kiah ooi nak buat camana dah hobi Mummy ni kan masak2 dan makan2

Bekalan untuk lunch hari ni...

Telor masin lagi....

Lauk dan sayur 2-in-1. Ikan parang masak lemak pedas campur ngan terung. Nak lagi sedap patut letak nenas, tapi dah darurat nenas tak ada Mummy ganti je dengan terung. Masakan style ni mak Mummy selalu buat sekarang ni pun Mummy kerap masak style dulu.

Sekarang ni dalam mood rajin bawka bekal ke opis. Dah alang2 tiap pagi Mummy masak untuk anak2, baik Mummy bawak bekal sekali. Tengahari nanti tak payah nak susah2 keluar pegi lunch. Betul tak? Betul betul betul....

Monday bluessss!

Bukan Monday blues ye .. kebetulan je hari ni Mummy pakai baju biru. Hari yang penuh semangat untuk memulakan minggu baru.

Sunday, February 19, 2012

Saya suka makan, awak suka makan tak?

Assalammualaikum semua.... sorry la ya N3 pasal makan2 lagi. Dah lunch ke? Mummy baru nak lunch ni. 

Lunch anak beranak hari ini.. pecal, ikan jacket sumbat bakr, ayam goreng rempah dan sup ayam.

Pecal yang tak cukup aksesori. Tak ada pucuk ubi, kangkung dan timun. Tapikan tetap sedap dan meletopsssssssssssss dengan pedasnya...hihih

Ikan jacket sumbat bakar...

Ayam goreng rempah. Ikan sepotong tu lebihan semalam so Mummy panaskan semula. Tak baik membazir. Ayam tinggal banyak ni sebab dah diratah dulu oleh 3 hero da 1 heroin....

Sup ayam... fav Mummy, Dafiy dan Dania. Yang lain2 kureng sikit makan sup ni.


Baru lepas lunch dah terfikir2 petang ni nak buat apa untuk minum petang...hihih... tak pe la tunggu hari minggu je la baru agenda minum petang kalau tak malam nanti baru dapat makan sama2 anak beranak itu pun kalau Daddy tak balik lewat.

Saturday, February 18, 2012

Masak2 untuk family

N3 kedua Mummy untuk hari ni pun pasal makan2 gak la... kalau korang jenis yang allegic pada makanan atau kategori 'tak makan sangat' so sorry la yer...

Rezeki lunch kami anak beranak untuk hari ni.....


Ikan merah masak kari. Warna cam masak asam pedas pulak ek. Actually Mummyletak cili giling sikit nak bagi pedas sikit kari ni.


Udang goreng tepong. Yang ni memang favourite semua orang dalam rumah ni. Kalau Mummy suka makan cam tu je tapi Daddy dan anak2 suka cicak cicah ngan mayonis.


Sayur tauge campak2... bila ketandusan idea goreng je la sayur ni


Seekor ikan merah potong 7... kepala, ekor dan isi dua keping dah masak kari so lebihnya goreng je la.


Penambah selera...sambal belacan dan timun Jepun. Timun jenis ni lagi rangup daripada timun biasa yang kulit dia hijau cair sikit

Jangan pulak korang rasa jemu ngan blog Mummy ni ye... petang ni datang la tengok lagi, mana tau ada n3 pasal makan2 dan masak2 lagi...hehhee